Thursday 27 March 2014

KASSIM AHMAD MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS DUA PERTUDUHAN MENGHINA ISLAM DAN ANAK MAHATHIR DIDAKWA MENGURUSKAN JAMINANNYA SEBANYAK RM3,000 SETIAP PERTUDUHAN.



Pencetus Anti Hadis, Kassim Ahmad mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya hari ini berhubung kenyataan kontroversinya berkaitan hadis Nabi.

Kassim didakwa menghina Islam melalui satu ucapan berhubung perbuatan "mendewa-dewakan nabi Muhammad dalam syahadah" dan juga hujah berhubung definisi "aurat wanita".

Beliau didakwa menyatakan demikian dalam satu seminar dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 Februari lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 7(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Dalam pertuduhan kedua, beliau didakwa mengingkari pihak berkuasa agama kerana membuat ucapan yang memetik kandungan buku yang diharamkan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 9 akta sama menyatakan, Kassim memetik buku 'Hadis: Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik'.

Menurut pertuduhan berkenaan, buku tersebut telahpun diharamkan melalui Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 8 Februari 1996.

Oleh yang demikian, beliau didakwa mengingkari perintah Yang DiPertuan Agong, Majlis Agama Islam atau Mufti melalui fatwa berkenaan, mengikut pertuduhan berkenaan.

Dalam rayuannya, Kassim, 81, memohon agar mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan dan usianya.

"Saya tidak bersalah. Yang arif saya minta tuan memikirkan keadaan kesihatan saya yang sudah 80 tahun.

"Saya hanya bergantung pada tiga orang anak saya," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Raya Ibrahim Deris di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Umamuddin membenarkan Kassim dilepaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan tarikh 7 April untuk sebutan semula kes.

Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mathir dilihat muncul di bangunan mahkamah, kira-kira jam 11.40 pagi selepas pendakwaan dipercayai untuk menguruskan jaminan Kassim Ahmad.

Turut muncul di bangunan mahkamah ialah pengerusi penganjur seminar, Nik Abdul Aziz Nik Hassan serta beberapa orang ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut.

Kassim, 81, semalam ditahan mengikut peruntukan sama.

Seramai 10 orang penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu, di kediamannya di Kulim, Kedah,  yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari turut mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' dijalankan selama dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana - yang dinaungi Mahathir.

38 comments:

  1. KES KASSIM AHMAD KENA TANGKAP SAMA SEPERTI KES ANWAR KENA TANGKAP TAHUN 1998.

    KASSIM AHMAD BOLEH MASUK PARTI KEADILAN RAKYAT UNTUK BERJUANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tAnuar tu kes politik..kes2 anuar mujud semata2 untok menyekat poliknye maka wujudla kes2 liwat..why kes liwat ini karna dakwaan itu untuk memalukan beliau,keluar dan rakan2..bukti2 yg ada mencurigakan sbb kes politik..disinilah bermulanye melayu menghina melayu, melayu menghina islam,agama di jual dan dibeli oleh org2 yang menjaga kepentingan dlm kerajaan dlm ertikata lain kes liwat ni x wujud better kofaham sblum cment

      Delete
    2. Apa bodoh sangat nak samakan anwar dengan kasim ahmad..kalau otak macam sampah tak perlu tunjuk kat orang.

      Delete
    3. Samakam anuar dan kassim dlm kes kena dakwa ni sah la dia ni 12:48 ni tak sekolah..
      Bab undang2 langsung tak faham... woi.. bahlol buar homework sikit la baru komen...
      dahlah komen mcm pak pandiaq..

      Delete
    4. Allah ada berfiman di dalam alquran .gunakan akal kamu..dan apa di nyatakan kassim ahmad hendaklah di fikirkan dan harus di teliti melalui alquran.bukan pakai hembus saja dan buat andaiyan sendiri untuk menunjukan kuasa yg ada.tak takut ke pada hari pembalasan dari allah.renung2kanlah

      Delete
  2. Mat telo pun anti hadis.seminar kat putrajaya bkn bwh jambang.

    kuikuikui

    ReplyDelete
  3. Zaman dulu imam2 mazhab kita pun berbalah juga, tapi taklah sampai nak dakwa2 di antara mereka. Itu berdasarkan perbezaan pendapat di atas berbagai hadis saja. Kini, Pak Kassim mahu ikut al Quran saja pun sudah kena dakwa. Apa sudah jadi ni? Salah ke berbeza pendapat? Kalau pendapat Pak Kassim benar, bagaimana jadinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja bomoh tu tak pula ditangkap. Kerana dia orang umno?

      Delete
    2. Yg ni lagi bahalolll....
      sampai mengucap tak mengaku nabi muhamad tu nabi kita.. pun nak kata betul juga...
      berbeza pendapat hingga keluar akidaq pun nak bela si kassim mabuk ni..
      patutlah hang tollol bin bahaaalollll...
      .

      Delete
    3. Ye tak ye ugak ye...... Quran tu diwahyukan kepada kasim ahmad rupenye. Patutle dier nak nilai semula hadis2 nabi errrr

      Delete
    4. Jangan cakap macam orang MUNAFIK.

