Sunday, 13 April 2014
PEMILIHAN KEADILAN 2014 .... ANTARA TAWARAN YANG REALISTIK DENGAN JANJI YANG BOMBASTIK.
Anggota-anggota Keadilan perlu sedar yang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang adalah lebih mencabar dengan kecenderungan pihak UMNO/BN mempolitikkan apa jua isu untuk meraih sokongan rakyat.
Oleh itu segala janji manifesto PRU 13 lalu kepada rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharulah nak di laksanakan.
Anggota-anggota KEADILAN juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam memilih pemimpin yang hanya pandai menjaja slogan dengan yang tunai apa yang dijanjikan... pemimpin yang hanya tahu mengkritik dengan pemimpin yang tahu buat kerja.
PEMILIHAN KEADILAN 2014 ADALAH PEMILIHAN MENUJU KE PUTRAJAYA .. kata-kata ini wajar dihadam oleh setiap anggota KEADILAN agar mudah membuat keputusan secara rasional ketika membuang undi nanti ... tidak terikat dengan emosi dan tidak mudah terpegun dengan kata-kata yang bombastik.
Amat mudah menabur pelbagai janji sebab lidah tidak bertulang ... talk is cheap.
Integriti dan kepercayaan pemimpin dinilai dari sudut janji yang ditunaikan .. bukan jenis cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap.
Mendahulukan rakyat dari mengutamakan kroni, sahabat handai dan kaum kerabat.
Telus dalam segala urus tadbir .. sanggup disiasat malahan mencabar pihak lawan bertindak membuat laporan.
Tidak bersifat pendendam ... tenang dikritik dan senang menerima pandangan demi kebaikan.
Tidak bersifat terburu-buru membuat keputusan dan tidak juga terlalu lambat memberikan sokongan dan kelulusan.
Disinilah terletaknya kelebihan kepada YAB Tan Sri Khalid dibandingkan dengan calon-calon Timbalan Presiden KEADILAN yang lain.
Sebagai calon Timbalan Presiden yang memberi penekanan kepada unsur-unsur berkaitan “substance” berbanding “form”, Tan Sri Khalid Ibrahim ingin tawarkan dan akan terus perjuangkan enam (6) perkara berikut demi kemaslahatan anggota dan masa depan parti:
1) Menjadi tokoh terbaik untuk menterjemah dan memperkasa hasrat dan intipati sebenar reformasi serta wawasan Ketua Umum di samping bertindak sebagai jambatan permuafakatan dan perpaduan yang:
a. menolak prasangka perkauman, agama dan segala bentuk prejudis lain
b. meraikan kepelbagaian dalam apa jua bentuk dan sifat
c. merapatkan sebarang jurang atau perbezaan
2) Menginstitusikan dalam parti kecemerlangan urustadbir negeri Selangor berlandaskan prinsip kompetensi, kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti supaya:
a. keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian yang mudah, cepat, bersih dan bebas birokrasi dapat dicapai setelah segala proses dan prosedur disemak semula dan dikemaskinikan
b. mekanisme pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sejajar dengan niat, tindakan dan imej parti-parti komponen Pakatan Rakyat
3) Memperteguh kedudukan kewangan parti demi pemberdayaan operasi dan aktiviti parti dari peringkat pusat ke akar umbi termasuk:
a. mewujudkan kompleks atau pejabat parti di setiap negeri dan cabang
b. memastikan dana cukup bagi semua aspek operasi dan kegiatan pusat, cabang dan ranting sama ada gerakerja politik dan pilihanraya umum/kecil, aktiviti kemasyarakatan untuk memenangi hati dan minda rakyat secara umum, dan sebagainya
4) Memperkemaskan proses pendemokrasian, jentera pilihanraya dan sistem gerakerja parti secara keseluruhan supaya:
a. obor dan semangat reformasi tulen sentiasa marak dan menjadi darah daging semua anggota parti
b. perjuangan demi kebebasan dan kemakmuran bersama serta perjuangan menentang penindasan, penyelewengan, pembohongan dan penyalahgunaan kuasa sentiasa mekar subur
5) Memperkasa kebanggaan, keyakinan dan kesetiaan anggota terhadap parti dengan dasar kepedulian dan keprihatinan mengenai kesejahteraan dan kebajikan akar umbi menerusi:
a. penubuhan sebuah koperasi (sumbangan peribadi TSKI sebagai seed capital) khusus untuk anggota parti di bawah nama Koperasi Keadilan dengan pelbagai faedah sebagai ahli koperasi terutamanya untuk memberi manfaat kepada ahli akar umbi parti yang kurang bernasib baik dalam pelbagai segi termasuk pekerjaan/punca pendapatan, tahap pendidikan, keupayaan fizikal atau/dan mental, dan sebagainya
b. peluang pembelajaran berterusan terutamanya berkaitan hak asasi, undang-undang, politik, pentadbiran dan keusahawanan
6) Menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi kronisme dalam segala aspek dan bentuk dengan iltizam politik yang jitu tanpa sebarang rasa takut atau memihak supaya:
a. tiada amalan berpuak-puak atau monopoli kumpulan tertentu dalam parti
b. tiada pilih kasih dalam perlantikan, pemilihan sebagai calon, tindakan disiplin atau tata-tertib dan sebagainya.
Tawaran-tawaran ini adalah realistik dan mampu di laksanakan dengan mengambil kira pengalaman lampau sejak menjadi Ketua Eksekutif Negeri Selangor Darul Ehsan sebagai Menteri Besar.
Oleh itu anggota KEADILAN perlu cekup peluang terbaik ini dengan menobatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan kali ini.
Terlajak perahu boleh berundur .. terlajak berikan undi, menuju ke Putrajaya takut hanya tinggal mimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
pastikan azmin jatuh
ReplyDeleteIni sumer poyo... haktuihhhhhhhh
DeleteIni sumer kimak ko....
DeleteHidup TS Khalid....wow!!! Azmin dapat bantuan coverage tv3 suku ler,siap ungkit TS Khalid punyer mou dgn kerajaan pusat.Bengong kau Azmin!TS Khalid nak settle masaalah masa depan air selangor le,salah ker?
ReplyDeleteIni sumer poyo... haktuihhhhhhhh
Deletekuat omakkau kmpen TSKI...
ReplyDeleteIni sumer poyo...haktuihhhhhhh
Deletehidup Azmin.. Khalid boleh blah!
ReplyDeleteIni sumer poyo...haktuihhhhhhh
DeleteKeturunan babi....he..he..he..
DeleteDiantara Azmin dan Khalid.... Saifuddin adalah yang terbaik.
ReplyDeleteIni sumer poyo...haktuihhhhhhh
DeletePi mampus pencacai Azmin....hakkkk haramjadahhhhh
Deletemari kita pilih..calun yg berwibawa......tapi slepas pemilihan nanti....kita rapat balik saf kiter....jgn kiter terpedaya dgn adu domba pihak syaitan dikenali yg membisik tipu daya........lg menyesatkan.....
ReplyDeleteTak kisah la sape yang menang asalkan bukan puak yg upah yahudi jd penasihat.
ReplyDeletekikiki
buat janji byk2 kalo nak menang...biasa la PKP kan...janji ngan PKR tak dpt dipisahkan...bak kata TSKI...KAMI BERJANJI BAHAWA MANIFESTO BUKAN JANJI....hahahahahaha....janji smpai tua....
ReplyDeleteCuba fikir bagaimana MB ini semasa ambil alih Gutrie yang media biawak pemerintah tak siarkan.Jasa nya besar. Kita mahu pemimpin berotak geliga dan berjiwa rakyat.
ReplyDelete