Wednesday 30 September 2015

PENDAFTAR PERTUBUHAN (RoS) SEOLAH-OLAH TIDAK BERANI BERTINDAK KEATAS PARTI AMANAH NEGARA (PAN) KERANA MENJALANKAN AKTIVITI ATAS NAMA PERTUBUHAN YANG BELUM DILULUSKAN??????



Difahamkan sehingga kini sejak Parti Amanah Negara (PAN) dilancarkan dengan penuh gilang gemilang dan warna warni di Shah Alam pada 16hb September lalu,  sehingga menimbulkan pertanyaan dari mana mereka mendapat begitu banyak wang dan dana masih belum lagi diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Sungguhpun pimpinan PAN menggunakan pendaftaran yang sedia ada; Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM), namun organisasi ini bukanlah sebuah parti politik, tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja, mirip kepada kesatuan sekerja seperti dijelaskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad ketika ditanya mengenai status PPM dan PAN tempuh hari.

Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan pembantu-pembantu kanannya untuk meminda perlembagaan parti tersebut, dan diubah selari dengan ciri-ciri parti politik.

Oleh yang demikian, kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah menukar nama semata-mata, ianya perlu menjalani beberapa proses yang memakan masa.

Apa yang dilakukan oleh PAN ketika ini ialah dengan cuba mengelirukan rakyat sekadar cukup dengan hanya gimik pelancaran dan liputan media, maka segala aktiviti parti secara terbuka sudah boleh bermula walaupun masih berstatus "haram".

Sikap tolak ansur dan toleransi yang dipamir dan ditunjukkan oleh RoS ini kepada PAN, sudah mula terbentuk suatu persepsi betapa RoS tidak mempunyai keberanian untuk bertindak keatas PAN kerana menjalankan aktiviti-aktiviti dan program atas nama Parti Amanah Negara (PAN) yang jelas belum diluluskan RoS. Kesalahan dibawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Amaran yang dikeluarkan pihak RoS melalui Ketua Pengarahnya sendiri 3 hari sebelum pelancaran PAN langsung tidak sedikit mengundang rasa gentar dan takut pun kepada barisan pimpinan PAN.

Tiada langsung ciri-ciri PAN ini sebuah pertubuhan politik yang menghormati perlembagaan dan patuh kepada keluhuran undang-undang. Belum apa-apa sudah terserlah belang sebenar mereka.

Bukan sedikit dari kalangan pemimpin PAN bergelar Yang Berhormat dan bekas Yang Berhormat yang terlibat secara terus sebagai pengubal undang-undang termasuklah Presidennya sendiri yang pernah menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Timbalan Presidennya menjadi Ahli Parlimen sepenggal.

Mana mungkin tidak tahu kewujudan peruntukan ini, malahan sebagai pengubal dan bekas pengubal undang-undang perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik bersesuaian dengan slogan PAN iaitu Amanah, Progresif dan Peduli selain bersikap inklusif dan profesional.

Apakah menjalankan aktiviti dan program dengan pertubuhan yang belum diluluskan atau bahasa tepatnya pertubuhan haram bersesuaian dengan ciri-ciri Amanah, Progresif, Peduli, Inklusif dan Profesional????
Semangat dan roh undang-undang sentiasa bersifat konsisten dan “precedent”, maka dikhuatiri dengan membiarkan apa jua bentuk aktiviti dan program oleh mana-mana pertubuhan yang haram, bakal menjejaskan kedaulatan undang-undang sepertimana termaktub dalam Rukun Negara.

Suatu precedent sudah pun terbentuk apabila PAN dengan berani tanpa mempedulikan undang-undang sudah bergerak dan menjalankan pelbagai aktiviti dan program tanpa pertubuhannya belum lagi menerima pengesahan dan kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (RoS).




KUALA LUMPUR 13hb September 2015 : Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan, kata Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata larangan itu adalah selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya RoS menerima notifikasi daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia berhubung pelantikan baharu anggota Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan 25 Ogos lepas.

"Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baru ini, adalah terdiri daripada bekas ahli-ahli Parti PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya permohonan parti itu untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara masih belum diluluskan setakat ini.

Mohammad Razin berkata mana-mana pertubuhan atau parti dan pemegang jawatan yang didapati melanggar larangan itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000.

Pada 31 Ogos lepas, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan penjenamaan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata parti itu akan dilancarkan pada 16 Sept ini.
HB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI) sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu.

