Saturday 18 October 2014

KERANA HUDUD, DAP SARAWAK SANGGUP TIDAK MAU BERTEGUR SAPA DENGAN PAS DAN PKR.



DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah 2 parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Kuching, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya


ULASAN OMAK KAU:-

Inilah dinamakan politik sombong, angkuh dan bongkak  .. jenis berpolitik tanpa ada rasa hormat pendirian rakan segagasan  .. jenis berpolitik mesti ikut cita rasa dan kemahuannya sahaja .. jenis politik ugut dan gertak jika kehendak tidak dipenuhi .. jenis politik merasakan dirinya sahaja yang betul .. politik hanya partinya sahaja yang benar tiada yang benar melainkan benar belaka .. jenis politik sanggup tikam kawan jika dah terdesak.

Akhirnya nanti akan menunding jari kepada PAS sebagai punca segala permasalahan dan perpecahan .. enggan berjiwa besar mau bertolak ansur sebaliknya bersifat kepala besar kuku besi.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

26 comments:

  1. Bukankah sebelum itu kepimpinan khawarij PAS berkata non muslim DAP lebih memahami islam dari saudara seagamanya dlm UMNO.. dikhabarkan pada para pengikutnya yg jahil lagi sombong itu ..jika adapun perbuatan DAP yg melanggar syariat islam atau menuntut pada perkara yg haram.. adalah semata2 kerana mereka tidak mengetahui ..bukan kerana mereka memusuhi islam.. maka diharuskan bertahaluf siayi dengan mereka (DAP) supaya kita (khawarij PAS) dapat mendakwahkan mereka dari dlm..setelah itu kita akan mendirikan negara islam sebenar dengan bantuan dan kerelaan sahabat non muslim kita ini walaupun mereka kekal kafir ..maka menangislah dlm kesyukuran akan sekalian manusia yg jahil dan sombong itu .. yg tidak dikhabarkan oleh kepimpinan PAS ..tahaluf siayi ini tidak berlandaskan syariat sejak dari mula lagi .. kerana tidaklah dilantik ketua@nakhoda diantara ketiga2 puak untuk diwala..untuk ditaati..untuk disepakati keputusannya .. sedangkan keperluan melantik ketua adalah syarat utama tahaluf siayi.. dlm apa jua urusan yg melibatkan lebih dari satu pihak .. buktinya ..hadi awang berkata tidak dilantik ketua melainkan hanya "bermuafakat" .. setiausaha MSU juga berkata demikian.. PAS itu 1/3 ..PKR 1/3 ..DAP juga 1/3 .. kerana itulah kamu mendapati banyaknya kerosakan yg mereka lakukan setelah mereka mendapat kuasa.. masih lagi mahu berkata DAP itu tidak memusuhi islam ?

    ReplyDelete
  2. Yang bongkak dan sombong bukanlah DAP.. tetapi PAS dan PKR ..kerana kepimpinan kamu dikuasai oleh penganut islam ..dan kamu juga sangat jelas pada matlamat penubuhan DAP .. kamu juga sanggup memenuhi nafsu kamu untuk bertahaluf siayi dengan mereka tanpa memenuhi syarat yg paling utama...kamu juga membuang syariat lalu mengambil hukum alam haiwan untuk mengikat tahaluf siayi kamu .. Cukup 2 pihak "bermuafakat" terlebih dahulu maka 1 pihak lagi wajib mengikut .. atau siapa yg berkuasa di sesuatu kawasan maka perancangan dialah yg wajib dituruti .. di selangor PKR "bermuafakat" terlebih dahulu dengan DAP dlm sesuatu perkara dlm banyak perkara dan kadangkala membuat keputusan berseorangan .. maka jika DAP bersetuju maka PAS wajib menurut .. di penang DAP sebagai ketua juga berbuat perkara yg sama ..maka PAS terpaksa juga menurut setelag PKR memihak pada DAP..di kelantan PAS juga begitu halnya ..lihatlah kecelakaan yg kamu bawa hasil sifat khianat kamu .. bagaimana pula jika kamu berjaya menawan kuasa pemerintahan .. andai PKR dan DAP bermuafakat terlebih dahulu ? wahai umat islam dlm PAS dan PKR ..sudahlah ..bertaubatlah .. kuasa yg kamu kejarkan itu akan mencampakkan kamu ke lembah kehinaan .. bersatulah dengan UMNO ..sejahat2 mereka .. selagi ia bersyahadah .. maka lebih afdal buatmu ..apatahlagi mereka juga sebangsa denganmu .. Kalau tak mahu.. katakan pada DAP .. tidaklah keadaan(hak) mereka dan agama anutan mereka itu boleh disamaratakan pada keadaan (hak)dan agama anutanmu ..buat semula tahaluf siayi dengan melantik ketua dari kalangan umat islam..bukan ketua mengikut kawasan atau ketua mengikut keadaan.. kemudian baru boleh mengambil kuasa dari BN.. itu lebih menepati syariat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat, Hebat, Hebat

      Komen Yang Bernas

      Delete
    2. Komen menarik tapi sayang,kurang pengetahuan.banyak kelemahan.masuk Islam keseluruhan nya bukan setakat cukup bersyahadah jer.jgn Islam pagi tetapi kafir petang nya.tahlul siayi tu aper kebenda nya?bila komen pastikan ko faham patah butir nya.nampak sangat kelemahan ko berpengetahuan.mcm nie punya komen bole 'claim' ker.

