Wednesday 24 October 2012

JOM KENALI TOKOH DISEBALIK PROGRAM JELAJAH SIHAT RAKYAT (JERAT) YANG BARU DILANCARKAN OLEH DSAI AHAD LEPAS 21HB OKTOBER 2012...



Jom Omak memperkenalkan kepada kalian tokoh yang mencetuskan idea penubuhan Jelajah Sihat Rakyat (JERAT) yang telah dilancarkan dengan jayanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Oktober 2012 yang lalu sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Klang Utama, Klang.

Tokoh yang mencetuskan idea penubuhan JERAT ini dengan menumpukan perkhidmatan percuma pemeriksan kesihatan yang bernilai RM60 seorang ialah Dr Nedunchelian Vengu, bakal calon yang dikenal pasti untuk kawasan Parlimen 109, Kapar mewakili PKR/PR.  Beliau bertindak sebagai Kapten Pasukan JERAT.

Beliau mendapat idea murni ini apabila bila melihat dan merasakan  betapa perlunya warga kita menjaga kesihatan serta mengetahui tahap kesihatan mereka terutamanya golongan warga emas.

Idea ini telah dibawa ke mesyuarat peringkat PKR Cabang Kapar yang diketuai Tuan Azizi Ayob.

Memandangkan ini program yang amat baik sekali cara mendekati rakyat dengan merasai kesusahan dan denyut nadi mereka maka ianya dipersetujui sebulat suara.

Tumpuan pemeriksaan diberikan kepada pemeriksaan tekanan darah tinggi, kandungan glukos dalam gula ( kencing manis), mata dan gigi oleh pegawai-pegawai perubatan yang berkelayakan dan berpengalaman.

Omak bertindak sebagai Setiausaha Kerja JERAT dengan Penaungnya Ketua PKR Cabang Kapar, Tuan Azizi Ayob.

Setelah 3 kali program ini dijalankan disekitar kawasan Parlimen Kapar, sambutan dan respon yang diterima amatlah baik sekali.

Menjadi hasrat dan niat Kapten Pasukan JERAT, Dr Nedunchelian Vengu supaya ianya menjadi program peringkat Negeri SelangorKu..Beliau menyatakan kesedian memikul tanggung jawab dan amanah menjadi Kapten Pasukan JERAT peringkat Selangor Ku jika diberikan kepercayaan oleh pimpinan kerajaan PKR/PR Negeri Selangor.

Omak 
amat bersetuju program JERAT ini dijadikan salah satu Agenda SelangorKu peringkat Negeri Selangor.

JERAT DILANCARKAN ATAS SEMANGAT DAN ROH... DARI RAKYAT KITA DATANG KEPADA RAKYAT KITA MENYUMBANG. BUAT DR NEDUNCHELIAN AMS...TAHNIAH TAK TERHINGGA DARI OMAK KAU!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...