Tuesday 29 September 2015

KHIR TOYO MESTI DIHUKUM SETIMPAL DENGAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN.


Barisan peguam bekas Menteri Besar Selangor, Mohamed Khir Toyo yang diketuai Shafee Abdullah telah datang ke Mahkamah Persekutuan dengan beberapa hujah yang benar-benar menggelikan dalam rayuan berhubung dengan keputusan kekalkan sabitan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan sebuah rumah agam dan mau menjatuhkan hukuman.

Bukannya hukuman penjara yang dirayu, sebaliknya mereka telah mencadangkan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada golongan miskin selama tiga hari setiap minggu dalam tempoh satu atau dua tahun. Itu bukan suatu cadangan yang buruk sebenarnya .... hukuman penjara yang menggabungkan perkhidmatan pergigian percuma untuk tiga hari seminggu kepada rakyat miskin. Bagi tempoh empat hari lagi, dia boleh diperintahkan untuk melaksanakan kerja-kerja penjara lain seperti membersihkan tandas dan menyapu lantai.

Peguam Khir Toyo mendakwa hukuman itu perlu mengambil kira fakta bahawa Khir Toyo adalah seorang yang berkelakuan baik tanpa mempunyai rekod jenayah lampau. Memberi makna betapa kesemua pesalah pertama tidak kira betapa serius kesalahan itu dilakukan perlu diberi hukuman ringan. Apa punya alasan sampah yang dihujahkan!!!!!

Khir Toyo tidak disabit dengan kesalahan jenayah lampau sebab beliau tidak pernah ditangkap dan didakwa ... itu sahaja .. bukan tidak pernah melakukan jenayah.

Pada Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa baru-baru ini kerajaan kita dituntut untuk mengambil langkah-langkah aktif untuk memerangi rasuah. Inilah masa terbaik untuk membuktikan kepada dunia tuntutan dan desakan dunia itu pihak Malaysia akur dengan mengambil tindakan yang amat wajar dengan menjadikan hukuman berat kepada Khir Toyo sebagi contoh dan teladan untuk diperhatikan.

Apa yang Khir Toyo lakukan melampaui rasuah. Ia adalah satu penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepadanya .... kuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat, yang sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadinya.

Peguam Khir Toyo berhujah bahawa Khir pasti akan kehilangan pencen. Apa punya lawak !!!! Seolah-olah dia memerlukan wang pencen. Sekarang apa yang benar-benar akan menyakiti dan memberi pengajaran kepadanya ialah jika beliau diperintahkan membayar balik setiap sen segala imbuhan termasuk gaji dan pencen yang dibayar kepada beliau semasa menjawat sebagai Dato' Menteri Besar Selangor kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

Sekiranya Khir Toyo dilepaskan dengan hukuman ringan maka sudah pasti Malaysia akan pantas menjadi juara dunia dalam rasuah kerana dilihat negara ini hanya bijak manupulasi dan permainkan sistem undang-undang negara.

Ini adalah masa terbaik negara untuk dunia melihat betapa dinegara ini tidak hanya memberi tumpuan kepada penjenayah rasuah taraf ikan bilis malahan ikan jerung seperti Khir Toyo juga tidak akan terlepas dengan hukuman ringan.

5 comments:

  1. Mentang2 dia bekas mb ,nak bela pun fikir dulu.takkan hukuman yg bakal dikenakan kalau disabit kasalahan yg dia buat macam tu kot.hukuman mesti setimpal dgn kesalahan yg dibuat.kalau kena org awam mcm rakyat biasa tentu dah lama kena hukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha......kuasa boleh putarbelitkan fakta jadi auta kalau kuasa dipengang oleh yg tidak bertanggungjawap hanya mrk segala raja boleh buat apa mrk suka. Sejak bila undang2 malaysia digunakan 100% adil!! Pihak berkuasa lagi buat jenayah berasuah adakah mrk boleh pertikalkan mrk tidak!! Kalaulah undang2 pihak berkuasa kerajaan itu adil dan bertanggungjawap tidaklah negara maxico boleh tanam ganja berniaga dadah tanpa mana2 kuasa boleh bendung mrk. Oleh itu tiada undang2 100% digunakan pada yg punyai kuasa iaitu wang!!

      Delete
  2. Mentang2 dia bekas mb ,nak bela pun fikir dulu.takkan hukuman yg bakal dikenakan kalau disabit kasalahan yg dia buat macam tu kot.hukuman mesti setimpal dgn kesalahan yg dibuat.kalau kena org awam mcm rakyat biasa tentu dah lama kena hukum.

    ReplyDelete
  3. Aku dah dpt agak penyudahnya.....M'sia oh M'sia....

    ReplyDelete
  4. Dinasihatkan Khir Toyo Jadi ahli PAN Imayam Putumayam. Mereka kan inclusive Dan pahammm.
    Mat shampoo cakap laaaa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...