      Delete
    5. mazhab2 dulu...berselisih perkara ranting jer.......yg kassim nie perkara utama...rukun.....rukun islam....kalu kau mengucap dah tak betul/iktikad tak betul.....sah ker islam kau tu......

      Delete
  4. Kalau org ni btul mana2 ayt al-quran yg ada nabi muhammad ko tuko je dgn nama kassem ahmad..muleh?

    kuikuikui

    ReplyDelete
  5. Suruh orang fahami quran pun kena dakwa. Apa punya bangang jakim ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang nak faham apa nak baca pun tak reti..
      hang baca new stret time pandai pulak.. mampos nanti hang mengucap kassim nabiku dlm bahasa inggeris.

      Delete
  6. kecoh skjp je ni...
    bl mamak mahathir masuk campur jabatan agama teus hilang 'telur'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang depa ni takdak teloq lama dah...
      kalau ada telok dah lama ayah pin kena tangkap... dah lama bomoh buah nyok kena sumbat ke dalam....

      Delete
    2. Dah lama da.... No no no ( sedutan dialog pwtc rrrr)

      Delete
  7. JAkim bodo- engkau nl anti hadis. Elok belajar Islam semula. Engkau tu bodoh bukan jakim.

    ReplyDelete
  8. Cantek rayuan kassim nie........saya hanya bergantung pada 3orang anak saya.cantek....

    ReplyDelete
  9. Rayuan kepala bana..tembak mapuhhhh lalu..kalu zaman sasidina omar...lama dah kena pancung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasim dah sesat sampaikan dia mengata solat kita sekarang dah tak betul dan hadis nabi 60%katanya dah seleweng..kasim ahmad dah masuk katogeri AYAH PIN. Ke2

      Delete
    2. Kassim telah mengelirukan umat islam diM'sia dan juga Dunia...Allah dan Rasul tidak dpt dipisahkan ..Syahadh adalah wajib dalam Solat..Aurat wanita telah pun kita semua tahu ,,Dosa tidak mengenal usia , hnya hukuman dunia kita terlepas..Orang yng menyokong tu pun harus dipersalahkan juga..

      Delete
    3. Kita pandai membuat ulasan tapi tak gunakan akal untuk berfikir...mcm lembu cucuk hidung...baca lah alquran dgn fahaman yg dlm.bukan pakai hembus je asal bole

      Delete
    4. Yusri haneefa...siapa awak yang boleh baca dan faham alquran dgn mendalam tanpa adanya Nabi Muhammad SAW yang diwahyu, dimukjizat dan mengajarnya kepada sahabat....kassim ahmad ni yg menilai guna akal yang dangkal...dia siapa...akal kita ni tak dapatpun mencapai ke puncak bukit...jgn sombong.

      Kassim kata, salahkah berbeza pendapat...ini bukan beza pendapat, ini kes menyalahi aqidah....nampak tak bezanya. Pendapat yang baik tak boleh melepasi aqidah yg kita pegang.

      Delete
    5. Baca alquran mmg blh baca siap ada terjemahan bahasa.Blh ke paham 30 juzuk kalu baca je. Kna rujuk hadis. Hadis 2 huraian pelengkap. Kna cari guru agama belajar. Sekian

      Delete
  10. Baru nak sedar diri tu dah tua...ada jugak mangkuk yg sanggup jadi macai jamin org tua kutuk tu...anak sape yg bahlol tu....

    ReplyDelete
  11. orang tua nyanyok....

    ReplyDelete
  12. Apa nak dakwa kasi muzakarah la nenguk tahap otak kasim nie cam nik aziz la byk kuar kenyataan yg x leh diterima banyak org kecuali yg mengaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sgt kau tu tak mengaji......oleh itu...boleh jalan daaaaahhhh

      Delete
  13. Jgn gaduh2 la MH370 x jumpa ni selesaikan satu2. Mcm nak lari Dari bab MH370 je Kita tunggu la Kerajaan jelaskan mmana MH370 Dan tunggu jenazahnyabkalau betul masuk laut MH370 Tu k

    ReplyDelete
  14. Ada saper nak buat buku...UMNO satu penilaian semula ? Nak tengok Mahathir suka ker tak ?

    ReplyDelete
  15. Jgn lipa buku penilaian semula fuckatan ...lg bagus penilaian semula jenazah2 kes memali nun....

    ReplyDelete
  16. apehal plak ngan syuhada2 memali?ko kalo dpt info dr 1 sumber je xpyh nk fitnah2 kat arwah2 ni..

    ReplyDelete
  17. bila nak dakwa mamak kutty? kalau anwar ibrahim yg menaungi kassim ahmad, jakim, jakun, jati dan apa2 lagi ja---- akan dakwa dalam sekelip mata

    ReplyDelete
  18. Macamana ada bahalol umngok yg boleh sokong anti hadis...nampak sangat sesat puak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila la mereka ni sedar dari kesesatan..

      Delete
    2. X semua mcm 2. Jgn tuduh x bek. Solat 5 waktu dh cukup ker? Msuk kubur munkar nakir x tanya pun masa hidup parti mana sokong. Sekian

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...