Monday 17 March 2014

KERAJAAN PUSAT KHIANATI PERJANJIAN AIR SETELAH 2 MINGGU MoU DITANDA TANGANI DENGAN KERAJAAN PR SELANGOR????


Belum apa-apa MoU yang ditanda tangani oleh kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan PR Negeri Selangor telah dikhianati oleh UMNO/BN.

Nampak sangat tidak ikhlas dan mau jadikan MoU itu isu politik dengan hasrat nak sekat kemaraan DSAI dengan Pencak Kajangnya .. Apabila Mahkamah Rayuan yang bersidang lebih masa dan tergesa-gesa menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara maka niat sebenar Kerajaan UMNO/BN mulai terbongkar.

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa Putrajaya mengkhianati Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri Selangor kerana enggan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air di negeri terkaya itu.

Pemimpin Pakatan, Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan bersama berkata WSIA perlu digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.


"Ini adalah pengkhianatan ke atas perjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri," kata mereka dalam satu kenyataan pagi ini.


Pemimpin Pakatan berkata, keputusan berpatah balik itu tidak boleh diterima dan mengejutkan.


Sehingga kini, sejak MoU ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari lalu, tiga konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) masih belum bersetuju dengan tawaran RM9.65 bilion bagi pengambilalihan.

Malah, Dr Maximus sendiri berjanji akan menggunakan WSIA bagi memaksa syarikat konsesi tersebut.

"Tawaran ditolak oleh syarikat konsesi ini.


"Kerajaan pusat gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengesa syarikat konsesi menerima tawaran yang dibuat," kata kenyataan itu.


Sehubungan itu, Pakatan menggesa kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2.


"Kami akan menggesa kerajaan negeri Selangor, Exco dan Dewan Undangan Negeri untuk menangguhkan baki kelulusan yang diperlukan bagi projek Langat 2.


"Tiada keperluan undnag-undang untuk kerajaan negeri memenuhi syarat dalam MoU apabila kerajaan pusat gagal menunjukkan komitmen mereka,” katanya.


Kerajaan negeri Selangor menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Februari lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan, antara Khalid dan Maximus di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.


MoU tersebut membolehkan Selangor mengambil alih pegangan konsesi air daripada PNSB, Syabas, Splash dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass).


Selangor melalui syarikat berkaitan kerajaan miliknya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menawarkan RM9.65 bilion kepada pemegang saham syarikat tersebut.


MoU itu turut menyatakan, Putrajaya turut menyuntik dana RM2 bilion untuk pengambialihan ekuiti daripada konsesi. Sebagai balasan, Selangor akan mengembalikan RM2 bilion aset kepada Putrajaya melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).


Operasi loji dan rawatan air akan terletak di bawah seliaan KDEB.


Turut dilaporkan, Langat 2 adalah sebahagian daripada projek pemindahan air antara Selangor dan Pahang. Sejumlah RM8 bilion diperuntukkan bagi projek tersebut yang bakal menyaksikan bekalan air mentah disalurkan dari Pahang ke Selangor dan diproses di Langat 2.

26 comments:

  1. Janji ditepati PRU pun tak ditepati,janji MOU pun tak ditepati maka BN ini tidak boleh dipercayai lagi.

    ReplyDelete
  2. Elok juga tak jadi.abis la projet langat 2 yg bernilai 8bilion tu.terowong tu boleh la buat tmpt projet udang 2..makan simen la kroni2 umno lepas ni.

    kahkahkah

    kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Takkan kroni nak bg mcm tu je.gaji je dah setengah juta sebulan.tak berkat la hidup kalau tak makan duit haram.

    ReplyDelete
  4. ANWAR IBRAHIM DAH TAK RELEVAN

    ReplyDelete
  5. Jit tuya la yg relevan sbb tu malaysia dh sampai limit.nak byr hutang boleh la gadai mak ketot tu.

    ReplyDelete
  6. Aku dok rasa doh!!! Kalau buat janji dgn puak umno laknatullah takleh nak pakai..bila2 masa mou dia blh ubah.. umnobn jenis sebangsa puak yahudi israel laknatullah..jgn lah nak janji apa2 dgn puak umno munafik ni..sampai bila2 tak akan temutitik molek punya.. bukan tak tau jenis bangsat ni..dlm quran pun ada doh org munafik ni tokleh pakai....khuikktuih..jahanam umno bangsat..

    ReplyDelete
  7. pok nik aziz nak ghoyak doh.....cakap UMNO/Bn nie tak leh dicayo.....kaki penipu terkenal seluruh dunia......

    ReplyDelete
  8. BN=BOHONG NEGARA 1M'SIA...Dulu kini selamanya...

    ReplyDelete
  9. kalau tak menipu,rasuah,seleweng duit rakyat bukan lah umno nama nya..dlm pencarian mh 370 pun entah brapa bnyk duit dah kena gasak..benci

    ReplyDelete
  10. Hahahahaha...langat2 dah jalan..,you stop,you pay the millions spent....kena liwat lagi ler..,sudah2 ler tu main politik...jangan ler ganggu orang nak buat kerja.....korang PR ingat Khalid tu bingai ker?

    ReplyDelete
  11. Siapa suruh buat janji dgn Benjamin Netanyahu (BN) yg bergelumang noda (bn) tu, inilah akibatnya!

    ReplyDelete
  12. buat MOU salah...tak buat MOU pun salah....semuanya salah UMNO....asyik2 UMNO yg salah...pegi balik UMNO gak yg salah....ini semua salah UMNO....UMNO gak yg salah.....mcm la PR tu btul sgt....kata org sbenarnya PR tu yg lg teruk.....auta je kejenya....slagi tak dpt putrajaya...slagi tu la PR akan auta....macai2 PR pun sama je...kaki auta...kaki fitnah...kaki kencing....kaki temberang...kaki gila kuasa...kaki sex....itu la PR......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar bro...parti ciptaan british mmg camtu bro...sabar jela..

      Delete
    2. Cai 1458...lu kaki jilat mana lu nampak cai...

      Delete
  13. MH370 hilangpun salahkan UMNO gak...sedar2 la macai PR...pilot MH370 tu geng korang gak....takan la UMNO gak yg salah....singkatnya pemikiran macai2 PR.....

    ReplyDelete
  14. memang umno bn hampas dari atas sampai ke akar umbi patutlah kena tipu dan menipu memanjang.....

    ReplyDelete
  15. UMNO kena tipu ngan PR sbb PR mmg kaki menipu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cecite sikit apa pr tipu umno...nape x masuk utusex...tv3 suku...

      Delete
  16. Bhai projet nk jalan mcm mana lembu umno dah langgar perjanjian.akai ada ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela bhai...lembu pun dah duk kondo..hahaha

      Delete
  17. Siot aa weh....dahla tgh krisis air nih..lg nak putar belit......demmm laa BN nih.....tak sedar ker rakyat tgh seksa krisis air nih.....grrr!!!!!

    ReplyDelete
  18. Yang aku tahu puak yahudi aje yg belot dlm perjanjian ....

    ReplyDelete
  19. Penipu vs parpu = bingai

    ReplyDelete
  20. Penipu vs parpu = bingai

    ReplyDelete
  21. PR= Penipu Rakyat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...