Monday, 17 March 2014
RAJA BOMOH NAK SAMAN MALU SHAHIDAN KASSIM RM100JUTA PEMIMPIN YANG PERNAH BELIAU ANUGERAHKAN SELENDANG KUNING MAHKOTA SETIA MANGKU NEGARA!!!
Semalam semasa membuat ritual meneropong di Teluk Intan Perak berhampiran dengan menara condong, beliau telah berikrar akan menyaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Shahidan Kassim pemimpin UMNO/BN yang suatu ketika dahulu pernah beliau anugerahkan "Selendang Kuning Mahkota Setia Mangku Negara" kerana memalukan dirinya menuduh mengamalkan ajaran khurafat dan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Setakat ini dia telah sahkan dua menteri akan disaman RM100 juta setiap seorang kerna menjatuhkan imejnya sebagai raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ... seorang lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dato' Seri Anwar Ibrahim lagi dahsyat .. dia nak saman RM300 juta sebab minta pihak berwajib siasat gelagat beliuau yang jadi bahan ketawa dan kutukan seluruh dunia di KLIA minggu lalu. .. lagi tuduh DSAI kacang lupakan kulit semasa menjadi Menteri Pertanian melawat Sg Manik, Perak kerana jamuan makan lawatan berkenaan di taja oleh beliau.
Tengah menunggu siapa lagi yang bakal mau beliau saman sebab tuduh beliau amalkan khurafat, tahyul, syirik dan menipu.
Inilah kenyataan Shahidan Kassim 4 hari yang lalu mengenai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP 1M'sia ini ..
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.
"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.
"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.
"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.
Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.
Menurut Shahidan lagi, kerajaan sememangnya tiada kaitan dengan bomoh itu walaupun beliau dikaitkan dengan slogan '1Malaysia'.
"Jadi oleh kerana ada 1Malaysia di belakang, orang tuduh kerajaan yang buat.
"Kerja kita yang utama sekarang adalah mencari pesawat yang hilang," kata Shahidan lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sabarlah tok moh...kalau mng nanti saman tu jgn lupa saya...sy sentiasa menyokong tok moh...
ReplyDeleteUmno kampung pisang.
Saya pun sama tok moh...tp klu mng saman nanti tok jgn lupakn kami dlm pkr...sbb tok saman boss kami plg bnyk...mati2 kami ingt boss kami cuma kenal ulama al azhar je...tp ayat tok sponsor mkn tu dn nk saman, cam nk selamatkn boss kami merngkap boss tok je..
DeletePkr cabang kg gajah
sponser makan jer Biasa lah bila masuk kg Tetamu di layan
DeleteYg selekeh pemimpin umno pakai selendang . skg semuanya dah cabut.tinggal kan Tok Moh Agak nya selendang tu pun dah jadi kain buruk Sebelum Tok Moh teropong di KLIA selendang di letak dlm almari cermin ruang tamu. Jd kebanggaan. Itu nasib se org Bomoh
Saman Zahid Hamidi tu tok.
ReplyDeleteDia kata tok GILA
Abis tu nko nk kata tok tk GILA lh ya.. bagus2 tok mmng perlu org yg mcm nko...rasa cam cerdik tp bngng tak sudah...meh le jmpa tok. .
DeleteRaja bomoh dunia
....patutnya bekas adun kajang saman anwar Ibrahim kerana anwar dia dipaksa letak jawatan....tiba tiba jijah puak yang jadi calon.....calon recycle pulak tu...
ReplyDeleteHeheh..tak pun ..ko je yg saman nuar tu...aku sokong ko...amacam...
DeleteKalau nak saman nampaknya ada dua lagi kena saman, iaitu Dr MAZA dan Dr Ridhuan Tee. Lagi yang boleh disaman ialah JAKIM dan JAIS. Hebat tokm moh ni.
ReplyDeleteJadi jutawan le mu tok moh ooiii..jadi sebelum gi jumpa lawyer teropong lah dulu mana lah tahu kot kot mahkamah jatuh hukuman tok moh ni kena hantar gi tanjung rambutan lak.
Deletetok moh bole ker minta kerja ngan tok.nak kerja kira duit tok menang saman nanti.banyak duit tu tok.tak pun jadi co pilot tikar pandang terbang pun jadi ler.tok....bila lagi tok nak guna seruling plak utk cari MH370.
ReplyDeleteBoleh klu mike nk keroje ngan tok. .mike tk payah buat keroje susah... apa yg nuar mkn itu yg tok mkn...
DeleteApa yg nuar minum itu yg tok minum...pndkkata selera tok sama mcm selera nuar...
Bila nk mula keroje..
Raja bomoh dunia
Baik budi bahasa tok moh ni ye..baguslah kalau dah sedar...
DeleteKJ 100 Juta
ReplyDeleteSahidan 100 Juta
Anwar 300 Juta
ni semua 500 juta.....byk tu....jgn lupa zakat 2.5 %....caya la Tok
Cai...pelik gak, sorang pun dari pas tk masuk list...cam pemimpin pas redha je ngan apa yg tok moh buat..
