Tuesday 23 October 2012

KENYATAAN BERTULIS DALAM DWI BAHASA PERMOHONAN MAAF KHIR TOYO KEPADA EXCO KERAJAAN PKR/PR SELANGOR, RONNIE LIU KERANA MEMFITNAHNYA!!!!!!

JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR, SILA KLIK PADA FOTO.

Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo telah meminta maaf terhadap tuduhan kepada YB Ronnie Liu, Exco Kerajaan PKR/PR Negeri Selangor, yang telah disiarkan dalam surat khabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis Liu Tian Knew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Khir Toyo:

Saya, MOHAMAD KHIR BIN TOYO, dengan ini memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW , Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Pandamaran dan juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menyebabkan dicetak dan disiarkan di suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 sebuah Artikel bertajuk “Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam UrusanMenghapuskan Kegiatan Pelacuran ” di mana saya merujuk YB RONNIE LIU TIAN KHIEW sebagai telah menghalang pegawai-pegawai MPSJ dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong di mana saya gambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.

Saya juga memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu gambaran yang mana adalah tidak benar sama sekali.

Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan YB RONNIE LIU TIAN KHIEW mengalami kesusahan yang amat akibat penyiaran Artikel tersebut.

Saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap beliau sepertimana terkandung dalam Artikel tersebut dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau.


English version :

I, MOHAMAD KHIR TOYO , hereby apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW, State Assemblyman for Pandamaran and also EXCO Kerajaan Negeri Selangor for causing to be published in the Chine Press newspaper dated 9.5.2008 an Article entitled “Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam Urusan Menghapuskan Kegiatan Pelacuran” in which I implied that YB RONNIE LIU TIAN KHIEW had obstructed the officers of the MPSJ and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a center for prostitution activities.

I also apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW for further insinuating that he was involved in such activities which insinuation is totally untrue. I deeply regret for causing YB RONNIE LIU TIAN KHIEW severe distress as a result of publication of the said Article.

I hereby retract all statement made against him as evident in the said Article and apologize to him unconditionally.


Permohonan maaf ini dilakukan secara terbuka di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Satu pengajaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan suka cakap sedap mulut..
.


TERLAJAK PERAHU BOLEH BERUNDUR... TERLAJAK KATA, SEE YOU IN COURT!!!!

3 comments:

  1. tanda tangan dia takde. nanti dia kata fitnah.

    ReplyDelete
  2. fitnah ni sama je yg mcm Hassan Jati guna..kononnya beliau tidak boleh menghapuskan maksiat dia selangor kerana di 'ganggu' oleh DAP..sebab tu dia keluar dari kerajaan PR selangor...

    ReplyDelete
  3. Kebodohan terserlah bila mulut lebih laju dari otak, akibatnya malu berkilo

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...