Saturday, 2 February 2013
WAJARKAH BANER SEPERTI INI DIARAK DIJALANRAYA??????
Melihat kepada baner tentunya bersifat "PROVOKASI MELAMPAU" dan tentunya ada unsur-unsur rasis pekat.
Pembawa baner atau pemilik van berkenaan boleh ditakrifkan amat marahkan polis sehinggakan sanggup dan berani mempamerkan baner sebegitu rupa.
Jika diselidik dan ditanya hati kecil rakyat, maaf cakaplah, sebenarnya bukan hanya kaum India yang marahkan polis kebelakangnya ini
Kes terbaru melibatkan kemarahan kepada polis apabila C.Sugumaran yang mati dengan tangan bergari dan muka dilumur dengan bahan dipercayai serbuk kunyit.
Polis menembak mati Pua Bee Chun, isteri kepada Foo Voon Kong dalam insiden kejar-mengejar 2 minggu lalu.
Dilaporkan ada 24 lubang peluru di tepi pintu kereta mangsa.
Kes pemuda digari di Sabah dan dibalun polis juga cukup menggemparkan.
Masihkah kita Ingat tentang kematian remaja 15 tahun, Aminul Rashid juga mati ditembak polis.
Penembaknya pada mulanya dikenakan penjara 5 tahun dan akhirnya didapati tak bersalah. Ruang kepada polis untuk semakin ganas.
Bila diambil kira akan insiden-insiden yang menggerunkan ini sudah pasti akan terlintas di benak fikiran kita adakah pihak polis akan menyelesaikan kerja-kerja secara menembak mati "pesalah" yang belum dibuktikan bersalah?
Omakkau tidak menafikan kadangkala ketika menjalankan tugas pihak polis turut terancam nyawa dan keselamatan diri mereka. Terpaksa melepaskan tembakan demi menyelamatkan nyawa.
Tetapi setakat mana yang polis dikatakan suasana dan kategori terancam tersebut.. Ini persoalan yang harus difikirkan sedalam-dalamnya agar Keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang benar-benar wujud dan dilihat wujud dan dilaksanakan.
Majoriti anggota polis adalah jujur, dedikasi, amanah dalam menjalankan tugas.
Hanya segelintir yang membawa lumpur sehingga habis semua termasuk Institusi PDRM terpalit.
TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
betul tu. pegawai polis menjalankan urusan dengan professional, tapi campurtangan pemimpin pr yang cuba menjadi 'hero' telah menyebabkan keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. pemimpin pr cuba mendapatkan simpati rakyat dengan cara yang jijik. biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan amanah mereka.
ReplyDeletekeza
Setiap jabatan kerajaan,diorg ada ape yg dipanggil Standard Operating Prosedur(SOP)..so,nko xpayah nak goreng lah...nko terang dulu pasal SOP polis baru nko goreng ok..kalau x...pegi baca buku,exam da dekat..huhuhu
DeleteKo anak polis ke? Patutla..
DeleteXjgk,lam setiap SOP jabatan kerajaan,xde pun bab leh pukul org suka hati mak bapak die,kecuali tukang sebab penjara je...atas arahan hakim der..l
DeleteWajar sangat la tu..biar jadi pengajaran kt diorg..sini bukan tamilnadu yg depa dok ikut filem hindu tu byk sgt tayang kt Malaysia 90% ganas!..mengamuk sana sini.wat mcm hero hindu..! Tu nasib baik dia tak bawak parang.kalu tidak habis dia tetak.sapa dok kat situ taki ustaz ka , budak ka .bukan ingat dah kalu mabok.
DeleteBg aku da tgkp xyah la nk pukul lebih2,kang da susah nk jawab ngan bos,tu lom masuk mahkamah lagi...kang dah byk keje..kes yg xselesai lagipun byk...
Deleterata-rata pihak berkuasa, pdrm, kastam, sprm etc sudah muak dengan perlakuan pr dan akan mengundi bn pada pru13 nanti. pemimpin pr secara terbuka cuba memanipulasi sistem untuk kepentingan parti dan peribadi sehingga menyebabkan rakyat tertindas
ReplyDeletekeza
Sistem yang tidak adil juga menyebabkan rasuah berleluasa dalam UMNO. Ketirisan wang negara sehingga berbillion ringgit dgn isu2 komisyen SCORPENE, Wang lembu gemok Kak ijat, Isu tanah2 milik Raja Roopiah, sistem AES yg tidak adil pada rakyat diberi pada kroni, sistem tol yg menindas rakyat, isu PTPTN yang hanya untung pada kroni. Mencabuli kedaulatan undang2 dgn memberi kerayatan secara percuma kpd warga asing. Undang2 dicipta hanya untuk ikan bilis tapi jerong terlepas. Begitulah pemimpin UMNO yang celaka kepada rakyat..
Deletebapak ko polis ke? Patutla
Deletekalau contoh memanipulasi sistem keadilan dan menghukum tanpa usul periksa yang diamalkan oleh pr diteruskan, bukan setakat pihak berkuasa akan berterusan menolak pr, tapi rakyat pun akan turut serta. pr terlalu banyak berpolitik sehinggakan meminggirkan kepentingan prinsip adil dan saksama
ReplyDeletekeza
UMNO juga menjalan sistem keadilan hanya untuk rakyat bawahan. Akta Rahsia rasmi, AUKU, semuanya dicipta untuk melindungi UMNO. Secara tidak langsung akta2 rahsia rasmi itu dicipta untuk melindungi perasuah dari kalangan pimpinan2 UMNO. Undang2 dan akta itu dibuat untuk menakut-nakutkan pangadu. Yang pelik kadang2, pengadu masuk penjara dan yang bersalah terlepas. Itulah sistem keadilan Malaysia yg diciptakan UMNO.Malaysia bolih Hampass semuanya.