DeleteKo suruhlah tok moh tu saman pemimpin pas tu...nanti kata x adil pulak..hehe
DeleteBanyak kali turon naik mehkameh tok mo kalu nak menang 500j pon, leceh. Baik tok mo saman alarabiya.net sekali menang bleh dapat beliong beliong pitih tok mo, ni projek bagus
Deletecuba tok mo tengok siaran sorat kabo al Arabia jelas MEMALUKAN kecuali tok mo tidak ada KEMALUAN, jeneh tadak bebatu
al Arabiya.net dengan tajuk utamanya ‘Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang’.
Alarabiya.net turut memuat turun gambar Beraheng, 80, bersama dua yang lain sedang melakukan ritual dengan memegang dua biji kelapa muda tanpa diketahui tujuan sebenar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12 Mac lalu.
Ini tak boleh jadi tok mo, MEMALUKAN
Saman ... jangan tak saman....
JAIS / JAIS brni tngkp tokm moh ni? spi hri ni stu ayt pn x klr dri 2 agensi ni! mgkn tkut kne smn rm500jta.atu ad penasiht gelap dri belakng.
ReplyDeletekalau menang makin lah kaya tok bomoh ni..pinjam teropong nak tengok 4D
ReplyDeletehamboi..semua org dia nak saman...mau buaya pun dia nk saman nt.kahkaah
ReplyDeleteBomoh bahlul dah malu semuo org nal.di saman sok luso yg bg komen kat blog pun di saman eh...hati hati jang 100 juta tu...rm atau rupiah kot...kayo kayo bomoh bahlul nak sonang sambil goyang tolo berselendang....
ReplyDeleteTok Moh pun tahu nilai se org pemimpin .Harga Pemimpin PR dgn Pemimpin UMNgok. Tp masa Menteri Pertanian zaman tu org bagi makan ikhlas tak ada tertulis atau diberitahu Makan di taja oleh indv. Tenguk gaya nya Tok Moh yg lebih lebih nak di kaitkan dng pemimpin .
ReplyDeletekalau tok moh handal tok moh ckp lah sape yg jemput suruh tok moh bawa teropong dng tikar. jgn acah saman tp sebenarnya dah ada penyelesaian nya.
ReplyDeleterumah tok moh ada dua tugu 1Msia Rumah MB pun tak ada tugu 1Msia. Tok Moh ahli umno sebelum ujud nya dacing Sebelum Tok Moh saman pemimpin UMNO Mahathir Daim Zahid Shahidan yg sepatutnya saman Tok Moh.
UMNO kuat selama ini krn Tok Moh Selepas dapat jubur Saipol Tok Moh di buang begitu saja.
Macai ya g suka tulis caps besar besar tu mana ek...lolz komen la woiiiiii... komen bodoh ala ala najib pun okay gakkk..kah kah kah
ReplyDeleteSelendang je mana cukup Tok! Kasut tumit tinggi, baju kurung ngan gincu bila nak bagi? Nama je Atok ni pondan tapi keperluan pondan pun atul tak tawu..! Benci la Atok nih! Huh!
ReplyDeleteSaman Tok saman! Sikap belot pemimpin UMNU nih telah mendatangkan kemaluan besar pada Atok..! Saman tok.. Tok, ari ni nombor apa naik fisrt prize? TOTO, Da Ma Cai ngan 4D Tok. Kalo kena Atok punya bahagian mesti ada pnye! 20% Tok...
ReplyDeleteApa yg deme merepek meraban ni. Macam-macam yg nak mengampu Tok Moh. Takde koje lain ker.
ReplyDeleteErrr...tok moh, bila pulok nak buat makan2 kat Kuala Sepetang. Peminat dah ramai mnyokong ni. Hehehe.
mat zin tgh buat duit ni kalau menang. belum kira JAKIM dan JAIS lagi. jika menang dpt lah beli kapalterbang kecik, tak perlula tikar terbang yg tak terbang tu lagi.
ReplyDeletetapi awat mahai sgt selendang2 kain tu tok moh? takkan sampai berjuta2 selendang tu, tk sampai se ela pun.
tok moh ni tampar buaya atau memang buaya yg kemaruk duit juta2 nk saman sana sini.
tp elok saman pemimpin2 umno yg memang tk mengenang budi tu. habis madu tok moh, sepah(sabut kelapa) tok moh dibuang. sekarang semua umno dn org2 silat yg pro umno mengelak dn kutuk tok moh.
omar din pun tumpang sekaki(oops maaf, ini peribahasa bukan menghina).
tp kalau tok moh taktahan bila 1malaysia nk lawan tok moh, harap ketika tu tikar boleh terbang bawa tokmoh jauh2 dari malaysia ni. jgn lupa bawa harmonika sekali... utk order makanan.
Ape mike xde koje ekk... duk ngate tok moh kami nie...hihihihihi bek mike g solat zohor da gk pekdah nyerrr...tok jgn lupe saye tokk...dh backup nii...6D pn ckup la tokkk
ReplyDeleteDulu tok moh ini selalu iklankan diri dia dalam bacaria. Bila kedai dah tak berapa laku kena ikhtiar cara lainlah. Saman sana sini mungkin cepat jadi jutawan.
ReplyDelete