Tuesday, 22 September 2015
RAKYAT BERTEMPIK MENGAPA PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) TIDAK DIPELAWA SERTAI MESYUARAT MEJA BULAT PEMBENTUKKAN PAKATAN 2.0??????
Presiden parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara @PAN Tuan Hj Mohamad Sabu dalam satu ceramah roadshownya setelah tewas dan tumpas dengan teruk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS semasa pemilihan Muktamar PAS ke-61 lalu menyatakan betapa rakyat miskin, petani, penoreh getah, buruh dll apabila ditindas mereka tidak pergi berjumpa dengan ulama-ulama dan tok-tok lebai (perli pemimpin-pemimpin PAS) tetapi pergi mengadu nasib kepada Sdr Arutcelvan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Ini menunjukkan betapa kepercayaan rakyat berpendapatan rendah ini kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam membela nasib mereka amatlah tinggi sekali ... begitulah lebih kurang apa yang mau disampaikan oleh Mat Sabu.
Kalau begitu sungguh dikatakan mengapa PSM tidak dijemput dan dipelawa turut serta dalam pembentukkan Pakatan 2.0 di Subang Jaya, Selangor hari ini????
Atas alasan apa tidak dijemput???? ... adakah kerana membawa fahaman sosialis dan radikal????? .. adakah kerana parti itu parti haram????? .. adakah kerana parti itu tiada sokongan dari rakyat akar umbi????? adakah kerana PSM ini parti nyamuk terlalu kerdil untuk turut serta???? .. atau ada lagi sebab-sebab musabab yang lebih besar.
Peliknya NGO-NGO yang hanya wujud dari segi nama ahli pun boleh dikira dengan jari dipelawa duduk dan berbincang .. ABIM dan Ikram serta WADAH dijemput semua orang tahu mengapa sebabnya.
Bersih 2.0 dijemput kira patut dan wajar jika diambil kira kemampuan menggerakkan rakyat turun kejalanraya pada Himpunan Bersih 4.0 hujung bulan Ogos lalu, tetapi PSM tidak dijemput selain parti yang sah oleh RoS berbeza dengan Amanah sudah seminggu masih belum mendapat restu dari RoS. PSM mempunyai seorang Ahli Parlimen dua penggal di Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj .... pernah kerusi yang diperuntukkan kepada PKR di DUN Kota Damansara diserahkan kepada Pengerusinya Dr Mohd Nasir Hashim untuk bertanding atas tiket dan lambang PKR pada PRU 12 dan 13 lalu.
Paling menyedihkan seorang bekas pemimpin UMNO tewas PRU, tumpas dalam merebut jawatan UMNO disemua peringkat diberikan penghormatan hebat duduk meja utama untuk berbincang membentuk Pakatan 2.0 sedangkan beliau masih lagi ahli UMNO sehingga kini tidak terliur nak masuk mana-mana parti pembangkang pun.
Berbeza dengan para pemimpin PSM yang terkenal cukup kental dalam prinsip, dedikasi dan tidak mudah goyah diterjah dalam membela nasib rakyat tertindas dan dizalimi.
Hina sangatkah PSM dimata hati para pemimpin Pakatan 2.0???? .... jijik kah apabila PSM dikaitkan dengan Pakatan 2.0????? .. Beritahu satu dunia Pakatan 2.0 bersikap inklusif menerima mana-mana parti yang bersatu hati menentang UMNO/BN .. Parti Sosialis Malaysia tidak bersungguh, tegas dan keras menentang UMNO/BN????? Mau bukti apa lagi????
Sekiranya kekuatan akar umbi PSM sehebat PAS, rasanya PSM akan dijemput dengan tapak sireh lagi supaya hadir ke mesyuarat meja bulat Pakatan 2.0 .. silap-silap hari Pengerusinya dipelawa untuk menjadi Ketua Pakatan 2.0 .... sebab PSM parti miskin, dana miskin, ahli dan nama pun miskin, maka sebab itu sebelah mata pun tidak dipandang.... Agaknyalah.
Kalau rasa PSM tidak layak duduk dimeja utama hadir sebagai pemerhati pun jadilah .. Mat Sabu yang selama ini memuji PSM mengapa tidak berani bersuara ajak PSM turut sama??? Takut nanti terpaksa beri beberapa kerusi untuk PSM tandingi pada PRU ke-14 nanti ... begitu????
