Tuesday 16 October 2012

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2011 MEMBUKTIKAN KERAJAAN PKR/PR SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM GAGAL DALAM MENGURUS TADBIR KEWANGAN NEGERI?????... MOHON DIGANTIKAN DENGAN NOH OMAR DARI UMNO/BN!!!!!


Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.



Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta ~ Selangorku

KENA TABIK SPRING MELATUN BERTINGKAT-TINGKAT KEPADA RAKYAT SELANGOR KERANA BIJAK MEMILIH PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGURUS TADBIR NEGERI SELANGOR PADA PRU 2012 YANG LALU.

UMNO TUMBANG....ISLAM DAN MELAYU GEMILANG NEGARA TERBILANG.

8 comments:

  1. Tepuk dada tanyalah selera..gunalah akal apabila mengundi nanti...dah terbukti PR terbaiiikk...

    ReplyDelete
  2. selama nih mana duit nih pergi????

    ReplyDelete
  3. Duit nih ada hasil drpd p'dapatan negeri...hasil simpanan negeri m'cecah RM2 Bilion...b'jimat, p'belanjaan yg d'berikn MNGKIN melalui p'berian percuma byaran bulanan air, khairat kematian, shoping warga emas, tuisyen percuma dan mngkin lain2 lagi...b'banding dgn BN sblum ni setelah sekian puluhan tahun perintah selangor...simpanan negeri tak m'capai tahap t'baik sepertimana yg d'tunjukkn PR 'Selangorku', hutang talam tak mampu utk selesaikan, kes rasuah dr klngan pcuk k'pimpinan t'dahulu m'yebabkn rakyat tolak BN di selangor...

    ReplyDelete
  4. Mungkin kerajan Selangor ni budak2 kot sebab tak reti belanjakan duit rakyat. MB sendiri pun tak reti nak beli kerusi dan meja makan.Itu sebablah duit banyak. Tahniahhhhh PR. Saya tetap singkir Be Endddddddd

    ReplyDelete
  5. Iye..aku br tgk laporan audit negara myatakn hutang awam negeri srlgr brjaya dikurangkn. Prblnjaan mgurus brkurang. Psl khalid tknk duit rakyat...tp bila si khir tu mmerinth prnlnjaan mgurus bkn main byk. Dia gn utk urus muka die....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...keikhlasan pemimpin punca kemajuan...tahniah PR...

    ReplyDelete
  7. Ada agenda tersembunyi......

    ReplyDelete
  8. Gambar Nor Omar tu crop tak kemas, agak-agak le bro........

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...