Sunday 21 October 2012

SEKITAR JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DIKAPAR SERTA PELANCARAN JELAJAH SIHAT RAKYAT (JERAT).


Jelajah Merdeka Rakyat DSAI didaerah Kapar petang tadi jam lebih kurang 3.30 ptg 21hb Oktober 2012 cukup memberi makna yang amat mendalam sekali.

Program jelajah rakyat itu berjalan dengan lancar tanpa gangguan bising kacau maupun lontaran cat merah atupun objek keras dari pihak yang tidak bertanggung jawab.

Orang ramai tidak bergerak dan berganjak untuk mendengar pidato yang disampaikan oleh DSAI walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri serta Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani.

Selepas selesai DSAI menyampaikan pidatonya, maka beliau telah dengan rasminya melancarkan Program Anjuran dan cetusan Idea Parti KeADILan Rakyat Cabang PKR Kapar yang dinamakan Jelajah Sihat Rakyat atau nama ringkasnya JERAT.

Untuk makluman, program memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma ini diketuai oleh Dr Nedunchelian Vengu dengan dibantu oleh beberapa pegawai perubatan yang bertauliah dengan sokongan padu dari Ketua PKR Cabang Kapar sendiri, Tuan Azizi Ayob.

Buat permulaan program JERAT ini akan lebih menumpukan khidmatnya di kawasan Parlimen Kapar,  dan sekiranya ada permintaan dari kawasan-kawasan Parlimen lain dalam negeri Selangor, pihak pengendali JERAT tidak keberatan untuk menghulurkan khidmatnya.

Pada sebelah pagi tadi JERAT telah memberikan perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada warga Kapar ditempat ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diadakan di Padang Taman Klang Utama depan Econsave.

2 comments:

  1. buat program di kapar...tapi mana dia mp kapar manikavasagam???????? dok tonjol muka india lain....dari poster orang ramai dah keliru..muka2 hanya di paparkan azizi ayob..anwar dan dr nedu...apakah mp kapar sudah tidak berguna lagi...atau cara untuk memaksa beliau melompat parti??????

    ReplyDelete
  2. Bagus la kalau Manika lompatpun..dia tu cuma liabiliti dlm parti je..mana ada isu yg dia bole ketengahkan...buat semak je

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...