Sunday, 12 October 2014

NAMPAKNYA AMK SUDAH MULAI MENCEROBOH HAK MUTLAK PARTI RAKAN DALAM GAGASAN PAKATAN RAKYAT.


Cukup menghairankan cara AMK berpolitik kini ... bertindak lebih sudu dari kuah ... membodek tidak kena tempat dan gaya .. mencampuri urusan rumah tangga parti lain dalam membuat keputusan.

Sama ada tindakan itu tepat dan wajar itu adalah hak PAS sebagai parti yang ada perlembagaan dan peraturannya sendiri.

Semasa PKR rancak mengambil tindakan disiplin keatas para anggotanya yang dikatakan melanggar peraturan dan disiplin parti .. adakah PAS membuat bising dan bersuara????

Semasa PKR mengambil tindakan disiplin memecat TSKI adakah terdengar suara dari Dewan Pemuda PAS Pusat?????

Kalau perkara asas semudah ini pun sudah tidak faham dan tahu membezakan .. amat malang pada PKR yang memilik saf kepimpinan AMK yang tidak cerdik dalam mengharungi kancah politik.

Kalau kita mau parti lain menghormati tindakan kita,  kita kena terlebih dahulu mempamirkan rasa hormat tindakan yang diambil pihak parti kawan .. Cuba bayangkan setiap tindakan diambil keatas anggota parti maka akan keluar kenyataan dan suara sumbang dari PAS mau pun DAP .. Ketika itu apa perasaan PKR???? .. Cuba bayangkan.

Pemimpin-pemimpin tertinggi PKR pun tidak memberikan sebarang respon kerana mereka tahu ini adalah hak mutlak PAS yang tidak sepatut masuk campur begitu juga ketika PKR buat keputusan memecat TSKI tidak sepatah ayat pun yang keluar dari mulut PAS mengkritik.

Jangan berlagak hebat nak membidas tanpa memikirkan akan risikonya .. belajar menjadi pemain politik yang budiman .. tahu menghormati hak rakan.

Sepatutnya sebagai anak muda peranan yang dimainkan ialah cuba melakukan terbaik untuk menjernihkan keadaan bukannya menambahkan kekalutan dan kekeruhan dalam perhubungan dalam Pakatan Rakyat.

AMK jangan main politik semborono .
.. Jangan jadikan alasan demokratik sebagai lesen untuk menceroboh urusan rumah tangga parti rakan.

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil  berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.

"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media terdahulu hari ini berkata, dua Adun terbabit mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.

Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

78 comments:

  1. Pas lena pil kuda...kejap lagi derang bersuara dan main u turn la tu.sabarlah ikat serban pon ambil masa.sekarang pikiaq ancaman luar negara kepada fail (pas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22:15 kau ni bangkai bernyawa ...

      Delete
    2. Sata setuju supaya 2 dun tu keluar terus dari Pas. Biar padan muka Hadi awang.

      Lepas keluar Pas sebaiknya 2 adun tu ambik borang terus masuk PKR atau lebih baik lagi kalau masuk Dap sekali. Lepas tu beri sokongan tak berbelah bagi pada Exco pempuan yg promosi free air kencing setan tur.

      Tang hukum tak payahlah nak fikir sangat. Umur masih muda. Mati lambat lagi. Tua nanti barulah taubat.

      Delete
    3. Saya sokong 22.40..... nak bagi semak samun mcm 2 adun tu xde lagi dlm PAS...baru la senang nk langkah kaki,ni...penuh semak dan duri...

      Delete
    4. Kenapa AMK nak jaga rumah tangga Pas pulak?
      Kenapa AMK tak jaga minah yang tonggang arak tu?

      Delete
    5. NI CERITA BETUL:
      NAK BAGI KERETA KO KILAT MEMANCAR2, LEPAS CUCI, AMBIK KAIN BERSIH CAMPUR DENGAN PELEMBUT KAIN. LAP RATA2 SAMPAI KERING, INSYAALLAH KERETA KO AKAN MEMANCAR2.

