Friday 24 October 2014

CHEGU BARD MEMBUAT TUDUHAN TERLALU SERIUS TERHADAP AZMIN ALI .. AMALKAN POLITIK KOTOR DAN MENUNGGU SAAT ANWAR MASUK PENJARA UNTUK RAMPAS KUASA.



CheguBard dakwa ada bukti 'permainan kotor' Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

Terbaru, ahli PKR yang digantung itu berkata, dia ada bukti akuan bersumpah (SD) lima ADUN Selangor yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelima-lima ADUN tersebut tetapi meminta siapa yang makan cili itu sendiri membuat penjelasan.

"Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai lima ADUN (2 DAP, 3 PKR) selepas mengikrarkan sokongan kepada Wan Azizah telah membuat satu SD berbeza.

"Masing-masing menarik sokongan ke atas Wan Azizah dam kononnya taat setia dengan pilihan siapa sahaja oleh Sultan Selangor. Maka muncul persoalan, siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB?," ujarnya dalam sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendakwa kenyataannya sebelum ini jelas membuktikan Azmin telah melanggar disiplin parti dengan tidak mematuhi arahan parti yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB Selangor.

"Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri sehingga Datuk Seria Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

"Jelas Pas menghantar tiga nama tidak ada nama Azmin dan DAP serta PKR hantar satu nama jelas bukan Azmin. Siapa yang hantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri?

"Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR setuju satu nama sebagai calon MB, dia (Azmin) menghantar nama sendiri ke Istana melalui Badan Perhubungan PKR Selangor.

"Itulah yang dimaksudkan oleh bekas MB, Tan Sri Khalid Ibrahim, semasa PRU 2008 ada dua nama diberi kepada Sultan Selangor," katanya.

Jika benar, katanya, istana tidak boleh dipersalahkan kerana yang bersalah ialah PKR kerana mempunyai seorang timbalan presiden yang tidak berdisiplin, tidak mampu bergerak mengikut organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita-cita peribadi.

Dalam pada itu, CheguBard juga mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang didakwa ada dua pertimbangan berbeza melibatkan tindakan kepada ahli.

"Jika PKR mampu deal dengan pemimpin tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti? Adakah PKR ada dua set undang-undang berbeza, satu untuk ahli biasa dan satu untuk mereka yang istimewa?," soalnya.

Orang kuat NGO, Solidariti Anak Anak Muda Malaysia itu juga mahu ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang dahulunya menafikan dia menandatangani SD tidak sokong sokong Wan Azizah sehingga mahu keluar parti supaya tampil dengan bukti sokongan.

"Dia (Xavier) menafikannya. Jika ya, buktikan. Balai polis mana? Nombor aduan berapa? Kalau betul SD itu palsu, dia sebagai Naib Presiden PKR sudah tentu perlu tampil menafikannya," tegasnya


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hanya menunggu saat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara untuk merampas pucuk pimpinan parti.


Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.


Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.


"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.


"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.


"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya pada sidang media di sini petang tadi.


CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan ahli yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu ditemani beberapa ahli PKR yang menyokongnya hari ini.


Menurutnya, 'pembubuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Jika berlaku disebaliknya dimana Anwar tidak dipenjara, CheguBard dalam analisis politiknya meramalkan akan berlaku pertembungan antara kelompok Azmin dan Anwar dalam PKR.


Kesan kes Anwar kepada Barisan Nasional (BN) pula, CheguBard melihat jika Ketua Umum PKR itu tidak dipenjara, ia akan memberi kelebihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Dari sudut parti politik UMNO itu sendiri, Najib memmerlukan Anwar di luar penjara. Bukan rahsia kelompok yang kecewa dengan Najib dalam UMNO dan BN dan bukan sedikit jumlahnya namun mereka tidak menyerang Najib secara terbuka kerana bimbang kestabilan parti kerana musuh utama mereka, Anwar masih ada," katanya.


Jika Anwar dipenjara, musuh utama BN sudah hilang dan golongan yang kecewa dengan Najib akan bergabung menentangnya.


Kesimpulannya, Najib selesa dan selamat jika Anwar di luar, katanya.


Mengenai Tun Mahathir Mohamad yang mengkritik Najib, CheguBard yakin bekas PM itu seperti harimau yang dicabut misai - hanya mengaum sekali sekala namun senyap selepas dibelai.


Lagi pun, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz sudah diberi jawatan MB Kedah dan Mahathir sendiri diberi kerusi nombor satu dalam Proton.


"Jawapannya, Najib bukan Pak Lah yang dikuasai kelompok anak muda diketuai Khairy Jamaluddin yang tidak memahami seni politik ketika itu," katanya.--MalaysiaGazette



INI SUATU PERTUDUHAN SECARA TERBUKA YANG AMAT SERIUS MAMPU MENJEJASKAN KREDIBILITI DAN INTEGRITI PARTI JIKA DI DAPATI BENAR ... JIKA IANYA SUATU FITNAH MAKA TERCATIT DALAM SEJARAH SEBAGAI ANTARA FITNAH PALING DAHSYAT.

