Thursday 25 October 2012

MAHKAMAH RAYUAN TELAH MENANGGUHKAN PERDENGARAN KES RAYUAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBUU TANPA MEMBERIKAN TARIKH BARU!!!



Mahkamah Rayuan
telah sekali lagi menangguhkan pendengaran ke dalam rayuan yang dibawa oleh dua anggota polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi kerana pembunuhan amat kejam Oktober 2006 ,warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang sepatutnya didengar pada 31hb Oktober 2012 ini.

Tiada sebarang tarik baru dan alasan mengapa penangguhan itu dilakukan.

Pada lazimnya kes yang menarik minat awam (case of public interest) amat jarang penangguhan diberikan melainkan atas alasan yang amat munasabah diterima akal.

Penangguhan disaat akhir ini sudah pasti mengamit pelbagai persepsi dan adaian yang kurang enak memandangkan motif pemubunuhan dan siapa yang mengarahkan pembunuhan masih belum terungkai.

Apakah ada kaitan penangguhan dengan tarikh PRU 13 yang semakin hampir tiba?
Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan.
Penangguhan secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu lepas peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Hasnal juga memberitahu bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...