Thursday 29 November 2012
PANASSS!!!!! SHAHRIZAT JALIL AKUI UMNO LAH DALANG MELUNTURKAN KUASA POLITIK MELAYU DIPARLIMEN??????
Admin tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini.
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir” kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
KUPASAN DAN ULASAN ADMIN:-
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik Melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah orang tua-tua mengatakan kepimpinan melalui teladan.
Soalan admin yang mau dijawab secara ikhlas dan jujur.
Macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain?
Sekarang kita berbicara nak cakap pasal kuasa politik Melayu di Parlimen amat marginal!!!
Kalau cakap “kosong” atau berdasarkan persepsi, semua orang boleh cakap. Tetapi tidak semua orang mampu bercakap melalui fakta terutamanya kalangan ahli politik yang ada pada hari ini…..
Calon Melayu/Islam dari Barisan Nasional lawan calon bukan Melayu/Islam Pakatan Rakyat
P144 LEDANG – Hamim Samuri (BN) vs Lau Tek Hai (PKR)
P153 SEMBRONG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN) vs Lee Sang (PKR)
P218 SIBUTI – Ahmad Lai Bujang (BN) vs Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
P221 LIMBANG – Hasbi Habibollah (BN) vs Dr. Lau Liak Koi (PKR)
P47 NIBONG TEBAL – Tan Tee Beng (PKR) vs Datuk Zainal Abidin Osman (BN)
Calon Melayu/Islam Dari PR Lawan Calon Bukan Melayu/Islam Barisan Nasional
P148 AYER HITAM – Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
P151 SIMPANG RENGGAM – Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
P158 TEBRAU – Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
P162 GELANG PATAH – Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
P132 TELOK KEMANG – Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
P94 HULU SELANGOR – Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
P100 PANDAN – Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
P111 KOTA RAJA – Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
P54 GERIK – Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
P74 LUMUT – Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
P77 TANJONG MALIM – Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
P52 BAYAN BARU – Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
P80 RAUB – Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
P83 KUANTAN – Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
P124 BANDAR TUN RAZAK – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
P205 SARATOK – Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
P170 TUARAN – Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
P173 PUTATAN – Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)
Sekarang siapa yang mengurangkan kuasa politik Melayu di Parlimen? Siapa Shahrizat? dan mengapa Shahrizat?
Kawasan-kawasan campuran yang mana 60% pengundi adalah Melayu, yang bertanding adalah MCA dan MIC…Kini siapa yang sebenarnya khianat kuasa politik Melayu? Siapa petualang bangsa Melayu?
Tetapi apabila bercakap di dalam perhimpunan tidak selari apa yang dilakukan hari ini? Mengapa Shahrizat? Mengapa?
Itu tidak termasuk lagi persempadanan semula kawasan parlimen, kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah.
Walaubagaimanapun, admin cukup yakin dan percaya ini isu-isu ini akan terus dibangkitkan oleh kebanyakkan perwakilan kerana isu ini terus diputar belitkan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO 2012.
Sepatut dan amat wajar UMNO, menggunakan masa yang terlalu sedikit ini sebelum bertempur PRU 13, sebaik mungkin untuk memperbaiki UMNO,... imej dan jenama UMNO kini amat teruk dan jijik dimata dan hati rakyat.
Kurangkan mencanang hanya parti UMNO saja yang patut disokong tanpa memberikan hujah dan fakta yang mampu menyakinkan rakyat.
Berikan tumpuan bagaimana cara nak mengangkat bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah yang terbaik sebenarnya. Barulah sokongan kepada UMNO akan datang dengan sendirinya.
Masalah UMNO kini ialah masih berpolitik cara zaman 80an dan awal 90an sedangkan kita kini sudah berada dialaf baru.. Sudah melepasi 12 tahun tapi UMNO masih terperangkap dengan politik dulu kala.
Tidak hairanlah mengapa anak-anak muda melihat dan menilai UMNO sebagai parti poyo yang tidak cool langsung.
Itu belum lagi dikupas perangai para pemimpinnya yang rasuah, rakus, sombong, angkuh, berlagak dan besar kepala.
UMNO KINI DIAMBANG TUMBANG.. INI ADALAH KENYATAAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Lebih 50 tahun memerintah masih tidak boleh meningkatkan ekonomi orang Melayu? Itu salah ameno!!! Buat proton berapa banyak syarikat melayu yang jual spare partnya!!! Buat KLCC yang kaya Jepun, Korea dan keluarga madey!! Dapat kontrak jual kat bangsa asing!!. Orang melayu yang berpotensi tapi tak sokong ameno dipinggirkan. Orang ameno pun kena pinggir. Amenolah yang menghancurkan orang Melayu. Tengok di KL berapa ramai orang Melayu duduk dalam kotak kasut. Dulu dipanggil PPRT sekarang dah buang T. Ape tiba-tiba yang dalam kotak kasut tu dah kaya ke?? Dulu kalah kat Selangor (1969) buat huruhara. Lepas tu ambil tanah Selangor jadikan WP. Konon nak sekat parti lawan. Sekarang apa macam!!!! Itulah dia parti tengkorak kering!!!
ReplyDelete