      JANGANLAH TAKUT AKU KELENTONG. AKU BUKAN MACAM NUAR, HADI ATAU NAJIB. BUKTINYA, KENAPA KO MASUKKAN PELEMBAP KAIN KAT MESIN BASUH? tAK ROSAKKAH MESIN BASUH? HAAAA...KAN..KAN..KAN..

      TAK PUN, LEPAS CUCI KERETA KO TU, KO BILAS DENGAN AIR YANG KO DAH CAMPOR PELEMBUT KAIN. TAK CAYA TRY. HUJAN PUN TAK ADA HAL. AIR MENGALIR NAIK KE ATAS CERMIN TANPA BUKA WIPER!!

      JANGAN BAGI TAU ORANG LAIN YEK...TERUTAMANYA BETINA YANG PROMOSI ARAK PERCUMA TURR..

      Delete
  2. Amk ke, pkr ke , dap ke ingat mereka ni dh gah sangat kt selangor ni, boleh gerenti lh pkr dn dap akan lingkup pada pru 14 kalau pas kuar dr PR sekarang. Jangan lh tunjuk lagak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu punca PR akan tergolek dalam PRU14 ialah aksi seorang exco PKR tunjuk gelas arak dalam oktfest.
      Dah kompom tergolek punya.....

      Delete
    2. Disini bukan kelantan atau Trengganu yg majoriti melayu yang pas nak berlagak hero. Pergi beramboslah pas dari PR, Kalau kat sana kau boleh cakap besar tapi kalau negeri lain, boleh jalan dah. Terengganu dan Kedah dah bungkus. Kelantan pd PRU14 belum tahu lagi. PKR tegur pas pasal gantung2 adun pas marah. Kata masuk campur. Kau tak ingat ke yg presideng kau pertahankan Khalid habis2an supaya pkr tak turunkan khalid dari kerusi MB. Itu tak masuk campur ke?

      Delete
    3. Anon 00:23 ni overdos khetum ke apa...ko tahu ke perlantikan MB selangor melalui konsensi antara pkr,pas dan dap...tapi bila nak pecat MB pkr memandai mandai sorang diri bikin kajang movie kerana nak lantik bini DSAI jadi MB.. kemudian paksa pas dan sultan ikut plan bodoh PKR..ko tak tahu ka PAS menang lebih kerusi kat selangor...harapkan ahli pkr berapa ekor sangat yang ada ...nak harap AMK ko yang sengal tuh...balik awal lee keh keh keh

      Delete
  3. PAS bukan parti carca merba seperti PKR dan DAP, AMK patut teropong diri dulu, sampaikan cikgu Bard pun kena gantung, PAS tak masuk campur pun.. Nampak sangat nak kontrol habis, belum lagi kontrol Putera Jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 200%.
      Tang gantung Cikgu Bad dan pecat TSKI, AMK buat pekak badak aje...
      Tang geng baik togok arak, buat dekkkk aje....
      Tang kena kat parti orang lain.....bising satu donia!

      Kahakptuiiiiii!!


      keza

      Delete
    2. Aku sokong kluar je PR. Rugiii??.....xdapat ambik alih putrajayaaa??....tu ke matlamat PR? Sbb duk dlm PR ramai ahli PAS jadi kurang adab...dah mcm ahli PKR....meluat.

      Delete
    3. 23:25...yang ko sebuk ni kenapa? Pi jaga ketua betina hang tu kan lagi baik. Suruh dia minum air kencing setan tu sampai pecah perut.

      Delete
  4. PAS AKAN JAWAB TAPI BERANI2 LALAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tak akan promosi gelas penuh arak kepada rakyat selangor.

      Delete
  5. pas tak kacau pkr. hahaha lawak lah kenyataan nie. .kalau pas tak kacau pkr hari tu tak jadi cacamarba seperti hari ini. sebab golongan serban yang bangang dalam pas gila meroyan sebab tu jadi kecoh kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time isu MB, Pas tak masuk campur pun.
      Ko nak hantar Azizah ko punya pasal. Ko punya hal.
      Pas nak hantar orang lain, itu Pas punya pasal.
      Yang ko sibuk2 Pas hantar orang lain buat hapa?
      Apa? Ko ingat Sultan terima Azizah ker??

