Wednesday, 7 November 2012
PETANDA AWAL TUMBANGNYA UMNO DIPARLIMEN SABAK BERNAM SUDAH JELAS KELIHATAN....PROF AZIZ BARI BAKAL AHLI PARLIMEN SABAK BERNAM PKR/PR... INS'YALLAH.
SABAK BERNAM - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari mampu tumbangkan BN di Sabak Bernam pada pilihan raya umum (PRU) nanti sekaligus membela rakyat kawasan itu.
“Saya yakin, Aziz Bari dari kalangan orang yang baik, bijak dan mampu menjadi Ahli Parlimen yang baik di Dewan Rakyat dan kepada rakyat di sini,” katanya di hadapan lebih 2,000 penyokong yang setia menunggu dalam hujan lebat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, di sini, malam tadi.
Turut menyatakan sokongan, Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin. “Aziz merupakan pakar perlembagaan, sanggup melepaskan jawatan profesionalnya demi bersama-sama rakyat, menentang penindasan dan ketidakadilan,” katanya.
Ahli Parlimen Sabak Bernam sebelum ini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Bakri dari Barisan Nasional.
Pada Oktober lalu, Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.
Aziz pula merupakan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee.
Anak jati Sabak Bernam itu adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.
Pada 19 Oktober tahun lalu, Aziz menerima surat tunjuk sebab oleh unit undang-undang universiti itu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). ~kd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Selamat berjuang prop!
ReplyDeleteSmga Allah sntiasa memberi ptnjuk pd prop & mlimpahkn krhmatanya pd rkyat jajahan parlimen prop kelak!
InsyaAllah...
Hah mana dia mentri yg mncabar Profesor Aziz Bari utk kearena politik tu? Ada teloq jdi ank kjntan ntk bradu dglangang yg sama rata sama datar?
Hwhehehehehe ada bran ya Umat Melayu Naif Otak Be End!
Prof kena hantar wakil menziarah si Raman Bakri dan bagi tau yang prof nak bertanding kat kawasan dia. Mesti dia bagi punya!!! Kata orang ape 'courtesy call'. Itulah gamaknya.
ReplyDelete