Monday 26 November 2012

PERINGATAN TEGAS KEPADA SEMUA PERWAKILAN DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 DI PWTC BERMULA 29HB NOV HINGGA 1 DISEMBER!!!!


Seandai para perwakilan lupa tanggung jawab sebenar/hakiki  mereka ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bakal berlangsung secara rasmi mulai 29hb November 2012 hingga 1hb Disember 2012, maka menjadi tanggungjawab admin memberikan peringatan.

Maklumlah.. MELAYU MUDAH LUPA.

Kalau tepuk pastikan kali ini kalau boleh kasi pecah dewan...Gelak terbahak-terbahak sambil menggilai apabila ada satu lawak bodoh dari salah perwakilan dipersembahkan.

Ampulah setinggi bangunan PWTC segala ucapan Presiden UMNO,  sebagai contoh, dengan menyatakan beliau adalah pemimpin terhebat pernah dilahirkan dinegara kita malahan nasihat dan pandangan beliau sungguh berwawasan jauh, dan kini sentiasa diburu oleh para pemimpin dunia untuk memohon dan mengemis segala pandangannya sama ada perhubungan antarabangsa, ekonomi maupun politik.

Presiden UMNO pemimpin yang membawa tuah kepada negara dengan memiliki ciri keberanian yang amat luar biasa.. Amat digeruni pihak lawan dan disegani serta disanjung serta dipuja pihak kawan.

Ucapan dasar dan perasmian sidang UMNO yang terhebat pernah diucapkan.

Akhir sekali berikrarlah dengan suara yang kuat nyaring sambil bersumpah sanggup mati bermandikan darah sehingga hancur tulang dan lumat lunyai badan, mempertahankan UMNO, Najib, Rosmah, Melayu dan Islam.

Banyak sudah contoh yang UMNO memang pejuang Melayu bersikap dan bersemangat sedemikian. Contoh terkini rakan paling baik, akrab dan disayangi UMNO, MCA terus gentar nak menghina, mencaci dan memaki hamun Islam dalam Persidangan Tahunan MCA baru-baru ini.

Kepada para perwakilan.. Selamat Bertepuk, Angguk kepala, Ketawa dan Ampu Bodek...SALAM 1 M'SIA.. SALAM BODEK 1M'SIA...HIDUP UMNO!!!!... HIDUP NAJIB!!!!!... HIDUP ROSMAH!!!!!!

4 comments:

  1. yang admin nak marah menggila apesal??Lantak dema ler nak buat apa pun..
    Jaga jer tepi kain puak2 sendiri..

    Suka beno nak 'memburuk2kan dan menghasut2 pemikiran'orang.berdosa besau perangai begitu..
    sendiri makan..sendiri berak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi apasal bak doa ko orang bising... lantak kita orang la nak doa ape pun...

      Delete
  2. admin tak marah.... cuma peringatkan skrip... maklumlah melayu mudah lupa....

    ReplyDelete
  3. Salam Omakkau

    Kenyataan yang dicatat warna merah tu Yong langsung tak setuju. Takut kalau kita baca ia jadi doa, walaupun tujuannya sinis.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...