Wednesday 21 November 2012

MAYAT PERISEK ISRAEL DISERET DIJALAN RAYA GAZA OLEH PEJUANG HAMAS!!!!!... PATUT DISOKONG ATAU DIKUTUK?????



MAYAT PERISEK ISRAEL  DISERET DI JALAN RAYA GAZA.

Enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akang melakukan serangan darat.


Menurut seorang saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.

Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin - separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.


APAKAH TINDAKAN MEREKA INI PATUT DAN WAJAR, DENGAN MENGAMBIL KIRA KEGANASAN DAN KEZALIMAN YANG MELAMPAUI BATAS TANPA ADA SECEBIS WALAUPUN SEBESAR ZARAH  RASA KEMANUSIAAN,  ATAU IANYA AMAT KETERLALUAN?....

9 comments:

  1. PakMB teringatkan kisah Saidina Ali ra... yg membatalkan hasrat utk membunuh seorang musuh yg meludahnya krn bimbang musuh itu akan dibunuhnya bukanlah krn Allah tetapi... krn nafsunya. Islam tidak menuntut agar kita meniru & melakukan kezaliman yg sama seperti musuh/kafir... apatah lagi terhadap jasad yg sudah tidak bernyawa. PakMB mengutuk (dgn sekeras2nya) perbuatan sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyiksa mayat itu berdosa, apakah tidak cukup dengan membunuhnya? Siapalah kita sehingga meletakkan kita untuk menghukum dengan adil selain ALLAH SWA?

      Delete
  2. Pada pendapat saya tindakan tidak wajar seret mayat musuh..

    ReplyDelete
  3. cuba kita bayangkan ibu,bapa,datuk,nenek,isteri atau anak2 kita di bunuh dgn kejam di hadapan mata kita sendiri....apa tindakan tuan2 apabila dapat menangkap musuh tersebut samaada hidup atau mati? kita yg tidak pernah meresa apa yg mereka rasa boleh berkata mcm....

    ReplyDelete
  4. setuju dengn pak malek baretta....islam bukan agama ganas, bkn agama dendam, islam agama keamanan...nabi dan para sahabat tidak pernah ajar menzalimi musuh dan menganiaya tebusan..jika hendak bunuh, terus bunuh, jgn aibkan atau menyiksa......yg penting niat kerana Allah bkn krn nafsu

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan kata2 ustaz yg kerap ke Gaza dan pernah berinteraksi dgn Hamas...pejuang Hamas sgt berdisiplin, berakhlak dan sgt baik.
    Jadi, check balik, benarkah yg bermotosikal ala2 rupa begitu merupakan ahli Hamas?
    Jgn lupa, palestin pun ada dua puak, Hamas dan Fatah yg mirip PR dan BN...

    ReplyDelete
  6. selidik dulu maklumat ini betulkan hamas yg melakukan kerja² tersebut?
    sy like king.nothing47 10x

    ReplyDelete
  7. Yang ramai2 naik motor tu bkn pejuang Hamas tp pemuda2 Palestin di Gazza yg marah dgn Israel laknatullah...hanya mereka yg betul layak n terpilih shj menjadi Pejuang2 Hamas..

    ReplyDelete
  8. soal hukum adalah satu hal.

    soalnya kita tidak rasa apa yg mereka rasa. kita sgt selesa dok depan komputer kenyang perut bagi komen. lagi pun yg naik motor tu mungkin anak2 muda dan bukan tentera Al Qasam.

    i tkmo komen, lebih baik kita insaf. tak sama tgk foto dgn merasa sendiri kepahitan. kita biasa tgk orgramai kerumun pukul peragut. apakah hukuman peragut dikeroyok beramai2?

    no komen. minta dilindungi Allah dgn penuh keinsafan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...