      Delete
    3. Terimakasih satu analisa yang sungguh baik dan tepat.

      Sebenarnya Pintu rumah UMNO sentiasa terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang bergelar Bumiputra. Jika anda seorang Islam dan berkahwin, pastikan juga anda datang bersama pasangan anda kalau tidak, mungkin pasangan anda yang tak datang itu meminta untuk berpisah dg anda atas sebab "akidah anda diragui".

      sekian . Salam

      Delete
    4. 00:02 komen kau baik tp ade perkara kau terlupa umno ade juga sahabat baiknye mca dn gerakan yg x kurang hebatnye dgn dap menentang hudud dn hukum islam. Lebih adil komen kau kalau pkr, pas dn umno bergabung dn umno juga meninggalkn mca dn gerakan....

      Delete
    5. Pkr bukan parti islam walau banyak di dalamnya islam.
      Bila2 masa boleh sahaja presiden pkr dipilih daripada bukan melayu tidak beragama islam.

      Dap sudah kuat dan berani untuk keluar dari pr.

      Setalah mengkeldaikan pas dan pkr.

      Delete
    6. Aku mengajak kamu supaya berfikir...bukan untuk kamu menjadi berpuak puak...BN tidak akan kekal berkuasa selamanya ..kejayaan pertama BN adalah mereka berjaya menaikan tiang seri dlm tahaluf siayi@kerjasama mereka ...tidakkah kamu malu atau kamu terlalu sombong atau terlalu jahil..dengan mendakwa kamu sedang bertahaluf siayi@ bekerjasama ..tetapi tidak mengangkat seorang ketua dari kalangan kamu ...bagaimana jika tahalufmu ini dianggotai oleh 4 pihak ..dan kamu berhadapan dlm sesuatu perkara dimana 2 pihak bersetuju dan bakinya tidak... kamu bernasib baik kerana hanya tiga senang membuat keputusan bersandar pada majoriti bagaimana jika 10...atau 8...atau 6.. itulah antara hikmah dan pentingnya dilantik ketua ...sekadar info BN disertai oleh 14 pihak..dan UMNO merupakan nakhodanya...kamu yg begitu megah dan sombong langsung tidak berupaya melantik ketua.cukuplah ..buat baru tahaluf siayi..insyaAllah akan diredhai Allahswt

      Delete
  3. Tarik rambut dlm tepung tp tepung x berselerak...

    ReplyDelete
  4. Omno lg teruk dulu,kini,selamanya...omno tipu melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakak.. hee hee hee..

      PKR Meliwat Ahli dan Pengundi Sendiri...

      Apa jadi dgn PRK Kajang?

      Kan Dah kena LIWAT dgn NUar Berahim Gila Bontot...

      Kau kemut kuat2 sikit eeek..

      Delete
  5. Biarkan anjing umno menyalak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie mesti baru Meliwat Mak sendiri...meroyan gila babi..

      Delete
  6. Sekarang pas rasakanlah.inilah bahalul sibasi yang pas mahu.kalau rasa pas sudah cukup kuat diselangor boleh sesuka hati u-turn dan lambat buat keputusan yg tidak memihak kepada PR, mungkin diSarawak Dap boleh belajar apa yang pas ajar iaitu Dap punyai Dun dan Mp sebaliknya pas belum pernah menang dun/mp.

    ReplyDelete
  7. Kapir mana nak hudud..

    ReplyDelete
  8. Hudud pas tak sokong pun takpe.

    ReplyDelete
  9. Pas tidak pandai cari kawan, kawan yang baik ialah kawan yang berterus terang.kawan penipu ialah kawan yang janji nak hudud tapi entah apa khabar hudud pas dan umno di kelate.

    ReplyDelete
  10. Kapir ni musuh islam dulu kini dan slamanya...tak heranlah kalau dia tolak hukum Allah sbb dia tu kapir..jenis org kapir ni lbh pada muka2 dan hati memang nyata busuk..
    Umno lagumana?..supa tula nggo.. dok dlm lubamg taik juga..nak cuci bkn mudah sbb lama sgt metakedaroh taik dah jado lazat...payahhh

    ReplyDelete
  11. Sejahat jahat DAP tidak pernah mengaibkan rakan atau bangsanya yang menjadi pesaing politik seperti yang UMPORNO lakukan pada DSAI.Jika hudud dijadikan alasan,sikap teman sebatal umporno iaitu MCA pun lagi teruk.Dulu saya memang respek umno tapi sejak madey ganti dengan umporno sejak itu saya say good bye pada umporno sebab umporno lagi zalim dan lagi jahat dari DAP keh keh keh

    ReplyDelete
  12. Langkah masuk naik ke putrajaya bukan langkah satu hari, ianya perlu masa dan tenaga sama jua langkah keluar turun dari putrajaya ianya telah memakan masa bertahun2 berlaku kerosakkan sehingga tidak mampu diperbaiki lagi.umpama buah yang sudah masak jatuh sendiri.Takan pas bawa rebah sedangkan jalan masih luas terang dan nampak kejayaan dihadapan.

