Monday 31 March 2014

TRAGEDI MH370 .... OBJEK DI KUTIP HANYA BUANGAN TERAPUNG TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PESAWAT MH370 KATA AMSA.



Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam ini, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
 
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.

Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.

Operasi pencarian bersambung hari ini.

8 comments:

  1. Pesawat MAS MH370 yang hilang secara misteri itu hanya boleh dikesan didua tempat saja iaitu dilaut dan didarat.

    Sepanjang masa pencarian hanya tertumpu pada laut tapi tidak pula kedengaran pasukan SAR Malaysia mengusul supaya sebuah pasukan yang khusus mencari didarat pula.

    Jika tidak laut pasti ada didarat. Jika tidak didarat maknanya pesawat itu disorokkan dalam lubang......saiful apa khabar ?



    ReplyDelete
  2. Pagi2 dah sarapan lubang saipol...najibun toksah berlakun lama2 org ramai dah menyampah tgk sidang media kt tv...mengaku je prsawat tu ado dokat monggolia..hehe

    ReplyDelete
  3. Pesawat mh370 bawa us drone dalam kargo pesawat- Samada nh370 dirampas dan mendarat di Diego Garcia atau telah ditembak jatuh-

    ReplyDelete
  4. Dalam mh370 itu dilapurkan ada 4 tan buah manggis utk dihantar ke china. Yang pelik skrg ini bukan musim manggis. Jadi apa sebenar barang yg dihantar. sesiapa penghantarnya. KENAPA pihak MAS longgar sangat dalam keselamatan.

    Dulu tuya Mongolia mati oleh C4 di Puncak Alam. Tapi rekod kemasukan di imegresin tiada. Sekarang nyawa 239 orang. Mungkin China & US tahu cerita tentang manggis. Malaysia ditadbir oleh org yg paling cerdek didunia.

    Kembar MH370 di israel, apa motifnya
    http://greenboc.blogspot.com/2014/03/gawat-kembar-mh370-ada-di-israel-apa.html

    ReplyDelete
  5. Dah la tu. Berdoa sajalah pd Allah. Allah maha mengetahui. Kita manusia ni apalah yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. enkau ni anti hadis atau tiada ilmu. Nabi Muhamad sendiri dalam membuat sesuatu perkara, menyelesaikan masaalah atau ingin berperang dgn org kapir bukan setakat berdoa. Ia juga berSOLAT HAJAT, berbincang dengan para sahabat, berusaha dan lain-lain sehingga dahinya luka, giginya patah, berdarah, kena panah dan membuat parit di Perang Khadak ( idea salman alfarisi) , Jadi tolong anony 10.13 jangan jadi bodoh dan dugu. Mh 370 masih tidak dijumpai

      Delete
  6. Nampaknya bukan manusia je yg di kambing itam buah manggis pun jd kambing itam..hehehe lawak lawak malaysia penuh dgn drama lawak...

    ReplyDelete
  7. Operasi pembersihan sampah sarap di Lautan Hindi. Sekurang-kurangnya ada jugak kerja berfaedah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...