Friday 25 September 2015

JAMAL SEKINCHAN DITAHAN POLIS KERANA DIDAKWA DALANG PERHIMPUNAN JALAN PETALING ESOK.



Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, ditahan polis Ampang Jaya malam ini.

Setiausaha beliau, Durrany Izam memberitahu, Jamal dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.

Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling esok.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.

Justeru, kata Jamal esok dia perlu menghadiri banyak program menyembelih korban di kawasannya.

"Esok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban. Jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok. Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam ini.

Jamal sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang akan berlangsung di Jalan Petaling esok.

Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.

Beliau juga berkata, tindakannya menyampaikan pesanan mengenai penjaja Melayu dan Cina di Jalan Petaling dibuat kerana takut menjadi munafik.

18 comments:

  1. Parti Islam biasa PAS mengekalkan kerjasama dgn Parti Melayu Professional PKR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka dia lor
      Lu amno sibok apasat?
      Lu jaga lu punya sengili parti lor
      Lu punya parti pon sula mau tonggeng ma

      Delete
    2. KHALID SAMAD SONGEH DITUDUH PENIPU???

      Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Khalid Samad tu cuba untuk menegakkan benang yang basah bila dia dituduh sebagai seorang Penipu. Mula la dia hilang akal dan meroyan tak tentu arah.

      Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu untuk mempertahankan diri sudah pastinya dia mendakwa kenyataan dia keluarkan telah disalah-ertikan oleh pihak PSM.

      Dalam erti kata lainnya, laporan yang disiarkan didalam media sebelum ini telah disalah tafsir sehingga menyebabkan timbulnya salah faham bagi pihak PSM berhubung isu keahlian Pakatan Haprak Baru tu.
      “Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.
      “Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagai langkah permulaan,” katanya.
      Kiranya, jika kita lihat dari satu sudut, memang Si Khalid Samad tu cuba mendabik dada dan mendakwa puak - puak PSM tu tak layak untuk menjadi sebahagian dari Pakatan Haprak tu.

      Perkara tu dapat kita lihat apabila Si Khalid Samad tu menegaskan bahawa mereka yang telah mengkhianati PAS sebelum ini lebih layak untuk menyertai Pakatan tu berbanding PSM.

      Alasan yang diberikan ialah sebab diorang dah lama berjuang dalam Pakatan sedangkan pihak PSM tu baru sangat nak menyertai Pakatan tu apabila ianya dijenamakan semula baru - baru ini.

      Persoalannya, adakah itu sebab utama kenapa puak - puak PSM tu tidak dijemput menyertai rundingan Meja Bulat yang diadakan sebelum ini? Adakah itu yang membuatkan PSM tidak layak untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu?

      Jelas, tindakan Si Khalid Samad tu sebenarnya hanya sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je. Apa yang dia buat membuktikan bahawa dia tidak menghargai sumbangan PSM kepada Pakatan. Jadi, sebab tu la dia meroyan tak tentu arah!!!

      Delete
    3. PSM BENGKAK, KHALID SAMAD DIDAKWA PENIPU!!!

      Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan alasan yang diberikan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan, Ong Kian Ming dan Khalid Samad mengenai ketiadaan parti berkenaan dalam rundingan meja bulat pada Selasa lalu adalah sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

      Ahli jawatankuasa PSM, S Arulchelvan berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut mengenai PSM tidak menerima Polisi Bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan juga menolak Artikel 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Bumiputera adalah satu pembohongan.

      “Semasa PRU 13, PSM ada mencetak dan mengeluarkan satu manifesto dimana tajuk Manifesto PSM adalah UDAHLAH TU ! TOLAK 56 TAHUN UMNO-BN.

      “Saya sertakan manifesto ini disini dimana dalam mukasurat 20 & 21 digariskan Hubungan PSM & PR. Dalam Manifesto PSM, kita telah mengatakan PSM menerima dan menyokong Manifesto PR dan buku jingga,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

      Katanya, PSM mencabar kedua-dua pemimpin tersebut dan menuntut penjelasan mengenai kenyataan palsu yang dibuat ke atas mereka.

      Katanya lagi, PSM turut meminta pihak pakatan untuk menjelaskan secara lanjut serta bukti yang mengatakan parti itu menolak Artikel 153 tersebut.

      “Sebelum ini terdapat hanya tiga mesyuarat yang diadakan antara PSM pada PR dan isu Artikel 153 tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam ketiga-tiga mesyuarat berkenaan.

      “PSM tidak terdesak atau kecewa apabila tidak dijemput untuk menghadiri rundingan berkenaan kerana kami percaya ia adalah hak mutlak penganjur tetapi tidak boleh bertolak ansur dengan pembohongan secara terang-terangan ini.

      “Oleh itu PSM mengharapkan agar Pakatan Harapan memberikan penjelasan yang sewajarnya dan kami mendoakan yang terbaik untuk gabungan berkenaan,” katanya.