      Apa? Sekarang Azizah MB ker?
      Azizah MB ker?

      Ikut sapa la Pas nak hantar nama... Yang ko sibok masuk campur buat hapa?? Ini hal Pas, bukan hal PKR. Apa? Ko nak Pas ikut telunjuk PKR dan Dap aje ker sepanjang masa??

      Bangang!

      Delete
  6. Kalau kita lihat sikapAMK menegur tindakAn pas adalah satu tindakAn yang tidak matang dgn puck kepimpinan yang baru.ini amat memalukan.apakah AMK tida sedar bahawa menarik kedua dua mereka kedalam kancah politik PKR iTu sendiri Sudah menampakan satu tindakAn yang kurang Sopan dan me censor imej PKR dalam kalangan mana mana party politik antara bangsa dan menghina party rakan seperjuangan iaitu PAS.cuba kita Tanya pada AMK apakah perasaan dia kalau suami jiran mereka menyokong isteri mereka sekiranyA Ada perbalahan mereka suami isteri. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR mana ade kisah.
      Exco tonggang air kencing setan pon dia sokong.
      Bukan setakat sokong, dema lantik exco lagi...

      Dunia dah nak terbalik kot??

      Delete
  7. Parti kencing rakyat

    ReplyDelete
  8. Tungau kat telor..12 October 2014 at 22:59

    Masak nasik sampai jadi bubur, pastu soh PAS makan. PAS setuju ke idak soal, tu soal lain. Tu yang jadi dalam isu perlantikan MB Selangor baru baru nih. Malaon malaon yang memimpin PR nih tak berbincang ke sebelum buat keputusan? Walau pun aku akan terus bersama PR, namun tindak tanduk kepimpinan PR amat menjengkelkan dalam isu nih! HARAMJADAH bak kata Mat Monggol. Kah kah kah..

    ReplyDelete
  9. Ni Sumer Poyo...12 October 2014 at 23:00

    Haktuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ko kahakkan mb baru tu ape hal?

      Delete
  10. Yakin pas akan keluar pr dlm masa terdekat ni, tomahan, fitnah dn sebagainye sudah cukup, kesabaran pun ada hadnye ... pkr dn dap akan dapat pengajaran masing, silap2 di pulau pinang pun dap akan lingkup ...anwar Ibrahim pun belum tentu nasibnye mungkin ke dalam ... masa itu baru pkr dn dap tau langit tu tinggi atau rendah ... teruskan lh berlagak angkuh dn sombong masing2 ....

    ReplyDelete
  11. Tu pasai pas kena cerai oleh dumno, skrg dok pikiaq nak kawen balik.angan2 kawen inilah yang memusnahkan PR.kalau dumno ikhlas x la kelate jd anak tiri dalam peruntukan dan kemajuan.la ni nak kena patok tempat yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni PKR dah kena patok ngan exco yg tayang air kencing setan tu.
      Tak kan nak sokong jugak?
      Tak kan nak ambik share akhirat jugak?

      aku tak nak weiii!!

      Delete
  12. Ni Sumer Poyo...12 October 2014 at 23:04

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  13. PAS? Kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR? gluk gluk gluk??
      Kluk klek pun, Pas tak ade la sampai promosi air kencing setan!

      Delete
    2. Pas memangllah nampak tak promosi air kencing setan. tapi sejak akhir2 ini dah terang2 promosi diri macam perangai setan. he he he he

      Delete
  14. Wahai PKR dan PAS. .. jika ini cara kamu berpolitik dan ditambah tindak tanduk bodoh DAP akhir2 ini. .. maka saksikan rakyat akan berpaling dari PR. dan lihatlah kehancuran Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan rakyat sudah mula berfikir. . Especially Islam Melayu. .. apa perlu nya tukar BN kalau PR dan BN ... dua kali lima. ..

