Thursday 9 October 2014

NEGARA KITA MASIH AMAN ... 13 CEDERA DAN 1 PARAH TERKENA BOM DI BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR.



Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.

14 comments:

  1. Dah macam kat thailand pulak.eloknya rumah orang yg selalu cakap Malaysia masih aman tu kena bom baru dia rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kata malingsia masih aman adalah pak menteri keturunan jawa tu.

      Delete
  2. Malaysia memang aman. Tapi sejak isa dihapuskan dan banduan buang daerah dilepaskan inilah jadinya.
    Tambahan ada puak menghasut. Terutama ahli politik, inilah jadinya.

    ReplyDelete
  3. Malaysia ku aman tenteram.fikir secara otak macai tu pembangkang la buat tu nak gugat keamanan negara dan menghalang rakyat menikmati kos sara tinggi yang semakin naik.

    ReplyDelete
  4. Tunggu tian cakap ini hanya sandiwara.

    ReplyDelete
  5. Sorry... nak tanya sikit, bukit bintang ni kawasan sape? DAP ke?


    Keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan segi emas tu byk kjaan bn dpt duit cukai

      Delete
  6. Pada 12 Oktober 2002 telah berlaku satu letupan bom di sebuah kelab malam di Bali. Seluruh dunia telah dihebahkan oleh media kononnya orang islam yang bertanggungjawab dalam letupan tersebut. TETAPI seorang wartawan bebas dari Australia iaitu Joe Vialls telah mendedahkan bahawa letupan itu sebenarnya adalah angkara yahudi bertujuan untuk membalas dendam kepada orang-orang Australia yang menentang keganasan terhadap umat islam.

    JADI, apa yang berlaku di Bukit Bintang juga adalah kerja-kerja yahudi untuk menunjukkan kononnya orang islam yang meletupkan kelab malam tersebut.

    ReplyDelete
  7. Jika C4 boleh digunakan dgn sewenang-wenangnya meletupkan Altantuya, jadi apa ada hal kalau takat bom tangan je.

    ReplyDelete
  8. Bodoh, malaysia aman damai tidak puas hati.
    Apakah mau seperti thai, syria, iraq, yaman dll.
    Syukurlah masih boleh pi kerja, lepak, makan minum.
    Tidak ada demontrasi, letupan bom sana sini, tiada tembak menembak setiap hari, perompak pun tidak hari-hari rompak bank, kedai emas dll.

    Tahap keamanan Malaysia jika dibanding dengan us, thai, u.k dll adalah tinggi.

    Silap masuk kawasan di msia tidak ditembak mati macam di L.A
    Pelajar protest tidak ditrmbak mati macam di mexcico
    Silap masjid sembahyang tidak ditembak mati seperti di pakistan


    3 bijik bom tangan dilemparkan satu sahaj meletup, seorang mati lain-lain cedera.
    Bom tangan radius 360 darjah dalam julat minimum 30 ke 40 m adalah zon merah.
    Pertama shockwave yang mampu meruntuhkan organ dalam
    Kedua sharpnel bom tangan dengan kelejuan tinggi mampu menembusi badan
    Ketiga bahan letupan
    Keempat kaca atau serpihan akibat letupan.

    Tiga bijik bukan sedikit dan bukan ditujukkan pada satu sasaran tetapi jumlah sasaran yang besar kuantitinya.

    When using an antipersonnel grenade, the objective is to have the grenade explode so that the target is within its effective radius. The M67 frag grenade has an advertised effective kill zone of five meter radius, while the casualty-inducing radius is approximately fifteen meters.[25] Within this range, people are generally injured badly enough to effectively render them harmless. However, these ranges only indicate the area where a target is virtually certain to be incapacitated; individual fragments can still cause injuries as far as 230 meters away.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg dah cedera 14 org kena letupan pun nak kata Msia aman
      Ini ada lah permulaan dan belum tahu punca motif si pelaku
      Kira si pelaku ada lg waras kalau meletup pukul 8 pg tak dpt dibayangkan Sekurang kurangnya tempat itu akan berkurangan aktiviti pd malam hr jd persoalan kenapa pilih tempat itu ?

      Kita sekarang berhadap dgn gangster ke ? atau dgn org gila yg pandai buat bahan letupan ? Semua akan terjwb sekiranya mereka yg tercedera bukan 'target'

      Delete
  9. Kan Ketua Polis kata dgn nada yakin mereka tahu mereka yg terlibat dan mereka akan di tangkap di airport jika mereka pergi juga ke Syiria atau ke Iraq Percaya lah kejadian tersbt di katakan bukan kerja penganas !

    Tabung Haji di beri pujian oleh jemaah krn jemaah tidak perlu tidur di tepi jalan spt jemaah dr negara lain krn tempat penginapan mereka jauh dan berita tv menunjukkan jemaah yg tidur tepi jalan

    Jgn lah kita angkuh !

    ReplyDelete
  10. Gangsterism di Malaysia, Pihak berkuasa banyak rasuah,jadi benda benda ini boleh berlaku.

    ReplyDelete
  11. Ini 100% kes terpencil

    Melaya masih aman jika dibuat perbandingan di bulan puasa lagi banyak letupan berlaku
    tiada siapa siapa jadi sasaran yang cedera walaupun pelaku sendiri yang bersepai tangan. ini tidak mencederakan pihak lain hanya pelaku dengan tangannya sendiri

    tetapi kalau letupan di Bukit Bentan yang mati saorang polis atau menteri ini BUKAN kes terpencil, adalah dikenalpasti angkara pebangkan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...