Friday 16 November 2012
SEORANG BEKAS TENTERA DIPENJARA 3 BULAN KERANA MENCURI SEPEKET SUSU BERHARGA RM21.99 SEN UNTUK ANAK PEREMPUANNYA!!!!!YANG REMBAT RM250JUTA DUIT LEMBU NFC BEBAS... SELUDUP RM40JUTA UNTUK UMNO TIDAK ADA KES!!!!! INILAH MALAYSIA TANAH AIR KU DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO 1M'SIA!!!!
KUANTAN, 16 Nov — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang bekas tentera yang mengaku bersalah mencuri sepeket susu tiga hari lepas.
Penolong Kanan Pendaftar Jesseca Damis memerintahkan hukuman ke atas Mohd Sobir Kashim, 32, dijalankan bermula hari ini.
Mohd Sobir yang tidak diwakili peguam, didakwa mencuri sepeket susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram berharga RM21.99 di Pasaraya Jaya Gading, Semambu dekat sini, pada 2.15 petang, 13 Nov lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau selepasnya boleh dipenjarakan, denda atau sebatan.
Jesseca dalam penghakimannya berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan sering berlaku dalam masyarakat walaupun kes melibatkan amaun yang kecil.
“Kamu adalah seorang bekas tentera dan sepatutnya kamu tidak buat kesalahan ini dan setelah mengambil kira rayuan kamu mahkamah menetapkan hukuman penjara tiga bulan ke atas kamu dan hukuman dijalankan bermula dari hari ini,” katanya.
Terdahulu, tertuduh yang berasal dari Padang Serai, Kedah, dalam rayuannya berkata dia terpaksa mencuri susu tersebut untuk dijual dengan alasan dia tidak mempunyai wang bagi membeli makanan untuk anak perempuannya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari. — Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
aku nak tlg bayar susu tu dgn harga RM100, blh bebaskan org tu tak?
ReplyDeletecuri duit anak yatim memali potong tangan?
ReplyDeletehakim umno bn bodoh ada dia kata kesalahan serius kepala butoh bapak dia , yb menteri tibai duit rakyat NFC tak salah. Apa nama undang undang ni ada kasta pulak dah.Memang betul pun madey kutty kata hanya orang yang bodoh dan bangang saja sokong umno bn haram jadah
ReplyDeleteaku nak tolong bayar susu tu rm200 blh tolong lepas kan tak?celaka punya bn!!
ReplyDeletesiapa yg terus menyokong parti celaka ni, memang la dia celaka !!!
ReplyDeleteUsianya agak muda lagi...latar belakang hidup tak jelas..mungkin dihimpit kemiskinan...mungkin tiada sanak saudara yg sudi membantu..mungkin tiada jiran tetangga yg sedia menghulur bantuan..mungkin pihak JK Kampung tidak tahu atau tidak dimaklumkan..mungkin pihak Wakil Rakyat pun tidak dimaklumkan.. mungkin beliau agak kabur ttg dimana & bagaimana nak mengadu...
ReplyDeleteKESIAN BETUL AKU BACA PASAL KISAH NIE..AIK KATA KUTIP ZAKAT TIAP2 TAHUN2..MASIH ADAKAH LAGI RAKYAT2 YANG HIDUP MISKIN.SAMPAIKAN NAK BELI SUSU PUN TAK ADA DUET..MANA JKKKKKKKKKK... KAMPUNG???.XKAN XADA JIRAN YG SUDI MENOLONG...KORANG SEDAP2 MELANTAK MAKAN MENU SEDAP2..SEDANGKAN RAKYAT SENDIRI KELAPARAN..
ReplyDeleteDuit zakat da di joli beli hotel.
ReplyDeleteJgn tnye lg dah, nnt ade org murka.
Terima kasih
SALAH SATU SEBAB....NGAPE AKU MELUAT SANGAT KAT UMNO/BN, MMG LE MENCURI TU SALAH..TAPI YG TIBAI XSAMPAI RM30..KENA 3BULAN..YG REMBAT JUTA-JUTA LAK...KORANG FIKIR2KANLAH..
ReplyDeleteKalau kena Hukum Hudud, Bekas Tentera yang malang itu tidak akan kena penjara atau potong tangan, sebaliknya akan dibantu. Tapi dalam sistem Sekular...kena tiga bulan. Sahabat-sahabat semua saksikanlah kebodohan dan buta hati hakim yang menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan keatas beks tentera tersebut
ReplyDeleteaku sokong
Deletelm kes ni bkn xaskar tu kena hudud, kerajaan yg kn hudud. X jln tanggungjawab jg kebajikan rakyat. Lembu blh tdr di kondo nilai berjuta, xaskar terpaksa meringkuk dlm penjara krn susu. Teringat kes di indonesia, seorang dihukum krn mencuri tp lps jatuh hukum tgk apa hakim tu buat. Bru hakim yg berintergriti dan bermaruah. Sini ada ka?D
ReplyDeletesatu je nak tanya, mana perginya kepimpinan persatuan bekas perajurit? Adakah lebih berbaloi tunjuk bontot drpd membantu ahli2nya?
ReplyDeleteMungkin pemuda itu tak daftar..mcm mana persatuan nak tau
Deletecome on people...korang kenal ke bekas askar tu? korang tau ke mana pegi duit dia? dia tu aku kenal. kena buang askar sebab penagih dadah tegar...
ReplyDeleteInilah realiti hidup..nampaknya gomen kena ubah pendekatan..jika terdapat staf yg hadapi masalah..buang kerja adalah option terakhir..ambil langkah utk serah dulu kpd agensi pemulihan utk betulkan mindset staf itu. Kalu dibuang parahlah hidupnya..nanti dibaham pula oleh lanun utk direkrut sbg makhlok perosak masyarakat..kadangkala keluarga pula mencemuh ahli keluarga yg hadapi masalah..tak ramai yg simpati walaupun ahli keluarga sendiri..
Deleteada jugak anjing yang kata kenal...
ReplyDeleteLebih baik anjing yg pandai bercakap dr anjing yg pandai menyalak
DeletePasaraya milik bukan islam ke islam? Hakim islam ke x islam? Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Bg aku kalau nak mintak tlg org, kita mesti cari. Saluran dah disediakan. Terlalu byk termasuklah sukaguam, jabatan2 berkaitan, persatuan yg disertai oleh askar ni dan sbgnya. Oleh itu sekurang2nya rakan2, sedara, persatuan yg terlibat perlu tampil. Ini bukan salah mana2 parti politik atau part yg memerintah tp kita usaha dptkannya. Wallahualam
ReplyDelete