      Delete
    2. Aku setuju, macai2 pkr pun dh setaraf sekarang ni dgn macai2 umno, tanda2 kehancuran PR dh nampak pun...pas kuar pr cepat dh ramai dn x sabar nk jd ahli pas dn x payah nak join umno, biar umno dn pkr hancur lebur...amin

      Delete
    3. Pas kena berfikir masak2:
      nak sokong umngook yang kaki rasuah?
      nak sokong pkr yang exconya tonggang arak?

      atau nak berdiri sendiri dengan prinsip islam seperti dulu?
      semuanya ada di tangan kita...

      Delete
  15. Pas angan2 nak kawen dumno...horrey...cepatlah keluat PR, dalam dumno perkatak bako buku pas bako botol arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la pun keluar drp sokong parti berexcokan air kencing setan!

      Delete
  16. Ni Sumer Poyo...12 October 2014 at 23:16

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  17. PKR pegi mampos....hoi AMK apesal tak demo isu Oktober fest. bodoh punya PKR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni buat kelakar la...
      Tak kan la AMK nak demo Oktoberfest pulak.
      Kang marah pulak member baik....

      Delete
  18. Sejak kepimpinan baharu kerajaan negeri mcm2 bala lak menimpa.. pembalasan Allah kerana PKR terajang pemimpin telus.. Tan Sri Khalid langsung tak berdendam tapi ingat pembalasan Allah itu PASTI!!! PKR is Dead

    ReplyDelete
  19. Perosak pr adalah anwar Ibrahim dgn sokongan kuat dap...terima je kenyataan jgn banyak alasan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada anuar mungkin ramai rakyat malaysia sekarang ini masih lagi percaya apa sahaja yang dibuat oleh UMNO semua betul. Tak tahu yg kita ni ditipu hidup2 he he he he

      Delete
  20. Ni Sumer Poyo...12 October 2014 at 23:37

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  21. segala kemelut PKR punya hal...tak menyempat nk tukar MB baru ..gelojoh walau pun aku org pakatan tpi meluat dh tgk geeng2 PKR ni perangai cam umno, prasan tpi lagi meluat ngan amno setan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah asalnya pun dari serpihan parti tu jugak. Mane la perangai tak sama!

      Delete
  22. Tomahan pas nk ug dgn umno, nk u turn lh dtgnye dr pkr dn dap dn macai2 mereka yg memperkecohkan lg, semua org tau....pas tidak akan join umno ... tp x tau lh pkr kalau dh terdesak, cer tnya anwar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya pergi la tanya skang....sikit hari lagi dia nak rehat panjang tu.

      Delete
  23. Pas nak hudud tapi umno bangkang, tak pula berahim alkataki ugut bako bendera parti yg tak nak hudud.Yang pasti parti mana pon berkawan (bukan kawen) dengan pas akan ditimpa masaalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooow...tepat skali.prtahankan islam dengan ugut bakar bible dan ugut bakar jika tidak tegak syiar islam.hebat ex pas nih.

      Delete
    2. Kat mana2 pun, parti yang betul2 nak menegakkan Islam memang akan menghadapi masalah sama seperti PAS. Masalah timbul kadang2 disebabkan oleh ahli2nya sendiri. Tetapi sebahagian besar daripada puncanya adalah sekutunya yang terang2 tidak mahu menegakkan Islam sebagai matlamatnya.

      Nak menegakkan Islam bukan senang. Banyak cabaran. Banyak dugaan. Baik dari musuh mahupun dari kawan. Kalau tentangan dari musuh senang nak dilihat. Kalu tentangan dari kawan/ sekutu susah nak diduga.

      Sebab itu PAS kena hati2.
      Pas kena pandai menilai diri.

      Delete
  24. PKR pon tak jelas pasal hudud apa...tak yah nak salahkan umno lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR pun tak jelas pasal hudud, apatah lagi umno!

      Delete
    2. Awal tahun dulu yang umno pung pang pung pang nak tubuh jawatankuasa kaji hudud kat kelantan tu dah sampai mana yek? Hidup lagi ker?

