Thursday 15 November 2012

BERITA PALING MENGGEMPARKAN!!!!... PDRM MUNGKIN AKAN MELANTIK BOMOH TERHANDAL DIMALAYSIA SEBAGAI PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) PADA MASA AKAN DATANG??????

Admin sungguh terkejut apabila membaca satu keratan berita menyatakan Polis Sibu bakal menggunakan khidmat bomoh untuk menyiasat dan menyelesaikan beberapa kes bunuh yang masih belum selesai.

Apakah dengan kenyataan ini membuktikan ketidak upayaan pihak polis dalam mengerjakan siasatan beberapa kes bunuh sehingga terungkai siapa pembunuhnya?

Apakah ini sebagai kenyataan pembunuh imej Polis DiRaja Malaysia yang didabikkan sebagai salah satu agensi penguatkuasaan undang-undang yang terhandal, terhebat dan tercekap sekali didunia?

Apakah selama ini modul latihan yang diajar kepada semua anggota polis di Pusat Latihan dan Maktab Polis diseluruh negara tidak menepati piawaian yang diharapkan?

Apakah selepas ini ilmu bomoh akan diajar kepada semua pelatih polis yang bakal diserapkan di Jabatan Siasatan Jenayah?

Atau besar kemungkinan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang akan datang perlu lahir dari seorang bomoh yang memiliki ilmu bomoh paling handal dinegara ini?

Semoga pihak PDRM perlu memperbetulkan kenyataan ini demi meredakan kesangsian rakyat tentang keupayaan dan kemampuan pihak polis dalam menjalankan siasatan kes jenayah terutamanya kes-kes homisid.

Bagi admin, kenyatan Ketua Polis Daerah Sibu (jika benar seperti dilaporkan) amat memalukan serta menjatuhkan imej PDRM.

TEGAS ADIL DAN BERHEMAH.

1 comment:

  1. aku rasa di semenanjung lama dah PDRM guna khidmat bomoh! bomoh2 tu plak bukan utk tangkap perompak, penyangak & penjenayah tpi bomoh2 PDRM yg ada diguna utk bela pengundi hantu! ni la pengkhianat agama, negara & bangsa sendiri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...