DeleteYe ke?nko byk sgt tgk cete sains fiksyen ni...dah makin melalut da....hehe umno tu kan dulu kini dan selamanya perfect...hakkk,,,tuihhh,!!!
DeleteSOP apa kes.... main letup pakai C4 tu SOP ker? Sapa suruh letup ha?
DeleteAlasan universal pak menteri..sindri nkat,sindri taruk,sindri letup..kahkahkah
DeleteMacai spotted!
ReplyDeleteSalah eja tu...Bukan 'z' tapi 'r'...
ReplyDeletecybertrooper umngok yg rajin.. pigidahhhhh
ReplyDeletekeza, ko bkn pencacai pr yg selalu copy paste tu ke? baguslah kalau dah insaf
ReplyDeletereza
aku dah insaflah reza. aku dah tak mau lagi dah bergelumang dengan perjuangan pr yang sia-sia, yang berjuang hanya untuk kroni, kuasa dan kepentingan peribadi. aku berharap pencacai pr di sini dapat mengambil cerita aku sebagai pengajaran. wahai pencacai pr sekelian, marilah kita meninggalkan perjuangan pr ni! takde gunanya kita menjadi agen dan boneka parti yang pentingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan rakyat. marilah kita bersama-sama umno/bn memperjuangkan agama, bangsa dan negara ke arah yang lebih baik
ReplyDeletekeza
aku dah insaflah Keza. aku dah tak mau lagi dah bergelumang dengan perjuangan UMNO yang sia-sia, yang berjuang hanya untuk kroni, kuasa dan kepentingan peribadi. aku berharap pencacai UMNO di sini dapat mengambil cerita aku sebagai pengajaran. wahai pencacai UMNO sekelian, marilah kita meninggalkan perjuangan UMNO ni! takde gunanya kita menjadi agen dan boneka parti yang pentingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan rakyat. marilah kita bersama-sama PAS/PR memperjuangkan agama, bangsa dan negara ke arah yang lebih baik
DeleteAku insaf mendengarnya....tapi jap aku nk guling2ketawa,hahahihihihihhhuhuh..
ReplyDeleteBRO. TAK PAYAHLAH MERAPU. AKU DULU PEGAWAI KERAJAAN. AKU TAHU APA YANG BANYAK DIBUAT OLEH PENJAWAT AWAM. HANYA SEGELINTIR SAJE YANG BETUL-BETUL YANG JUJUR DAN AMANAH. RAMAI YANG BANYAK BERTINDAK KERANA KEDUDUKAN MEREKA DAN KERANA PENGARUH ORANG ORANG POLITIK YANG MEMERINTAH. KALAU ADA PUN YANG LURUS `FOLLOW BY THE BOOK', ORANG JENIS INI TIDAK ADA TEMPAT DI DALAM ORGANISASI MEREKA. BAIK PDRM. TENTERA, KASTAM DAN LAIN-LAIN. AYAT LAZIM, "INI ARAHAN PIHAK ATASAN" "INI WAHYU DARI ATAS", "INI ARAHAN DATUK/TAN SRI" DAN SEBAGAINYA. TAK PERCAYA, BUAT BANCIAN.
ReplyDeletesetuju bbebenor
DeleteHaaaaa...tau pun..betul2...!
DeleteAKU SETUJU TANPA KOMPROMI!!!!
DeleteKeza...
ReplyDeleteTerlalu banyak kesukaran hidup yang memaksa aku meninggalkan umno walaupun datuk aku dulu penyokong tegar parti luput tarikh itu. Harga minyak mahal, harga kereta mahal, nak jumpa sedara bayar 4 kali tol (ulang alik bayar 8 tol), pinjaman PTPTipu, harga makanan mahal, saman aes tinggi dan macam-macam lagi. Minta maaflah kerana aku terpaksa melupakan umno dan memilih PR untuk sekian kalinya. Aku dah tak sanggup lagi dah nak membiarkan aku, anak aku, cucu aku dan cicit aku menanggung beban kehidupan yang melampau.
Duit BR1M, KR1M dan lain-lain jangan lupa ambik sebab itu duit kerajaan atau duit rakyat. PRU13 pangkah sapa, itu lain kira.
ReplyDeleteaku pangkah pas dan keadilan...kalu dap bertanding kawasan aku aku pangkah dap...poli s tak boleh tangkap aku maa...
DeleteHidup PR..!!!!
DeleteArahan tangkap pada org yg mempamerkan baner tsby telah d keluarkan....tp mmg patut pn...
ReplyDeletewoiiiiiiiit..... seksa roh....... jgn kacau......... dok takut ke...... kih.kih.kih...
ReplyDeletebagi aku,banner ni memang betul.ape kata pegi cari buku malaysia human right report..dia ada listkan berapa ramai orang mati dalam tahanan polis dan kebanyakannya orang india.ini fakta bukan aku tokok tambah.kadang2 aku tak suka blog politik parti yang kerja dia tulis pasal parti je sampai tak xde update drp grass root,mcm kes demo pekerja cimb,demo depan menara maybank.btw banner ni da lama bkn kes kt kajang.
ReplyDelete