    ReplyDelete
  13. "Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

    Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.

    Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.

    "Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.

    "Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.

    Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang.

    "Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang.

    "Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.

    PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.

    Parti Islam itu sebaliknya menghantar lebih daripada dua calon, menurut kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sedangkan rakan komponen PR dari PKR dan DAP bertegas menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

    Ekoran itu, walaupun krisis pelantikan MB Selangor sudah selesai, namun dalaman PAS terus berkrisis.

    Tareq bagaimanapun berkata, pakatan yang dijalinkan itu tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.

    "Itu bukan prinsip, itu taktik, jangan keliru," kata Tareq dalam ceramahnya di hadapan lebih 100 hadirin di Vistana Hotel, malam tadi.

    Konsep kerjasama politik PAS itu dikritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR adalah untuk "menghalalkan yang haram".

    Malah, beliau berkata PAS bijak menggunakan istilah Arab yang berbunyi seperti istilah Islam demi kepentingan politik mereka serta menuduh apa yang dilakukan Umno yang bekerjasama dengan MIC dan MCA adalah haram.

    Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohamed Asri Zainul Abidin berkata, perkataan tahaluf siyasi itu hanyalah bahasa Arab yang kelihatan seolah-olah menggambarkan Islam.

    Beliau berkata dengan menggunakan perkataan Arab, masyarakat akan melihat seolah-olah ia mewakili Islam.

    Tareq turut berkata, mana-mana pemimpin yang disokong seharusnya mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi, dan bukan atas faktor individu.

    "Jangan sokong atas faktor individu, tetapi sokong atas dasar prinsip," katanya.

    Beliau berkata, ilmu mahu pun tahap keimanan seseorang itu juga tidak melayakkan dirinya menjadi pemimpin yang baik tanpa keupayaan kepimpinan yang tinggi dalam dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktik apa ni.. islam tak mengajar taktik macam yg diperbuat oleh kepimpinan PR...mampukah kamu beritahu dengan yakin siapakah ketua yg sah dlm tahaluf siayi PR ini... anwar ke ..lim guan eng atau hadi awang.. kalau ini pun tak boleh bagitahu....tahaluf siayi ini bersifat menyeleweng dari syariaf islam... tahukah kamu taktik yahudi dlm memerangi palestin ... dicemar bekalan air mereka..disalur sisa kumbahan tanpa dirawat kelaut dlm wilayah palestin..ditahan segala pintu masuk ke palestin kecuali dengan pengesahan dari puak mereka terlwbih dahulu...ini pun taktik..matlamat tidak menghalalkan cara ...diulangi siapakah ketua hasil tahaluf siayi dari tiga puak itu...PKR ..PAS dan DAP..

      Delete
  14. Pas tidak bersama umno kerana umno menentang perlaksanaan hukum Allah swt tidak juga rugi pas bersama dlm pr yang menentang hukum Allah swt, apa lagi dap. Apa lah erti kemenangan di dunia jika perjalanan dan perjuangan parti tidak di restui Allah swt.. Hidup ini menuju akhirat, bukan menongkat langit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya sangat susah tatkala berbicara pada golongan yg jahil ... sori la sahabat .. tanyakan kepada mana2 kepimpinan PR siapakah ketuanya ... anwar..lim guan eng atau hadi awang ... itulah tiang serinya dlm sesuatu tahaluf siasi (kerjasama).. Sebagaimana sembahyang itu dikiaskan sebagai yiang pada agama... apakah jika kamu bergabung@ bekerjasama dlm sesuatu perkara maka kamu tidak melantik seorang ketua dari kalangan kamu ? seandainya kamu mengetahui betapa jeliknya sifat kepimpinan dari 3 puak itu ..apakah kamu mahu bertanding siapakah yg lebih durjana..lebih buruk ..lebih jahat antara kamu PR dan BN..? atau mahu melaksanakan syariat islam lebih banyak antara PR dan BN ? cukuplah kamu memperkatakan tentang kes liwat anwar ... lesen judi ..maksiat..rasuah..minyak naik..dll sedang dimasa yg sama kamu tetap juga meneruskan segala kemungkaran tersebut.. malu lah sekurang2nya pada dirimu sendiri ..jng jadi macam sipengembala dan binatang ternakannya

      Delete
  15. Pas tidak bersama umno kerana umno menentang perlaksanaan hukum Allah swt tidak juga rugi pas bersama dlm pr yang menentang hukum Allah swt, apa lagi dap. Apa lah erti kemenangan di dunia jika perjalanan dan perjuangan parti tidak di restui Allah swt.. Hidup ini menuju akhirat, bukan menongkat langit..

    ReplyDelete
  16. Dap hanya mau oktoberfest

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...