TUJUAN APA PERTUDUHAN INI DIBUAT KETIKA PARTI KEADILAN SEDANG MELALUI SAAT PALING GENTING SEJAK PENUBUHANNYA TIDAKLAH DIKETAHUI.

YANG PASTI ... KEBENARAN JANGAN DINAFIKAN WALAUPUN DATANG DARI MUSUH POLITIK, KEMUNGKARAN JANGAN PULA DI SOKONG HATTA DILAKUKAN OLEH DARAH DAGING SENDIRI.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.


37 comments:

  1. Bukan senang nk dpt kerusi mb oi! ... x kisah lh cara ape sekali pun ... yg penting aku dpt ... padan muka kau org ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita tibai Cikgu Bad. Dia suda melampau tau. Dia suda bukak tembelang pemimpin kesayangan kiter. Tak patot betol dia kasi bukak rahsia besar pemimpin kesayangan kita yang terlalu baik mcm Jokovi turr.

      Delete
  2. Berjuang utk kepentingan diri ini lh rupanye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa.....tak apa....... Yg ptg cita2 utk jadi MB sudah tercapai. Cara baik ker...cara tak baik ker...itu semua boleh tolak tepi.

      Delete
    2. Ini dipanggil objektif menghalalkan cara. Kalu tak gitu, camne nak dpt gaji dan elaun bulanan puluh2 ribu.

      Jangan salahkan Pas pulak yer.......

      Delete
    3. Dap tak nak tau ker sapa 2 adun dia yg belot turrrr? LGC apa tunggu lagi? Tak kan buang dlm lubang jamban aje.....

      Delete
    4. Oiiiiii rapizi.....tak kan ko tak nak tau nama 3 adun yg belot turr...... Pi la tanya Cikgu Bad.....tak kan ko tak nak pecat sekali 3 adun turrr...... pecat la kalu ko ada tulurr

      Delete
  3. Yg seronok dap bila azmin jd mb...khalid dgn pas susah bg dap....

    ReplyDelete
  4. spi bilakh pkr trs dselubngi kemelut? jgn dbiarkn trlalu jauh dgn kemelut dalmn ini. dbimbangi yg dkejr x dpt yg kendong bcicirn akhirnya aym trleps tgn bau taik di pru akn dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape2 pun isi tembolok dulu, pru tu lain hal ....

      Delete
    2. PKR lebih teruk drp UMNO rupanya.....
      Apa2pun ABU

      Delete
  5. Mainan politik PKR tk bijak.langsung ahli2 PKR bermain politik macm pilih ketua kongsi gelap jer layaknya..tak bijak tak bijak itu pasal parti ni badan makin menyusut..next GE UMNO akan siat2 PKR ni jadi cebis cebis sejarah..hidup UMNO..DS Noh sdng brlatih cara2 angkat sumpah MB yg baru lpas GE nnt slamat jln PKR.

    ReplyDelete
  6. Dh ade ura2 presiden pkr hendak digantikn dgn azmin sebelum ni ... mcm crite the Italian connection je... kikiki

    ReplyDelete
  7. Apabila dendam menjadi wadah perjuangan maka tiada sebarang kebaikan akan terlihat. Ayuh sahabat kita berpolitik secara matang bukan berlandaskan dendam atau emosi. Jika seseorang itu melakukan kesalahan gunakan kuasa kita untuk memilih. Bagaimana kita memilih demokrasi untuk menjatuhkan Umno di Malaysia. Janganlah pula kita gunakan cara dan teknik Umno untuk menjatuhkan sesama mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dendam bukan isunye bro, ni hal kepentingan diri, ambil kesempatan utk memenuhi cita2 politik...

      Delete
    2. Ikut la gaya PAS dengan gaya PASMAnya,gaya PKR dengan gaya Rafizinya dan DAP dengangaya covenisnya.

      Delete
    3. Janganlah kita jadi Pak Kado, menang sorok tapi kampung tergadai. Lihat sahaja sejarah Kesultanan Melaka yang jatuh kerana kesibukan para pemimpin mereka bercakaran akhirnya Kesultanan Melaka tinggal sejarah. Begitu juga kegermilangan Kerajaan Andalusia akhirnya nenjadi sebagai sejarah kerana musuh berjaya melalaikan golongan pemimpin dengan fitnah dan adu domba. Marilah kita eratkan silaturrahim dan berjuangan berlandas Islam berpandukan pentingan rakyat.

      Delete
    4. Setuju 101% menang sorak bukan menang sorok kampung tergadai ... kini pertuduhan berat dan serius di lemparkan betapa Azmin menang kini maruah dan prinsip perjuangan tergadai tergolok ... bermula dengan penipuan dan fitnah kini belang sebenar sudah terserlah jika apa yang dituduh ini benar dan sahih .. masa nak jatuhkan kawan dianggap lebih bermusuhan dari lawan ... bila hasrat sudah ditawan pandai pula nak hulur tangan saliturahim ... falsafah perjuangan apa namakah ini .. kepentingan rakyat atau kepentingan tembolok dan perut.

