Monday 11 November 2013

ISU TGHA DI KAITKAN DENGAN GERAKAN IKHWAN ANTARABANGSA .... PRESIDEN PAS AKAN JAWAP LAPORAN AKHBAR AL-WATAN.




Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka membuat satu sidang media hari ini, Isnin 11 November, berikutan laporan sebuah akhbar negara Mesir, al-Watan.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah, akhbar tersebut cuba mengaitkan Ustaz Hadi dengan gerakan Ikhwan antarabangsa.

Tujuannya, kata Wan Shukairi, adalah bagi memburukkan pandangan rakyat Mesir terhadap Ikhwan al-Muslimin.

“(akhbar itu) nak kata Ikhwan (al-Muslimin) ni ada gerakan dunia……… (jadi) dia (Ikhwan) tak ‘walaa’ (taat) kepada negara Mesir tapi ‘walaa’ kepada gerakan dunia dia.”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang laporan akhbar yang dianggap ‘lalang’ kerana pernah memberikan sokongan kepada kerajaan dipimpin oleh Presiden Mohamad Morsi.

Menurut Wan Shukairi, ia boleh memberikan kesan yang baik dan buruk kepada reputasi Presiden PAS.

Kesan buruknya, kata beliau, dari segi diplomasi dunia yang mungkin memberi gambaran bahawa Presiden PAS benar-benar mengetuai gerakan Ikhwan sedunia, sedangkan sangkaan itu tidak tepat.

“Akibatnya, mungkin sesetengah negara yang berpandangan ‘juling’ akan meletakkan sekatan.

“Manakala, sisi positifnya, Presiden PAS akan lebih dihormati kerana diiktiraf sebagai pemimpin dunia,”katanya

Bagaimana pun, Wan Sukairi menambah, PAS tidak akan membiarkan nama Presidennya tercalar baik di petingkat domestik dan antarabangsa.

“jadi kita tunggu sidang media yang akan diadakan oleh Tok Guru sendiri,”katanya

Ketika dihubungi, anakanda Ustaz Hadi, Ustaz Mohamad Khalil mengesahkan bahawa, Presiden PAS akan mengadakan satu sidang media behubung laporan akhbar terbabit.

12 comments:

  1. Paper adik beradik dgn utusan monkey la ni..nak kaitkan dgn najib pun tak boleh..tak kan pemimpin dunia islam tak tau najis mughallazah kot..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu komen yang menunjukkan kematangan bro..bijak sungguh bro ni.. tahniah..

      Delete
  2. Makin terbongkar nampaknya orang yang bertopengkan jubah dan serban, mengaut duit derma rakyat..berbuih2 mulut mengutuk kerajaan yg aman..akhirnya ALLAH tunjuk sedikit demi sedikit manusia baghal ni yg sangat dekat iktikadnya dgn syiah dan keganasan..yg membenarkan ALLAH disamakan kalimahnya dgn kristian..amik ko. Paper luar negara yg tulis..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aman kepala hotak ko!rakyat kena tembak semalam ko tgk x,rasuah audit dedah juta2 ko redho ke kerajaan rasuah.ko ni Islam ke kapir?kedai judi kerajaan BN luluskan ko ade syer gak ke?ade x kedai toto tulis judi utk org kapir cam ko je?

      Delete
    2. tahniah anon 21:23.. komen yang bijak.. bro la penyokong PR yang paling bijak.. umur berapa ni? matang pemikiran..

      Delete
  3. sebenarnya dh banyak Allah tunjukan signal pada puak yg bertopengkan jubah dan serban yg mempermainkan agama utk tujuan politik yg sempit, suka buat fitnah, tidak boleh tgkorang melayu islam lain yg kaya mulalah dengki..lebih rela cinabeng jd kaya asalkan jangan org melayu tp apakan daya macai2 haprak ni hati mereka dh hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org marah melayu kaya bela lembu 250 juta,melayu jd ketua umno terus kaya.ko suka ke bini ko byk duit makan duit rasuah,ko nak salahkan kan cina,tapi kerajaan BN byk bg projek besar kat cina.kes pkfz melayu kot,tp muka cam cina.

      Delete
    2. banyak komen2 bro yang bijak2.. penuh dengan fakta.. hebat.. penyokong PR yang paling bijak..

      Delete
  4. Siapa yang suka buat fitnah tu.cuba. tengok balik bukan ke utusan melayu hutan dah banyak kali kalah saman fitnah..dah ada fakta pun nak auta lagi..inilah akibatnya lantik yahudi jadi penasihat..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah bro.. komen yang bijak..

      Delete
    2. bijak najib lagi,joli guna duit rakyat pun ramai sokong lg jadi ketua.

      Delete
    3. kalau nak banding dgn najib bro jauh lebih bijak.. tahap bijak nuar brahim.. tahniah bro.. teruskan usaha.. bro penyokong PR terbijak..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...