      Delete
  2. Kerajaan hegemony the chinese dream XI mengarah Doktor Huang campur tangan dalam urusan domestik dalam negeri Malaysia.
    Dr Huang keluar kenyataan selepas lawatan resmi beliau selaku duta besar PRC ke Petaling Street,di iringi olih Datuk Tay.
    Wah , Hebat betul campur tangan PRC, tak cukup nak gasak kepulauan , tak cukup dengan ceroboh perairaan Sarawak,80 kilometer dari pantai. Jenarel Zul bangga jemput tentera PRC masuk Malaysia sertai latihan tentera skala besar. Askar melayu reti ke cakap mandarin telor tanah besar ? Orang sitiawan ,perak gelak besar .
    Petaling Street nak juga.Apa Lagi PRC Mau ? HSR ?
    Maruah Melayu = sama dengan 2 ekor beruang.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  3. WAYANG KERAJAAN DAN WAYANG POLIS NAK REDAKAN KES 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali sapa nk percaya umnu bn lg....panggung wayang

      Delete
    2. Kalau sebwlum ni dr bershit1-4 bnyk pmimpin buat provoke, sekor pun x ditangkap... Pastu namewee lg gila babi kutuk melayu,azan dan islam.. Satu tindakan pun xde, tp bila melayu buat ssuatu, besok terus tangkap... Bagus3.. Memang BARUA

      Delete
  4. 6 pelajar lelaki diarah seorang guru menjalani pendidikan jasmani tanpa seluar kerana mereka tidak memakai seluar sukan sekolah. Manakala seluar sekolah mereka dirampas dan disimpan di bilik guru. Rakan rakan sekelas yang simpati telah mengumpul derma membeli seluar sukan untuk rakan mereka itu bagi menghentikan dendaan memalukan itu. -sinar harian.

    Apa guna pelan pendidikan bertaraf antarabangsa jika faktor kelemahan tenaga pengajar tidak disentuh di dalamnya.

    Umum maklum dasar kerajaan mengambil tenaga pengajar yang akademik teruk. Minta tengok result UPSR-SPM mereka jika tidak percaya.

    Tak perlulah menegakkan benang basah umum tahu orang akademik teruk terdiri daripada orang yang berakhlak buruk.

    Cuba ingat sewaktu anda di sekolah dahulu, siapa yang dapat nombor teruk orang itu jugalah yang sering buat hal, langgar peraturan, tak buat kerja sekolah , tak dengar cakap ibubapa , sering bergaduh kerana tidak ada soft skills, dan mereka inilah yang kemudiannya diambil kerajaan menjadi tenaga pengajar.

    "Berkata benarlah walaupun pahit - Umar al Khatab"

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajaran dap suruh murid makan rumput jadi lembu he.he.he,
      kurang2 nya cikgu ada degree pergi kerja
      Dari ada ada degree pun malas kerja he.he.he

      Delete
    2. Pandai pula orang gila menulis.yang ada degree yang malas kerja tu kau lah.

      Delete
    3. PSM BENGKAK, KHALID SAMAD DIDAKWA PENIPU!!!

      Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan alasan yang diberikan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan, Ong Kian Ming dan Khalid Samad mengenai ketiadaan parti berkenaan dalam rundingan meja bulat pada Selasa lalu adalah sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

      Ahli jawatankuasa PSM, S Arulchelvan berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut mengenai PSM tidak menerima Polisi Bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan juga menolak Artikel 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Bumiputera adalah satu pembohongan.

      “Semasa PRU 13, PSM ada mencetak dan mengeluarkan satu manifesto dimana tajuk Manifesto PSM adalah UDAHLAH TU ! TOLAK 56 TAHUN UMNO-BN.

      “Saya sertakan manifesto ini disini dimana dalam mukasurat 20 & 21 digariskan Hubungan PSM & PR. Dalam Manifesto PSM, kita telah mengatakan PSM menerima dan menyokong Manifesto PR dan buku jingga,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

      Katanya, PSM mencabar kedua-dua pemimpin tersebut dan menuntut penjelasan mengenai kenyataan palsu yang dibuat ke atas mereka.

      Katanya lagi, PSM turut meminta pihak pakatan untuk menjelaskan secara lanjut serta bukti yang mengatakan parti itu menolak Artikel 153 tersebut.

      “Sebelum ini terdapat hanya tiga mesyuarat yang diadakan antara PSM pada PR dan isu Artikel 153 tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam ketiga-tiga mesyuarat berkenaan.

      “PSM tidak terdesak atau kecewa apabila tidak dijemput untuk menghadiri rundingan berkenaan kerana kami percaya ia adalah hak mutlak penganjur tetapi tidak boleh bertolak ansur dengan pembohongan secara terang-terangan ini.

      “Oleh itu PSM mengharapkan agar Pakatan Harapan memberikan penjelasan yang sewajarnya dan kami mendoakan yang terbaik untuk gabungan berkenaan,” katanya.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. KHALID SAMAD SONGEH DITUDUH PENIPU???

    Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Khalid Samad tu cuba untuk menegakkan benang yang basah bila dia dituduh sebagai seorang Penipu. Mula la dia hilang akal dan meroyan tak tentu arah.

    Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu untuk mempertahankan diri sudah pastinya dia mendakwa kenyataan dia keluarkan telah disalah-ertikan oleh pihak PSM.

    Dalam erti kata lainnya, laporan yang disiarkan didalam media sebelum ini telah disalah tafsir sehingga menyebabkan timbulnya salah faham bagi pihak PSM berhubung isu keahlian Pakatan Haprak Baru tu.
    “Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.
    “Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagai langkah permulaan,” katanya.
    Kiranya, jika kita lihat dari satu sudut, memang Si Khalid Samad tu cuba mendabik dada dan mendakwa puak - puak PSM tu tak layak untuk menjadi sebahagian dari Pakatan Haprak tu.

    Perkara tu dapat kita lihat apabila Si Khalid Samad tu menegaskan bahawa mereka yang telah mengkhianati PAS sebelum ini lebih layak untuk menyertai Pakatan tu berbanding PSM.

    Alasan yang diberikan ialah sebab diorang dah lama berjuang dalam Pakatan sedangkan pihak PSM tu baru sangat nak menyertai Pakatan tu apabila ianya dijenamakan semula baru - baru ini.

    Persoalannya, adakah itu sebab utama kenapa puak - puak PSM tu tidak dijemput menyertai rundingan Meja Bulat yang diadakan sebelum ini? Adakah itu yang membuatkan PSM tidak layak untuk menyertai Pakatan Haprak Baru tu?

    Jelas, tindakan Si Khalid Samad tu sebenarnya hanya sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je. Apa yang dia buat membuktikan bahawa dia tidak menghargai sumbangan PSM kepada Pakatan. Jadi, sebab tu la dia meroyan tak tentu arah!!!

    ReplyDelete
  7. RAFIZI TERKEDU DITENGKING AMBIGA???

    "Tanjat Ge-Girl kena tengking Tau..."
    Wah!!! Ini satu berita menarik ni. Berani betul Si Ambiga tu nak tengking seorang budak yang dianggap Paling Bijak dalam kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu secara terbuka.

    Katanya, Si Rafizi tu sampai terdiam dan terkedu apabila bekas Pengerusi BERSHIT tu menengking dia sewaktu rundingan Meja Bulat berhubung pembentukan Pakatan Haprak tu baru - baru ni.

    Laporan mengenai insiden itu telah disiarkan dalam akhbar News Straits Times yang mendakwa kononnya Si Ambiga tu tak bersetuju dengan cadangan pembentukan Pakatan Haprak tu.

    Laporan itu mendedahkan, Ambiga meluahkan rasa tidak puas hati dia dan menganggap tindakan Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan itu sebagai satu langkah yang tergesa - gesa.

    Yang lebih menariknya ialah apabila laporan tersebut menyebut, tindakan Ambiga itu adalah kerana pembentukan Pakatan itu meminggirkan PAS dan tidak mengiktiraf penglibatan parti tersebut.
    “Ambiga telah kritikal dalam soal ini. Dia (Ambiga) bertanya kenapa masih memerlukan pendapat pihak lain berkaitan pembentukan pakatan pembangkang, sedangkan Wan Azizah sudah membuat keputusan dan mengumumkannya (tengahari semalam)


    “Ambiga bertanya kenapa perlu kami (NGO) hadir di sini, apabila kamu telah membuat keputusan sendiri. Beliau juga berkata Wan Azizah perlu realistik dalam soal ini dengan mengambil kira keadaan sebenar di peringkat akar umbi," lapor NST.
    Walaubagaimana pun, tindakan Si Ambiga yang lantang mempertikaikan tindakan Wan Azizah yang telah membuat pengumuman itu secara tergesa - gesa telah dibidas semula oleh Rafizi.

    Namun, cubaan Si Rafizi tu nak tunjuk Hero dengan mempertahankan 'Boss' dia cuba memberikan 'Ceramah' mengenai 'Prinsip Pakatan Pembangkang' itu telah dibentak oleh Si Ambiga.
    “Kami tidak mahu mendengar ceramah berkaitan prinsip. Awak (Rafizi) tidak menjawab soalan saya. Kenapa awak tergesa-gesa,” bidas Ambiga.
    Laporan NST itu juga turut mendedahkan bahawa Ambiga tetap bertegas menyatakan bahawa peranan PAS adalah siginifikan dalam menarik sokongan dikalangan rakyat pada ketika ini.

    Selepas bertindak menengking Si Rafizi, Ambiga juga dilaporkan telah meninggalkan rundingan Meja Bulat itu sebelum acara pengumuman dan pelancaran Pakatan Haprak 2.0 itu dibuat.

    Kesimpulannya, cadangan pembentukan Pakatan Haprak yang diumumkan semalam membuktikan bahawa mereka sudah semakin terdesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm la dia ade kt situ....kaki jual minyak...

      Delete
  8. Muka takleh pakai..

    ReplyDelete
  9. Blog pemecah belah lantaran jiwa yang kacau. Tak kan kemana.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...