Wednesday 16 April 2014

SIDANG DUN SELANGOR ... ADUN HULU KELANG PUJI KETELUSAN TAN SRI KHALID JAWAB ISU GAJI PEMBANTU KHAS ISTERINYA.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) mempunyai pembantu khas yang digaji Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Saari Sungib (PKR-Hulu Klang) yang inginkan pengesahan berkenaan sumber peruntukan yang digunakan bagi tujuan pembayaran gaji pembantu khas itu.

Abdul Khalid berkata, terdapat peruntukan kepada pembantu khas berkenaan sebagai sebahagian daripada kemudahan yang diberi kepada Ahli Lembaga Pengarah MBI.

Pembantu khas berkenaan dilantik bertujuan membantu tugas isteri menteri besar membabitkan program kemasyarakatan dan sosial. Tidak salah isteri menteri besar mempunyai pembantu khas untuk membantu melancarkan tugas beliau,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Katanya, jawatan pembantu khas berkenaan adalah lantikan secara kontrak selama dua tahun dan akan disemak setiap dua tahun berikutnya, namun tidak mendedahkan jumlah gaji yang diterima.

Abdul Khalid berkata, PEKAWANIS yang dianggotai wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan Dewan Negara termasuk speaker DUN serta isteri wakil rakyat menjalankan pelbagai aktiviti, yang mana maklumatnya boleh diperoleh daripada laman web Kerajaan Negeri.

Saari kemudian memuji ketelusan Abdul Khalid dan turut mengajukan soalan sama ada pembantu khas terbabit menerima bonus selaku kakitangan MBI.

Abdul Khalid secara berseloroh berkata, pembantu khas itu tetap menerima bonus seperti kakitangan MBI yang lain walaupun isterinya tidak bercadang berbuat demikian.

12 comments:

  1. itupun ramai pemimpin PKR tak suka dia.. pelik betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih ramai yg suka drp x suka..yg nmpak mcm ramai x suka adalah provokasi mcai umno je yg lebih2..

      Delete
    2. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhh

      Delete
    3. ala..menteri bn lebih ramai yg xsuke dari suke pon tapi still bermaharajalela lagi....semuanye masih rasa kukuh sebab RASUAH....bile lahhh nak jatuh...

      Delete
  2. Hehehe...telus dan berintegriti...syabas pr..

    ReplyDelete
  3. Kalau Najib dan Rosmah buat camtu, sejahtera dan kaya-raya M'sia.

    ReplyDelete
  4. Saya seorang pembayar pelbagai jenis cukai dan menetap di ss 14, Petaling Jaya, Selangor. Walaupun berlainan fahaman politik, tetapi saya memuji cara TS Khalid mentadbir negeri Selangor. Kepada TS Khalid, jgn pedulikan omongan kosong pembenci-pembenci anda...saya sokong kenyataan Anon 17:06 di atas....lebih ramai yang suka sebenarnya...yg tak suka hanyalah "musuh dalam selimut" beliau, iaitu tukang kipas dan penjilat tegar Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chuak yang begitu tamak untuk berkuasa. Ketiga-tiga makhluk ini sgt dengki terhadap TS Khalid dari dulu lagi, sejak TS Khalid masuk dalam Parti.

    ReplyDelete
  5. KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Kedepan, Teori kau kebelakang lah... kesian... Pi ngaji lagi okay syg.

      Delete
  6. Oklah dari kerajaan negeri bn

    ReplyDelete
  7. Kalau dah intan, campak kat mana pun tetap bersinar. Begitulah TSKI. Tapi kalau puak sebelah sana, sembur sebaldi pewangi pun tetap BUSOK! kahkahkah...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...