Dalam politik .. the more the merrier dan dalam masa sama more political parties less share kerusi.
Itu belum lagi cerita bab parti-parti di Sabah dan Sarawak yang tidak turut serta.
Mesyuarat meja bulat suatu permulaan yang agak sumbing.... Jangan pula melatah jika rakyat labelkan Pakatan 2.0 sebagai Pakatan Elitis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Cakap sepatutnya selidik dulu. PSM telah dijemput secara rasmi melalui Pengerusinya, Dr. Nasir tapi tidak dapat hadir. Apa masalahnya dengan Amanah? Lain kali jangan main terkam je. Kan dah malu.
ReplyDeleteBoleh beri link yang PSM dijemput???? .. Saya cabar ... fikir logiklah jika Dr Nasir dijemput atas kapisiti sebagai Pengerusi PSM tapi tidak dapat hadir mengapa tiada wakil dari PSM hadir sebagai ganti beliau???? .. Adakah jemputan itu khusus atas nama Dr Nasir Hashim??
Deletehahaha....
DeleteBoleh tahan juga racun tikus Omak Kau tabur ni...
orang melayu totok brbngga ada anak melayu
Deletemegjadi buruan fbi cia dan di malukan di pentaspersidangan bngsa bangsa bersatu...
melayu itu tidak bukan tidaknlain PM melayu yg rembat 2.6b hidp melayu ... hadi lebai sokong permpak
Untuk pertama kalinya OMAKKAU mereply komen dan mesej dalam blognya sendiri sjak saya mmbaca blog ini. Tahniah OMAKKAU.
Deletemalaysiabaru mcm lari tajuk je..xpelah maybe itu je idea yang dia ada agaknya...apa saja topik mesti najib=2.6b...ntah la
DeleteSi kalid suh omk jwb kot...
Deletetkperlu komen apa2 blog ni
ReplyDeleteini blog korban cinta tk kesampaian
nothing else
Kalau tak dpt hadir kan boleh hantar wakil.. Takkan PSM pun miskin ahli dan pemimpin? Ada akai guna lah
ReplyDeleteAku pun tak dengar wan azizah sebut psm dlm rundingan meja bulat..
ReplyDeletepakatan menanggung harapan. hantam aja la. pas you are right.
ReplyDeleteOmakkau mmg sb jgn senang senang hati nak serang dia.cangkul tempek kit siang ditrg mcm amoi tempek sabu.kuala trg pas punya raja k sila beli kerusi baru atau anda terpaksa duduk bersila
ReplyDeleteOmak marah tu sebab HARAPAN dia pun gagal.
DeleteDulu tekel Azmin, kecewa. Lepas tu takel Sahak Gagap pun kecewa juga.
Sekarang ni tengah tekel serban besar...tapi Omak ni jenis penakut sikit. Dia takut kena gadai baiah pulak nanti.
rang melayu totok brbngga ada anak melayu
ReplyDeletemegjadi buruan fbi cia dan di malukan di pentaspersidangan bngsa bangsa bersatu...
melayu itu tidak bukan tidaknlain PM melayu yg rembat 2.6b hidp melayu ... hadi lebai sokong permpak
ke guantanamo la jwb nya
ReplyDeletetakut ooooo
tu belum hukuman akhirat lg
tajuk tu rakyat bertempik
ReplyDeletehahah sapa bertempik tu
lawak bahasa omak tu
yg bertempik tu geng mabuk merah je...dok marahkn tk dpt makan babi
asyik cina je monopoli lauk babi
melayu merah nk juga merasa
DAP tak bagi psm join sbb nk rampas kerusi sg siput. PSM parti kena buli...sama macam pas...walaupun pas dapat 23% undi keseluruhan pru 13 dulu. Dap hanya 15% tapi lagak macam taiko. Taiko lanciauuuu....cina hanya 22.6% je penduduk malaysia. Sedarlah sikit cina oiii....lagi 10-20 tahun dgn kadar kelahiran menurun bg masyarakat cina, entah brape peratus je cina yg tinggal...itu pun masih nak berlagak
ReplyDeleteSapa nak panggil parti nyamuk..hahaaha
ReplyDeletepsm patut letak calon dalam pilihan raya negeri sarawak nanti.... psm ada ke akar umbi di sarawak?? chaiyokk
ReplyDelete