53 comments:

  1. ROS merasakan PAN tidak perlu diambil tindakan di atas aktiviti yg telah dijalankan walaupun pendaftaran belum diluluskan atas beberapa faktor ;

    1. Segala aktiviti parti ini tidak mendapat sambutan. Tak berbaloi membuang masa.
    2. Mahu menjaga air muka pemimpin2 PAN kerana sebahagian drp mereka terdiri drpd MP, bekas MP, ADUN serta bekas ADUN.
    3. Mahu menjaga hati mereka yg sudahpun kecewa selepas kalah bertanding pada muktamar yg lepas.
    4. Mahu menjaga maruah pengerusi PAN yg sudah tiga kali berturut turut kalah dlm PRU.
    5. ROS terkeliru sama ada ini adalah aktiviti PAN atau program realiti terbaru TV IMAYAM yg membuat penggambaran di Malaysia.

    Harap maklum, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2lah mangkuk....yg aku heran apabila amanah tak dpt sambutan korang bising, bila buat aktiviti ada sambutan korang bising jugak...apa masalah korang? sikitpun tak dpt share derma 2.6b ari tu ke? omak...are u okay? meroyan ke gian nih...

      Delete
    2. Mestilah bising bodoooo bukan hari2 trengok Loser jafi prlawak sarkas

      Delete
    3. dulu bkn main gah hina ulamak x pandai berpolitik...skrg Tuhan dah tunjuk satu2 langkah puak2 ni...parti x pandai tubuh...logo x pandai pilih...gambar salah guna...selfie dgn cucu bkn mahram....akhirnya jadi bahan gelak rakyat....lepas ni apa plak lagi tersandung????

      Delete
    4. Rosmah lagak dah macam menteri wakil malaysia berucap kat pbb.Berapa byk malaysia bayar dapatkan slot utk rosmah? Lanciau punya puaka

      Delete
    5. PAN dah tutup keahlian...terhad. Tak lama lagi bungkus jd NGO

      Delete
    6. Ko jgn pandang rendah sama Pan...
      semua org dlm Ros penyokong Pan/Dap..itu pasal kes Pan dan Dap Ros tutup mata....tapi klw kes mic atau umno mesti mau cepat bertindak kasi bungkus...

      Delete
  2. Imayam, Putu Imayam, Kuali, Pengkhianat Amanah Negara, PAN Burger, Kuali, GHB, Loser, Balaci Rocket DLL.

    Inilah organisation yg paling banyak nama timangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa plak Putu Imayam, PAN kuih TAT Dan banyak lagi.

      Hakikatnya ia adalah himpunan Loser terbesar semenjak Kerajaan Purba di Lembah Jerai dahulu kala

      Delete
    2. yg menulis sakit jiwa engkau lah

      sebb jiwa kau kacau kerana Amanah terus mara

      sakitlah kau sorang2 depan PC.... den peduli apo

      Amanah terus mara, yg tka amanah saja yg sakit jiwa merana sendirian

      Delete
    3. Alaaaaaaaaaaaaa Anon 11:04, takkan kao lupa kot......... DAP sound pemimpin jingga putu mayam where is your number, semua tak boleh jawab. Last2 bagi alasan mengarut.

      Itu tak masuk Ambiga sound Pakatan Harapan lagi tuuuuuuuuu

      So sila jawab soalan DAP yg aku ulangkan balik. Where is your number????? kah kah kah

      Delete
    4. My number is celah kangkang mak ko.....bodoh punya komen....

      Delete
  3. RoS mana berani, kalau rosmah barulah berani

    ReplyDelete
  4. #omakkau. Anda memang jelek berpolitik. Suka memanaskan isu kecil. Sila buat blog hiburan, at least kami yg terhibur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la LOSER. Emosional dan sensitive. Mai sini jawab soalan DAP. Where are your numbers? kah kah kah

      Adakah mungkin Mat Shampoo dan Qoled Semaq bagi input kat DAP yg 50% lebih ahli PAS nak masuk Putu Mayam???

      Pi lah tanya depa. Kah Kah Kah Kioookkkk Loser

      Delete
    2. blog omak ni mcm dinding vandalism utk lepas geram laaa

      ramai puak penyokong pasug dan umnu melepas geram kt sini

      Delete
    3. Anda seorang Loser???????? Anda kalah pemilihan, tak naik pangkat, kena ludah, mak bapak tang mengaku anak, kalah judi dll loser style, sila hubung GHB.

      Kami NGO yg berdasarkan loser, kami Faham anda kecewa dan kami Inclusive Tak lama lagi kami akan ada Pati Oren Cap Putumayam, namanya PAN, dalam bahasa Italy yg bermaksud LOSER.

      Apa kami lakukan tak berpandukan betul atau salah, sebab kami mengharapkan Ihsan Uncle Bukit Penang. SIla hubungi Mat Shampoo, Mariah Kari, Ha-Nipah dan Qolet Smart untuk butir2 selanjutnya Hidup Loser

      Boy GHB
      Gerak Harap Boy

      Delete
    4. Boy bangang anak tiri rosmah

      Delete
  5. Saya nak tanya Blogger OK ini ...PUKI puan terasa sengal-sengal atau berdenyut-denyut ke bila memikirkan PAN....jika tidak masa kan puan sakit hati dan bersikap busuk perut yang melampau-lampau. Pegi urut batang Khalid udah le....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ni sorang lagi PAN Loser, jawab soalan DAP tu dulu sebelum mencarut. Kah Kah Kah.

      Loooooooooooooooseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeer

      Delete
    2. yela omak masih muda masih terasa denyutan

      simpati pun ada

      hanya blog je lah tempat 'melepaskan' tuntutan kebatinan

      its ok omak.. kami dari PAN faham

      Delete
  6. Parti baru tu bergerak sebelum mendapat kelulusan RoS tidak mendatangkan sebarang mudharat atau kerugian kepada rakyat dan negara ini. Balun duit tutuh rasuah berpuluh bilion dan menipu sepertimana yang dilakukan oleh PM sekarang ini memang membawa kerosakan.
    Jadi kalau Omak Kau ada sedikit otak bersaiz chimpanzee awak boleh pilih yang mana satu perlu diberi perhatian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heloooooooo Asrul Sani, kao marah sangat ni kira kao ni sensitive laaaaaaaaaa. Orang yg low self esteem i.e. Loser memang macam tu.

      PAN Burger memnag persatuan baik untuk Loser macam hang

      Delete
    2. Kaki komen loser2 ni penganggur terhormat macai BN kaki jilat bontot rosmah puaka. Tapi bezanya dia ni buat keje free...sukarela

      Delete
  7. KHALID SAMAD HILANG AKAL DITUDUH PENGKHIANAT!!!

    Hahaha!!! Memang jenis manusia yang tak boleh terima hakikat betul la Si Khalid Samad ni rupanya. Dia yang menjadi Pengkhianat, ada hati pulak dia nak salahkan orang lain? Hilang akal betul.

    Ketika semua orang mendakwa tindakan bekas pemimpin - pemimpin PAS yang GAGAL sewaktu pemilihan parti tu sebelum ini, Si Khalid Samad ni tampil nak menegakkan benang yang basah pulak.

    Kata Si Khalid Samad, PAS telah memainkan peranan yang sangat penting sewaktu Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim memecat Exco dari kalangan DAPigs dan PKR sebelum ini.

    Selain itu, Khalid Samad juga turut mendakwa, tindakan tersebut telah menyebabkan 'Kerajaan PAS/UMNO' telah berkuasa selama seminggu sepanjang Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar.
    “Melalui tindakan Pas, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan Pas/UMNO dengan Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu,” katanya.
    Tapi yang herannya, kenapa pulak Si Khalid Samad tu nak salahkan PAS sedangkan yang mengambil tindakan tersebut dan yang membuat keputusan tu adalah Khalid Ibrahim sendiri?

    Dan yang mendesak agar Si Khalid Ibrahim tu bertindak sedemikian rupa adalah kerana PKR telah membuat keputusan untuk menggugurkan keahlian dia dari parti. Bukannya salah PAS.

    Dalam erti kata lainnya, tindakan Khalid Ibrahim memecat Exco dari kalangan PKR dan DAPigs tu adalah disebabkan keputusan PKR. Ianya sama sekali tidak ada kaitan lansung dengan PAS.

    Jadi, macam mana pulak Si Khalid Samad tu boleh salahkan PAS diatas tindakan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim sedangkan semua tu adalah salah PKR sendiri? Kan nampak tak masuk akal?

    Kesimpulan mudahnya, Si Khalid Samad tu hanya sekadar cuba nak menegakkan benang yang basah dan menutup kemaluan dirinya sendiri apabila dia menjadi Pengkhianat terhadap Amanah yang diberikan sebelum ini. Itu pasal la dia menggelupor mencari salah orang lain!!!

    ReplyDelete
  8. Asrul Sani, blog hang tak ada pengunjung ke? Kalau masuk bertanding boleh hilang deposit, kalau berniaga, boleh lingkup dlm masa sebulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asrul Sani nak meniaga burger tu kotttt. Tempat goreng burger (Kuali Burger), Apron Oren, Payung Oren semua minta kat PAN al Cangkuli d Tayar Traktor.

      Delete
  9. Ader aku kisah aku totap sokong PAN suko ati omak ko lah nak cakap aper

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka koooo la jangan pi mekah bakai ihram kain oren sudah laaa. Nanti polis saudi sangka hang tu sami. Kah Kah Kah

      Delete
    2. Mmg orang mcm ko, hanya parti kuali je yg layak buat ko...

      Delete
    3. penyokong ug memang gilo...suka ati le org nak sokong parti apapun...apa kao ingat hadi aje yg boleh menyalak? najib aje yg boleh tutuh derma? pigi dah...

      Delete
  10. Declare profesional kononnya. Tapi...