      Delete
  8. Nak salahkan pas lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg jadi mangsa PKR ialah:
      i. TSKI -beliau dimalukan dgn pelbagai tuduhan seolah2 beliau tidak melakukan sebarang kebaikan kpd rakyat serta kaki rasuah,
      ii. PAS - menyebabkan pas berpecah bilamana kepimpinan Pas cuba membetulkan keadaan sehingga Pas dituduh bersekongkol dgn Umno walaupun kita maklum perkara itu tidak mungkin berlaku dan hanya andaian semata2 drp pihak yang memang ingin merebut jawatan MB.

      Delete
  9. Meh la.
    Kita pakat2 masuk Pas.
    Kuatkan balik semangat Islam dlm Pas.
    Yg lain tu dah tak boleh pakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAGI PEMIMPIN PAS ADA YG SYIAH JGN HARAP PAS JADI BAIK.....PAS PARTI PALING BANGANG....BODO. ...ISLAM SETAKAT JUBAH DAN SERBAN .....

      Delete
    2. Yg kau 12:02 islam setakat main ikut sedap hati kau je lh ye ...

      Delete
  10. Kalau pkr nak nyawa panjang buang kan gang kajang move.....buang anwar aljubsss....nurul...jijah rafuzi...spudin muka bulan dari PKR......yg penjarakan brother anwar bin ibrahim....

    ReplyDelete
  11. Ni Sumer Poyo...24 October 2014 at 12:13

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  12. Azmin tetap berkuasa sehingga PRU 14...isu atas mungkin ada saman meyaman..atau azmin tak ambil pot..tetapi kedudukan azmin sentiasa dalam delima..kerana PKR buat masa ini adalah parti yg paling teru dalam sejarah Malaysia..ahli pkr terbahagi 2...laporan SPRM .ROS.POLIS keatas PKR terlalu banyak..takkan ia tak mengundang apa apa risiko pada PKR .mustahil..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin pun bergantung juga pada kekuatan pkr, kalau pkr nk tendang dia mcm khalid dlm masa terdekat ni mcm mne....

      Delete
  13. Politik politik x abis2 kg chubadak apa citer????

    ReplyDelete
  14. dia dan keluarga dia ni mmang berperangai hina.. siapa tk kenal dgn keluarga dia...gaduh setengah mati..ko nk jadi mb dgn cara yg paling sial..apa lg DSWA pecat lah dgn segera terang2 dh melanggar arahan parti..mcm TSKI.pecat lah dia dah melawan tauke...cacing dh jolok mata...SYABAS CIKGU BARD.tabik spring sama lu toing toing toing..kami ada bersamamu dibelakang...LAWAN TETAP LAWAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawan la sampai kiamat...masa takde kuasa bukan main lagi..semua pemimpin PKR macam malaikat turun ke bumi ... maka bergelak ketawalah segala isi rimba..melihatkan betapa sombong dan jahilnya para pentaasub anwar...

      Delete
  15. Azmin, TSKI adalah MB yang sangat baik.
    Azmin semoga jadilah MB yang baik dan lebih baik dari MB terdahulu
    Azmin jangan main politik gaya DSAI.

    ReplyDelete
  16. CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin bukan ahli parti PKR yang setia tapi sedang cari projek untuk dapatkan duit menanggong ahli keluarganya saja..... sama seperti Ezam Mohd Nor yang pada awalnya begitu hebat mempertahankan Anwar Ibrahim tapi akhirnya kerana duit masuk kedalam tong taik UMNO Baru dan jadikan Anwar sebagai musuh utama nya.

    ReplyDelete
  17. Ni Sumer Poyo...24 October 2014 at 18:23

    Haktuihhh

    ReplyDelete
  18. CHILL LA CHEGU BARD...kamu membuatkan pihak musuh terlompat-lompat seperti kera!! Haih...FOKUS PADA MUSUH KITA YG SEBENAR YG MASIH BERKUASA DAN TERUS MENGANIAYA MEREKA2 YG LEMAH..ADAKAH KAMU TELAH ALPA..haih..!!!

    ReplyDelete
  19. CkguBard .... buktikn tuduhan ko itu benar supaya ramai lgi ahli tak akn dipermainkn oleh Azmin yg bertunjangkan kekuatannya kpd Mak Lampir dan Sam Ketot, termasuk 2 pariah Manikavasagam dan Xavier. Semua Haramjadah ini berpura-pura baik di depan Presiden dan DSAI tapi berkomplot utk jatuhkan mereka. Mak Lampir dan pencacai2 dia tak payahlah nak brpura-pura tunjuk solidariti pd Anwar dipekarangan Istana kehakiman - engkau sebenarnya benci keluarga Anwar. Klau tak takk pulak masa mesyuarat negeri engkau suruh ajk undi Azmin mase krisis MB Selangir dulu. Bila hnya nama Wan Azizah dihantar, kau pura2 minta semua ahli sokong WA sbgai MB yg baru! Aku doakan agar Anwar tak dipenjarakan dan 3 orang Petualang Utama ni terimalah semburan keramat dari rakyat yg akan tau kebenaran nanti!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...