KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 19 March 2014

POLITIK BANKRAP DAN MUFLIS ISU ... RISALAH PALSU MANIFESTO DAN AKU JANJI KEADILAN TERSEBAR DI DUN KAJANG ..



Hebahan seperti yang dilampir telah diperolehi oleh seorang petugas Parti Keadilan Rakyat dalam gerak kerja di Pilihan Raya Kecil N25 Kajang.

Ia berniat jahat dan ingin melihat berlakunya kekeliruan dan kekecohan antara rakyat dan pihak yang bertanding dari kalangan Pakatan Rakyat, lebih-lebih waktu pengundian sudah semakin hampir.

Hebahan itu sangat jelas direka oleh seseorang yang tidak cerdik akalnya dan jauh dari mempunyai sifat cermat dan teliti mengenai hebahan dari sebuah Kerajaan Negeri.   Sudah pasti ia bukan sama sekali hebahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kerana terkandung banyak kecacatan format, bahasa dan informasi.

Kriteria kelayakan ibu tunggal yang disebut amat dangkal dan mempamirkan kecerdasan yang sangat lemah bila mana kriteria ibu tunggal yang disahkan hanyalah yang membawa surat perceraian saja.   Seorang wanita boleh menjadi ibu tunggal bukan hanya ketika berlaku perceraian saja.

 Hebahan yang dilampir adalah fitnah dan palsu.    Mereka yang mencipta, mencetak dan mengedarkannya adalah pemfitnah, kekontangan rasa tanggungjawab dan mesti dibawa ke pengadilan.

Rakyat diminta untuk bersama-sama mencari orang yang melakukan fitnah dan sebaran palsu ini dan melaporkan kepada Pejabat Exco (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita) di talian 03-55447622 atau ke balai polis yang berhampiran.

Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

4 comments:

  1. UMNO BN tu dah sah2 laaaa ....
    Umat
    Melayu
    Nomad
    Otaknya....
    jka cerdik masakan risaah tu diedarkn ktka PRK DUN Kajang!!
    Jka x jumud pale otak macai2 UMNO BN tu.. masakan sangup menfitnah!??

    Mka tu laaa Umat Melayu Naif Otaknya tuuuuu.... jdi Beban Negara!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO BN tu dah sah2 laaaa ....
      Umat
      Melayu
      Naif
      Otaknya....

      Jka cerdik pale otak macai2 UMNO BN tu.. masakan sangup menfitnah!??

      Mka tu laaa jdi Beban Negara!!!

      Delete
  2. Hehehe betul tu...tiada umngok aman malaysia...

    ReplyDelete
  3. Kem azmin punya kerja. Tp salahkah org lain. Tektik basi punya parti pkr iaitu parti serpihan umno ni.

    Pas for all

    ReplyDelete