Friday 16 August 2013

TAHANAN WARGA NIGERIA LEPAS LARI DARI LOKAP BALAI POLIS JINJANG!!!.. SEORANG KOPERAL POLIS DI TUDUH DI MAHKAMAH DAN TIDAK BENARKAN IKAT JAMIN!!!!



KUALA LUMPUR - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan dengan sengaja melepaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, Isnin lalu.

Kpl M. Eamulai, 52, didakwa melepaskan Osuji Kelly Prince, 25, yang ditahan atas kesalahan dadah di Lokap Berpusat Jinjang, di sini, antara 9.30 pagi dan 10.46 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 225 (C) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.  

Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen  tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes tersebut adalah serius kerana tertuduh melepaskan tahanan yang berhadapan kes dadah yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Katanya, alasan yang dikemukakan peguam G. Ganeson mengenai penyakit yang dihidapi anak guamnya iaitu sakit tulang belakang akibat kemalangan dan kencing manis tidak disokong oleh dokumen sah atau bukti di mahkamah.

Bagaimanapun, Suzanne berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Hakim Dazuki Ali tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Ogos untuk sebutan semula kes. - Bernama

6 comments:

  1. Harapkan pagar,pagar makin padi.harapkan sokong,sokong membawa rebah.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya..Harapkan pegar,Pegar makan padi....inilah kesan kebangangan UMNO!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupn sya tegar pakatan..rasanya kes ni..x de kena mengena dgn politik...ni ada le kecuaian pihak polis... x tau..mcm mane le awg hitam ni bolih bolos...

      Delete
  3. Aduyai mcm mana la boleh terlepas plak nih. Tak kan sorg pun tak perasan yg nigger ni lari. Apehal2 syabasla PDRM sbb negara masih aman (ayat perli ni).

    ReplyDelete
  4. Kejaan banyak sangat bagi muka kat group malaon nih! Tu pasal laa

    ReplyDelete
  5. Ni sume sbb lambakkan spesis ni kt malaysia.die org sume ni sendiket antarabangsa.byk duit n kabel.jd xsusah nk buat begitu.selain tu punca kos sara hidup yg terlampau tinggi kt malaysia buatkan terjadinye budaya rasuah di kalangan penjawat awam.tidak hairan la klu ini sume berlaku......harap2 kerajaan fikirknlah nape ini terjadi....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...