      Delete
    3. Kaji dan kaji nak kawen adala

      Delete
    4. NI CERITA BETUL:
      NAK BAGI KERETA KO KILAT MEMANCAR2, LEPAS CUCI, AMBIK KAIN BERSIH CAMPUR DENGAN PELEMBUT KAIN. LAP RATA2 SAMPAI KERING, INSYAALLAH KERETA KO AKAN MEMANCAR2.

      JANGANLAH TAKUT AKU KELENTONG. AKU BUKAN MACAM NUAR, HADI ATAU NAJIB. BUKTINYA, KENAPA KO MASUKKAN PELEMBAP KAIN KAT MESIN BASUH? tAK ROSAKKAH MESIN BASUH? HAAAA...KAN..KAN..KAN..

      TAK PUN, LEPAS CUCI KERETA KO TU, KO BILAS DENGAN AIR YANG KO DAH CAMPOR PELEMBUT KAIN. TAK CAYA TRY. HUJAN PUN TAK ADA HAL. AIR MENGALIR NAIK KE ATAS CERMIN TANPA BUKA WIPER!!

      JANGAN BAGI TAU ORANG LAIN YEK...TERUTAMANYA BETINA YANG PROMOSI ARAK PERCUMA TURR..

      Delete
  25. Dua ekor berok ni sebenarnya dah bai.ah..pasal derhaka gan parti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam PKR dah lama kena pecat...mangkuk hayun kejar harta dunia. .

      Delete
  26. Dulu pas join umno kene dah, join pkr pun kene dh, nampak jelas perjuangan pas tidak mendapat sokogan kuat jika berkerjasama dgn pemimpin parti melayu Islam yg berfahaman sekular. Pas dh x de jalan lain melainkan berjuang sendirian. Harap sungguh pas kuar dr pr dn yakin lh dlm umno dn pkr hanya pemimpin2 nye saje yg sekular tp tidak semua ahli nye. Jika pas istiqomah dgn perjuangan semata mata kerana Allah insyaAllah berduyun duyun lh ahli umno dn pkr akan join pas, yakin lh dengan pertolongan Allah...amin

    ReplyDelete
  27. Bila mahathir kata UMNO tak kan dpt rampas balik Sgor dr PR maksud nya UMNO jgn jd bodoh nak berkerjasama dgn PAS utk dptkan Sgor Sbb PAS dah tak berguna pd UMNO

    PAS dah teruk lg teruk dr UMNO

    Sbb tu PKR cari psl dan memberi sbb sbb utk PAS keluar dr UMNO
    kecuali kalau ahli PAS bijak dan tahu sikap berselindung Hj Hadi dan UG maka PAS akan kembali spt dulu

    ReplyDelete
  28. Enkorang semua langsung tak hentam betina air kencing setan dan parti setan nya.

    Engkorang bergaduh sebab SETAN lah... kena kencing setan... jadi JANGAN percaya setan ! Mainkan bleh saja ! Pkr kencing setan pada Pas. Pas nak terkucil, moyok je. Lepas tu giliran Pas minum plak, kencing Pkr, melalak lak AMK ...terus je kencing setan Pas berkodi-kodi... mampuih ek !

    MAKA betina setan pun gembira nya YAMSENG !!! Semua Pkr dan Pas di mandikan terus dengan kencing setan... siapa yang mabuk ? Siapa yang sober....

    Good omakkau. Keep it up! Selagi jadi melayu waras, I sokong, ek! ( ek ni aku pinjam dinturtle yang nak loghat johor plak... he..he.. sorry DT. No harm)

    ReplyDelete
  29. berfikir biar dgn kepale hotak bukan dgn kepale lutut...sape yg matang dan sape pula yg tak matang dlm politik..amk ada hak bersuara apabila 2 adun pas digantung adalah disebabkan mereka menyokong kak Wan...dan kak Wan adalah Presiden PKR...maka Amk ada hak utk bersuara menyatakan kekesalannya terhadap tindakan yg diambil oleh pimpinan PAS...jika perkara yg semudah itu pun tak mampu berfikir jgn bicara tentang politik la OMAK KAUUU...