    Nak tubuh parti tak reti
    Pilih logo tak reti
    Nak berselfie tak reti
    Buat ceramah tak dak org peduli
    Nama parti silih berganti
    Last last dpt nama parti kuali
    Warna oren pengenalan diri
    Kalah bertanding lari tubuh parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kalah pilihanraya lari Zimbabwe plak. Jadi warga sana. Alasan, kami menolak label melabel Dan pengundi yg pakai cai

      Kah kah kah. Loser

      Delete
    2. suka ati depa nak pilih logo mcm mana. nak kaler warna ape. nak selfie dgn sapa? ada mintak derma dgn korang? berapa billion korang kasi? ada sampai 2.6? ada mat sabu ajak kau selfie...pigi dah, berukpun tak mau selfie dgn hang...

      Delete
  11. Dlm Malaysia hanya PAS lah satu2 nya parti politik yg memperjuangkan Islam,kalau setakat ada 1-2 PHD tu x payah la pi dok rungkai cari hujah utk memberi rasa keselesaan kepada depa2 yg terbabas dan lari keluaq meninggalkan PAS.

    Tok nak habaq satu saja kat hampa,atas ideologi dan strategi apa sekali pun yg hampa alasankan,amatlah rugi yg tersangat besaq bg sapa2 yg lari meninggalkan Pas utk bersama wadah lain.

    PAS takkan mati dgn pemergian hampa tetapi hampa yg akan merasai kekosongan jiwa tanpa PAS.
    Islam itu bkn milik PAS tetapi PAS itu adalah milik islam .
    Istiqamah lah walau seberat mana pun fitnah yg dtg melanda kita.


    TUC
    27/9/2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesanan Tuk Usin Ceroi untuk semua pendokong PAS dan Reformist yg Originel

      https://www.facebook.com/Tok-Usin-Ceroii-Original-1480955265512354/timeline/


      Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Reform

      Delete
    2. tapi yg aku dok tgk yg meroyan puak pas dgn umno aka UG...apahal bro? korang patut x payah komen geng mat sabu nak buat apa...bukan depa tutuh pungkoq hang, bukan amek harta hang mcm satuemdibi. bukan menyalak dkt hang mcm tuang jepong...jiwa kacau betullah korang nih...

      Delete
  12. G 18
    GHB
    Parti Progresif Islam
    Parti Pekerja Malaysia
    Parti Cangkul
    Parti Kuali
    Parti Imayam
    Parti Putu Mayam
    Parti Amanah Negara
    Parti Selfie Semalaysia
    Parti penyokong 3 org, pemimpin 35 org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat: Parti Tayar Trektor. (tertinggal)

      Delete
    2. Tq tlg promosikan PAN

      Delete
    3. Tulah kehebatan PAN banyak gelaran...PAS maner ader

      Delete
  13. PAN ni makin banyak kritikan n kutukan makin banyakkkkkk yg jatuh cinta nor!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamilnadu pun jatuh cinta noo..

      Delete
  14. Tahniah AMK keadilan P.Pinang .... singkir terus PAS dari kerajaan PPinang dn Pakatan Harapan....AMK Selangor bila lagi nak singkir PAS dalam kerajaan Selangor dan pakatan..?Parti PAS tak ada pendirian..pengkhianat perjuangan islam dakam pakatan ...macam kera kena belacan...PAS umpama msuh dlm selimut..Kera dihutan disusukan anak sendiri bulur tak makan

    ReplyDelete
  15. Aih..nape glabah smcm je ni Omak Ko? Rilex la..

    ReplyDelete
  16. AMK KEADILAN PULAU PINANG LEBIH TEGAS DAN TUNTAS DARI ALJUBOORI DAN KRONI ALJUBOORI....amk keadilan pulau pinang berani singkir parti pas dlm kerajaan pulau pinang dan pakatan harapan.....pada kroni dan baka2 aljuboori masih bermain tarik tali dengan PAS....pada kroni aljuboori .....ko ado telo ke...?

    ReplyDelete
  17. Seronoknya kalau PH menang PRU, Mat Sabu akan jadi PM sbb Anwar masih dalam penjara.

    ReplyDelete
  18. omak kau ni...boleh la pindah kat blog pro umno jer...mcm la x faham ros ni kerja ngan sapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg luluskan pendaftaran PARTI KELENTONG RAKYAT (PKR) dulu pun,
      ROS yg ini jugak bhai...
      Bawah kerajaan ni jugak bhai...
      Pakai otak sikit bhai...
      Simpan sikit bodoh tu bhai...

      Delete
  19. Kalau hati penuh dengan warna hitam dengki dan khianat, apa saja pihak yang tak disukai buat tak akan kena. Cukup-cukuplah Omakkau.. ..tak elok berdengki..apatah lagi umur kita makin meningkat, bila-bila masa Allah boleh hentikan denyutan jantung kita..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...