Friday 3 October 2014

PARTI YANG PALING NAZAK DALAM BARISAN NASIONAL, GERAKAN, BERTAMBAH NAZAK APABILA LAPAN PEMIMPIN PEMUDA PERINGKAT KEBANGSAAN MELETAKKAN JAWATAN.



Akhbar The Sun melaporkan 8 pemimpin peringkat kebangsaan sayap parti itu sudah meletak jawatan, tetapi ini disangkal Tan yang mengatakan hanya lima surat peletakan jawatan diterima setiausaha agung.

Tan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lima pemimpin itu dengan alasan mahu memastikan kesahihannya.


"Jawatankuasa Kerja Pusat Pemuda Gerakan akan adakan mesyuarat tergempar pada Selasa bagi membincangkan perkembangan terbaru ini dan memutuskan tindakan berikutnya yang akan diambil," katanya hari ini.


Sambil menganggap peletakan jawatan itu bukan isu besar, Tan berkata perbezaan pendapat wujud dalam mana-mana parti demokratik.


"Saya tak nafikan terdapat mereka yang menyuarakan kebimbangan bekerja dengan saya selepas pemilihan parti tempoh hari, tetapi saya sudah cuba menyatukan sayap parti dan bekerja dengan semua orang, tanpa mengira mereka memihak mana-mana kem tertentu.


"Sebagai balasan, saya harap mereka juga turut menjalankan kerja mereka dan sekiranya mereka pilih untuk letak jawatan, ada sesuatu yang tak kena. Meletak jawatan bukan satu tindakan matang menangani perbezaan," katanya.


Tan mempersoalkan niat sebenar mereka ingin meletak jawatan kerana ia akan menjejaskan imej parti.


"Apa saja permasalahan yang kamu mungkin hadapi, kamu tidak boleh merosakkan imej parti. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti tetap kekal, dan kita kena berpegang dengan prinsip parti," katanya.


Akhbar itu menamakan 8 yang meletak jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Clarence Lee, Bendahari Agung Adrian Ong Ching Woo, Timbalan Bendahari Agung Chan Tzun Hei, dua Timbalan Setiausaha Agung iaitu Allan Tang Luan Kang dan Ooi Zhi Yi, dua ketua biro, Chong Chee Yen dan Chia Gim Tiong dan seorang ahli jawatankuasa pusat, Ivanpal Grewal Singh.


"Setengah daripada mereka sedang merangka surat letak jawatan, setengahnya sudah menghantarnya ke ibu pejabat parti. Saya cuba menasihatkan mereka supaya tidak meneruskan niat mereka, tetapi mereka bertegas dengan keputusan itu," Naib Ketua Pemuda Gerakan Yap Wen Piau dipetik sebagai berkata.


Sementara itu, Chan memberitahu The Sun dia meletak jawatan tetapi akan kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat.


"Saya tak boleh teruskan dengan kepimpinan Pemuda sekarang, jadi tiada ertinya jika saya terus memegang jawatan itu. Lebih baik berikannya kepada seorang yang berkemampuan dan boleh memimpin Pemuda Gerakan," dia dilaporkan berkata.

TUDUH PR PORAK PERANDA TETAPI YANG NAK HANCUR SALAH SATU KOMPONEN BARISAN NASIONAL.

7 comments:

  1. La biasa la letak jawatan. Yg tak biasa nepotism

    ReplyDelete
  2. Yang gaduh pung pang pung pang parti PAS...
    Yang letak jawatan ramai2 parti Gerakan pulak....

    Pelik aku..

    ReplyDelete
  3. Gempar.....pempuan purdah yg masuk dap itu adalah penganut syiah.....berkawan baik dengan kalit ismeth dari parti pas.......biasalah pas itu kan syiah.....pempuan melayu dap berfahaman syiah dan pluralisme.....krna ingat syiah dan pluralisme lebih bahaya dari yahudi........ingat pas ingat syiah....ingat anwar ingat pluralisme....musuh iman yg nyata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat bn barang naik ingat umno puaka yg menjahanam harta melayu serta bodoh dan kebodohan...

      Delete
    2. Wooii ingat barang naik...ingat la anwar nya barang naik jantan betina dia toron suma....ahskss

      Delete
  4. inilh buktinya bgaimna cra org cina bpolitk. dlm suasana Gerakan mghdpi politk dalmn. Ada kdgran parti mca dn dap myalak telolong dlm ini. mreka syp aje klu bisng pn skdr ptlingkhn afk bradek. brbndg ngn org mlyu bpoltik siang mlmnk jhanamkn parti lwan yg dmonopoli olh org mlyu.liht skrg pas.pkr mhgdpi kemelut prti mna yg mbesrkn crita. mcucuk.mngaibkn.provoksi ngo ngo buknnya klgn prti org mlyu.sdeh klu mlht cra org mlyu bpolitk. hya sbugkus nsi.bas free. duit poket.sgup mnjhanmkn bngsa sndri.

    ReplyDelete
  5. betul.klu barang naik ingat umno puaka dalangnye.sbb dia janji nk pantau..tp auta saje menteri cap ayam..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...