Wednesday 12 March 2014

EMPAT TERAS MANIFESTO CALON KEADILAN PRK KAJANG.



Calon pilihan raya kecil (PRK) KEADILAN N 25 Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan ‘Manifesto Kajang’ yang mengandungi empat teras utama.

Empat teras tersebut adalah membanteras jenayah, meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalulintas, pembangunan anak muda dan usahawan kecil dan pembangunan serta penyenggaraan perbandaran.

Manifesto tersebut dicetak dalam bentuk poskad dengan gambar yang menarik dan ditandatangan sendiri oleh Wan Azizah.

Manifesto kali ini dicetak dalam bentuk poskad, tidak seperti buku dalam pilihan raya sebelum ini.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, poskad yang akan dicetak sebanyak 20,000 setiap teras itu akan diedarkan dari rumah ke rumah.

“Kita sudah ada analisis pengundi mengikut kawasan jadi poskad ini akan diedarkan mengikut situasi pengundi.

“Contohnya di kawasan yang mengalami masalah kesesakan kita akan edarkan poskad mengenai lalulintas.

“Di kawasan anak muda kita edarkan poskad mengenai anak muda,” kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK N.25, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai lalu lintas, Rafizi berkata, Wan Azizah akan melantik jururunding trafik bebas untuk menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas di Bandar Kajang.

6 comments:

  1. Haluuuuuuu. .......

    Hebat.....kencang...bergaya...bravo bravo bravo....slamat brjuang...hantam smpai lumat....bantai smpai lunyai...jdikn kmenangan yg bkal dijulang sbagai malapetaka sterusnya utk umnongok yg ngok. ...

    Khak tuih lu umnongok

    ReplyDelete
  2. BILA NAK DEMONSTRASI REFORMASI 2.0 NI??

    ReplyDelete
  3. nape tak ramai yg komen? penyokong dah tak percaya pkr ke? hehe

    ReplyDelete
  4. rohani abd hamid12 March 2014 at 18:31

    Dr wan azizah wan ismail

    Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

    Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    ReplyDelete
  5. mampukah??
    keluarga sendiri pon tak terjaga

    ReplyDelete
  6. masalah air di selangor pun tak boleh diselesaikan malah nak tangguh itu perangai anwar

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...