Tuesday 29 April 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM BERTEGAS MAU CATUAN AIR DITARIK BALIK SEGERA WALAUPUN DITENTANG HEBAT DARI BEBERAPA PIHAK!!!!!



Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) difahamkan telah memutuskan untuk menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.

Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.

Sumber-sumber memberitahu, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid  sendiri.

"Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam.

Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor.

Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan “positif” selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu.

"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.

Bagaimanapun Khalid dikatakan membuat keputusan drastik dengan berharap paras empangan – kini 40.08 peratus – akan terus naik dengan bantuan pam bertekanan tinggi dan hujan sejak minggu lalu berterusan.

Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.

Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.


Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang.

TAHNIAH TAN SRI ATAS KEBERANIAN DAN KETEGASAN TAN SRI... JELAS SEKARANG SIAPA DALANG YANG MEMANJANGKAN CATUAN AIR DI SELANGOR.

14 comments:

  1. SKIM AIR PERCUMA DITUKAR KEPADA SKIM AIR DICATU.

    RAMAI YG BAZIR AIR SEBAB TU HABIS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog omakkau tak boleh wakili parti pkr berat sebelah pada calon.

      Delete
    2. suka hati omakkau lah nak kempen utk siapa .
      tak mcm umno sokong calun sorok sorok sbb takut kalau calun lawan menang susah cari makan. jgn sama kan PKR dng UMNO lah

      Delete
    3. air free utk 20 meter padu jer..lebih dr tu kena bayar. air mmg boleh hbis ..kemarau panjang.. factor pengguna yg bertambah.. hujan tu Allah yg control..

      Delete
  2. PECAT MB TAK GUNA.


    -CINA DAP

    ReplyDelete
  3. Haluuuuuuu. .....

    Snarai mb x guna d mesia

    A. Khalid pasir.....johore
    B. Zambry mugabe....perak
    C.mukhris botak.....kedah
    D. Isa labu...perlis
    E. Mat said gigi hitam...trengganu
    F. Adnan kerutuk...pahang
    G. Ah san...n.9
    H. Deris patern....melaka
    I. Denan stime....srawak
    J.musa sprm....sabah

    Khak tuih

    ReplyDelete
  4. syabas ni tadah air ke tidak ? kalau dah tak ada air kena lah cari sumber lain. Bila MB buat keputusan tak nak teirma tp air tak ada tak usahakan Hrpkan air ujan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak syabas yg nak tadah air?!'...baghal ke ko ni?...hahahaha...

      Delete
    2. Anon 23:12, memanglah bawah 'jurisdiction' syabas..bodoh tak habis-habis..sila buat 'research' balik..nanti malu..nak gelakkan orang lain diri sendiri baghal...ho..ho..hooooo.................................

      Delete
  5. oh hujan
    oh hujan
    kenapa kau tak datang
    mcm mana aku nak datang
    Ibrahim Ezam Zul Lokman tak panggil aku.

    Kena upah katak katak ni berong ong .

    ReplyDelete
  6. Tapi bagi orang umno tambah satu lgi rukun iman iaitu PERCAYA DAN BERIMAN KPD UMNO YAHUDI DAJJAL. KUIKUIKUI

    ReplyDelete
  7. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete
  8. air kena catu bukan salah mb, sbb air kurang ..., hujan tak turun ....

    This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...