Monday, 17 March 2014
KJ MEMPERSENDAKAN AMARAN RAJA BOMOH SEDUNIA YANG MAU HANTAR BELIAU KE ALAM GHAIB JIKA ENGGAN MOHON MAAF.
"Kalau macam ni elok lah aku sembunyi kat alam ghaib jap. Dalam gua pun MU haters boleh cari"
Begitulah ayat tweet KJ ketika beliau menjawab amaran Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang memberi amaran kepada beliau agar menarik balik kenyataannya dan mohon maaf.
Jelas sekali KJ tidak tunduk dan gentar dengan ugutan Raja Bomoh Sedunia yang mengaku ramai pemimpin-pemimpin besar UMNO adalah rakan rapat beliau.
Sudah pun diketahui umum tersebar video terkini Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang menuntut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, menarik balik kenyataannya yang mendesak pihak berwajib tangkap diri beliau kerana mengamalkan perkara khurafat dan syirik serta memohon maaf kepadanya secara terbuka . Sekiranya enggan berbuat demikian dia boleh menghantar KhairyJamaluddin ke alam dua – ghaib.
“Saya tok bomoh, kalau hati saya sakit nanti kamu masuk alam dua. Alam 7 tujuh kaki, atau 5 kaki. Jangan jolok sarang tebuan, nanti penyengat keluar kamu susah lari,” antara kata-kata Raja Bomoh mengingatkan Khairy dalam video tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Usah di layan bomoh bahlul tu kj ooii...ekau bomoh tuo budak2 kg ekau bolehlah lu warning nie gombau la most wanted...tuo di sanjung mudo di sayang.. kalu bahlul al kaki parpu cam bomoh ni bawak sembang kodai kupi jo...sendiri yg buek binawe dah malu nak carik pasal pulak dah la tu abih semuo gombau ekau palitkan bomoh siallan al bangsat
ReplyDeletetok moh tu umno zaman kapal layar tu
DeleteTok Moh kaki kencing, buat gempak je. Kamu akan diakui kehandalanmu jika dan hanya jika kamu dan orang2 kamu pergi serang Israel, hingga Israel menyerahkan semula wilayah hak milik Palestin. Musnahkan Israel dulu kemudian barulah boleh cakap besar. Lepas tu buat demonstrasi tunjukkan tampar buaya sebenar tidak diikat sampai mati berseorangan diri kamu shj. Beribu juta ringgit boleh dapat nanti.
ReplyDeletenanti dia kata dia kenal barrack obama dan natenyahu
Deletesenyum pagi ini " kalau sarang tebuan yg dijolok kenapa penyengat yg keluar" tolong teropong sat. kat kampung aku tebuan dan penyengat adalah dua makhluk Allah yg berbeza.
ReplyDeleteYo la sarang di jolok keluar lah penyegatnyo....kg ekau lain jang tobuan laie penyongat laie...mano bomah bahlol al binawe ni nak taw...kg dio perak buleh la dio sembang...kalu kat gombau org gilo cam ni kito panggil ..tigo suku.. bukan suku adat jang oiiii
ReplyDeleteNak menunjukkan betapa dangkalnya tahap IQ masyarakat kita sekarang.
ReplyDeleteKih..kih..macam macam ada..
ReplyDeleteTok moh dgn kobaunya ni kompom kenal Badak Negara.kalau tak mcm mana jit tuya boleh jadi takut bini dia yg ketot tu.
ReplyDeleteTweet YB KJ ni pasal dia fan MU
ReplyDeleteKan MU Kalah malam td. Ni pasal bola, bukan sal bomoh.
Ko pompuan ape tau pasal bola? Jilat bola tau la ko
tengok sidang video tu pun nampak sangat betapa buduhnya orang tua tu....cakap sombong dan bongkak. dia ingat orang heran dengan ugutan dia....la ni orang tak main la bomo bomo ni orang tua kutuk oiii......bertobatla kamu kut2 masih ada peluang taoi aku rasa dengan usianya kini dah tak dak harapan dah Allah nak terima taubat mangkuk tua ni....
ReplyDeletesemoga bomoh itu dapat petunjuk dr ALLAH SWT mengenai hidup didunia yg tinggal berapa hari je lagi ni.. doa dan beristiffar byk2 tok.. hidup ni sementara.. jin dan syaitan semuanya makhluk ciptaan ALLAH SWT.. teropong dan bubu je buatan manusia.. itu pon izan ALLAH SWT YG MAHA KUASA ATAS SEGALA GALANYA
ReplyDeleteKo igt kj tu gaban ka boleh ditarik ke alam angkasa?
ReplyDeleteTah tah bomoh PR ni hantar mh370 ke alam ghaib sbb kecewa bos anwar dia kena 5 tahun?
ReplyDeleteBomoh PR pakai lencana 1Malaysia cap kapal layar? Wakakakaka, memang tak syak lagi la kau ni memang macai sejati, totok, bak kata Tun Dr M, hanya yang bangang abadi je yang menganut agama UMNO tanpa ragu.
DeleteSorang pandai tak boleh ditegur, sorang lagi bodoh takleh diajar, elok lah tu, dulu kini selamanya terencat akal duduk dalam parti lahanat, eh silap, keramat.
mesti tok moh ni tahu kat mana hantu atantuya bersembunyi....jaga jaga kj ....
DeletePakat tampor bomoh ni sorang sekali mau senget muko ehh
ReplyDelete