Friday 18 September 2015

ISLAM TIDAK HALANG BANTU KAUM SENDIRI TETAPI DALAM MASA YANG SAMA JANGAN HINA KAUM LAIN ..... MUFTI PERLIS



Islam menentang ‘asabiyyah’ atau sikap berpuak-puak namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Islam juga melarang sikap ‘asabiyah’ yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil (salah), namun membela atas dasar ketaksuban.

“Jika ada ciri itu maka ia ‘asabiyyah’ yang dilarang sama ada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah’, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah’,” katanya.

Beliau memberi penerangan itu di status Facebooknya bagi menjawab pertanyaan pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa.

Penerangan itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Tan Sri Annuar Musa pada Himpunan Baju Merah yang dilaporkan berkata, perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak tanpa menzalimi kaum lain.

Mohd Asri berkata, usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak.

“Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan tetapi Islam mengizinkan malah perbuatan terpuji jika memartabatkan bangsa yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain.

Mohd Asri mengingatkan bahawa Allah menciptakan manusia dari berbilang bangsa dan puak untuk saling mengenali kerana setiap manusia itu bersaudara walaupun berbeza warna kulit, agama dan bangsa.

“Jika kita berpegang kepada asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain,” katanya.

4 comments:

  1. Bantu kaum kerabat tu kalau guna harta sendiri dr maza oii. Guna harta org ramai untuk kayakan saudara mara memang perbuatan terkutuk.

    ReplyDelete
  2. Dah kena siasat, cepatnya disiasat. Pak gusti yg berucap di low yat, dgn video yg nyata pun dah buang kes kerana tiada bukti. Undang-undang???????

    ReplyDelete
  3. Salam....
    Semoga Allah beri kekuatan kpd Dr MAZA...
    Wahai umno atasan, akan sampai masa hampa nanti....
    Pikir2 sket....
    Sekiranya Allah nk beri rezeki, tanpa hisab pun bole....
    Aku takkan berenti...

    ReplyDelete
  4. semuga ramai lg mufti yg berckp benar mcm dr maza

    bersusah payah berjuang kt dunia ni..klu nabi saw tk iktiraf jadi umatnya kt sana nnti ..sia2 lah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...