    ReplyDelete
  30. Tuuuuu...si hj hadi tu yg patut kena tindakan sbb jadi pembelot. Mau bergab7ng dngan umno senyap2. Patut pas lucutkan keahlian si hj hadi tu. Kali ni pas akan tertonggeng terutanya si hj hadi tu.

    ReplyDelete
  31. PKR serpehan umno , semua nya bodoh ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. serpihan umno ke...apa sekali pun tuduhan,apa masaalahnya..mungkin lagi bagus krn sudah sedar bahawa umno tu bapak segala penyamun...datipada org yg dlm diam3 menyokong umno...dalam diam2 malu...tapi mahu....hahaha...

      Delete
  32. Sebai ahli dan penyokong PAS ...Aku cabar hj hadi supaya istihar terang2 pada penyok9ng yg beliau ada niat mau bergabung dgn umno. Kalau mau lihat langit tinggi atau rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sape nk cabar2, macai kucing kurap anwar baru nk belajar politik, x sempat nk khatam kut sbb guru kau dh nk masuk dalam tp x pe sepupu pkr ade iaitu umno haramjadah boleh ajar kau lebih power lg...kah kah kah

      Delete
  33. BARUA DLM PAS ADALAH HJ HADI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya sebab x nk sokong jijah jd mb, marah sungguh macai2 pkr, kalau sokong jijah mesti puji melambung....boleh jalan lh barua2 anwar ni, besok kau org masuk lh sg buluh temankn anwar sekali ....he he he

      Delete
    2. TGHA memang barua PAS tapi bukan barua kepada PKR atau DAP...PAS dah lama wujud sewaktu DAP dan PKR masih lagi hinggus meleleh dalam politik ...kerana angkara PKR yang lupa pada sumpah keramat, keretapi PR telah tergelincir dari rel yang menyebabkan ramai penyokong PR mendapat susah keh keh keh

      Delete
  34. Ni Sumer Poyo...13 October 2014 at 08:17

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  35. Kah kah yak nak komen apa2....ng gelak kuat jer pasal pas ni....no comment kah kah kah...kahkah kahkah kah kah kahkah ksh kah kah kah kah kh kah...gelak pasal pad jih..kah kah kah kah kah kah kah kah kah lah oahnksh oah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  36. Apa pun tak payah lah kita semua gadoh kat sini. PKR dah berada dalam sakaratul maut dah ni. Tak payah lah nak ketok ketok lagi.
    November ini, anwar akan disimpan dan dikafan di kajang atau sungai buloh. Saat itu meraunglah dan bergoleklah dijalan AMK dan Pkr.
    Tapi..diwaktu itu lah rakan yang dijilat DAP akan tersenyum. Kerusi ketua pembangkang dah sokong. PKR akan mampos tanpa anwar.
    berdoyong doyong dan terhegeh hwgeh lah ahli PKR merayu kepada Umno. Dan mereka akan menerima nasib yanh sama seperti ahli S46 yanh kembali kpd.UMNO.
    So. Tak payahlah nak susah susah. Pkr akan autolyse selepas nov. Ini.

    ReplyDelete
  37. belakang budak ni azmin la.. apa dia nk takut

    ReplyDelete
  38. Puncanya bila majlis syura ulamak dipegang oleh golongan elit dan bukan golongan ustaz yg berkorban sepenuh masa dengan PAS. Golongan elit ini terdiri dari puak lulusan timur tengah yg bersama dengan PAS di zaman senang dan bukan di zaman susah. Bukan rahsia lagi pertemuan mereka dengan UMNO dan perniagaan mereka dari memikir bagaimana untuk meletakkan PAS sebagai satu wadah yg syumul untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Ahli MSU bangga dengan kekayaan dan kemewahan mereka dan menganggap ustaz2 lain tak reti walaupun ada ustaz2 lulusan tempatan yang berjuang dalam PAS lebih dari separuh abad tapi dianggap sudah ketinggalan. Bila Dewan Ulamak PAS Kedah yg rata2nya Ustaz pondok yg syorkan cadangan ganti MB Kedah pada Presiden tidak langsung diberi perhatian.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...