Thursday 30 October 2014

PELAKSANAAN GST ... MENTERI SARAWAK CAKAP HARGA RUMAH TIDAK NAIK TETAPI PRESIDEN PERSATUAN PEMAJU HARTANAH DAN PERUMAHAN MALAYSIA (REDHA) PASTI NAIK ... SIAPA YANG BERBOHONG NI??????




Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju  harga hartanah akan meningkat susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg  berkata pembeli tidak akan dibebankan dengan GST berkadar 6% itu kerana pemaju bakal menikmati potongan cukai input bagi bahan pembinaan yang mereka guna.

"Mereka memang perlu membayar GST bagi bahan tersebut, tetapi pada akhir rantaian (proses pembinaan), pemaju boleh membuat tuntutan semula GST terhadap bahan yang dibeli," katanya pada sidang media, di Kuching hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan berlaku pembelian tergesa-gesa disebabkan kebimbangan harga rumah melambung seperti diuar-uar oleh pemaju.

"Harga tidak boleh lebih tinggi daripada harga sekarang. Pada masa ini anda membayar 10 (peratus cukai kerajaan) campur 6 (peratus cukai jualan). Jika ia (GST) pada 6%, harga patut lebih rendah. Itu baru logik," katanya.

Abang Johari berkata kementeriannya akan menganjurkan seminar khusus mengenai GST bagi semua pihak berkepentingan pada 20 Januari depan, bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai implikasi cukai tersebut.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan  mewujudkan mekanisme bagi menampung keperluan perumahan jika penawaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Beliau berkata dua anak syarikat kementeriannya, Daya Builders Sdn Bhd dan Mutiara Mortgage and Credit, masing-masing akan memainkan peranan sebagai pemaju perumahan dan pemudah cara pembiayaan.

Menurutnya pendekatan itu juga bertujuan mewujudkan persaingan dengan pemaju swasta yang dipacu keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan.

"Syarikat (Daya Builders) tidak terlalu bertujuan membuat keuntungan kerana objektif utama ialah menyediakan perumahan berkualiti dan mampu milik untuk rakyat," kata Abang Johari.

Beliau juga berkata Ordinan Pembangunan Perumahan Sarawak (Kawalan dan Pelesenan) 2013 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2013 akan dikuatkuasakan 1 November ini.

Beliau berkata undang-undang baharu itu akan mempertingkat perlindungan terhadap hak dan kepentingan pembeli rumah termasuk dalam isu projek terbengkalai. – Bernama .. 29 Oktober 2014.


PELAKSANAAN
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 akan memberi impak negatif ke atas industri hartanah, sekali gus memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah terutama kepada pembeli rumah mampu milik.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, selain pelaksanaan GST, kenaikan harga rumah juga didorong oleh beberapa faktor iaitu kesukaran pemaju mendapatkan pekerja selain soal gaji dan kekurangan pekerja.

“Faktor kedua adalah disebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata.

“Pemain industri merasakan adalah perlu untuk melanjutkan penarafan cukai sifar ke atas bahan binaan utama ini bagi membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih baik,” katanya selepas mengumumkan Laporan Kajian Industri Hartanah Rehda, di Kelana Jaya, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan GST akan menyebabkan tambahan kos lain yang mana pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu setem duti, cukai keuntungan harta tanah, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan.

“Kami juga mahu agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan setem duti kepada empat peratus dan mengekalkan kadar maksimum tiga peratus seperti dinikmati sektor hartanah sekarang,” katanya.

Sementara itu, hasil kajian laporan itu ke atas 150 pemaju dari 12 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati jumlah pelancaran unit perumahan bagi tahun kedua 2013, menurun berbanding tahun sama sebelumnya.

“Prestasi jualan turut mencatat penurunan 20 peratus berbanding separuh tahun pertama 2013. Bagaimanapun pembeli tempatan masih mendominasi pasaran hartanah dan pembelian adalah bagi tujuan kediaman sendiri,” katanya. ... SH .. 11hb Mac 2014.

AGAK-AGAK CAKAP SIAPA YANG BETUL DAN BOLEH DIPERCAYAI??????

11 comments:

  1. Cakap orang politik dengan cakap orang meniaga ada beza walaupun pada akhirnya kedua duanya bermotifkan untuk meraih keuntungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang meniaga mesti nak untung lebih. Kalau cukai turun dari 16% ke 6%, baki 10% pemaju akan ambil.
      Dia akan charge lain lain barang.

      Delete
    2. salam,
      salah sebab saudara bukan perniaga maka tak faham cara berniaga bukan semata2 hanya fikir untung sj kalau tiada pembeli apa guna letak harga tinggi! cuba berfikir secara betul bukan ikut bayangan semata2.
      kalau sy...akan kata pihak berniaga betul pihak kerajaan salah dari segi perkiraan gst yg betul.
      tahu ke saudara perkiraan gst ????
      bila ada jualan disana ada GST.
      kalau sst???
      hanya utk jualan tunggal shj iaitu yg pertama kecuali peniagaan francais seperti kfc.
      jadi sst 10% atau lebih bila barangan mula diproses, dan lepas itu tiada cukai tambahan yg lain kecuali francais seperti kfc dll.
      lain pula gst kerana bila ada jualan pasti ada gst maka berapa kali???
      anggap lah 3 kali maka sudah 18% maka mana lebih tinggi????
      saudara kena fahami betul2 sebelum berfikir maksud GST!!!
      kita bukan bodoh kenapa nak percaya kata kerajaan bulat2 sebab mrk bukan ahli perniagaan maka bagaimana mrk tahu proses perniagaan dijalankan!!! takat menteri kewangan atau lain mrk sudah tahu ke semuanya dgn secara teliti???? sy tak harapkan saudara percayakan saya sebab tak kira mahal murah saudara sdr juga yg tanggung kehidupan saudara sdr bukannya saya.

      Delete
  2. Yg paling pembohong skali brother anwar bin ibrahim...bideo durasi 3 min nurul...merayu...meratap...terdesak ..cemas...minta sokongan hadir istana keadilan ....dng selamba muka x malu minta rakyat sokong....bila bab nepotisma pemimpin spt kalid ibrahim di campak keluar suara rakyat dihumban keluar...ptuuii....baka pembohong untuk macai pembohong....puiiiiii

    ReplyDelete
  3. Sudah sampai masa untuk rakyat malaysia menetap dlm caravan atau kontena. Di negara maju kehidupan ala nomad adalah normal. #Jom jadi nomad

    ReplyDelete
  4. Perkara ini terlalu subjektif. Jika REHDA itu bersama dengan kerajaan, banyak masaalah boleh di selesaikan. Apa yang di lihat berlawanan dengan dasar-dasar pelaksanaan kerana mereka hanya cenderung kepada keuntungan maksima dan kebajikan pemaju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      saudara...apa dasar2 kerajaan apa ke saudara tahu dasar2 itu???? semua dasar hanya dasar dalam kertas shj apa dasar dgn perlaksanaan akan sama ke saudara???? harga rumah mahal bukan hanya sebab bahan mahal sj, malah tenaga kerja, masa perlaksanaan, lakunya jualan dan permintaan dll. semua ini boleh melambungkan harga rumah . GST langsung tak begitu menakutkan harga rumah naik sebab ini hanya naikkan harga bahan yg digunakan . yg lebih ditakutkan adalah harga tanah sebab tanah akan makin kurang malah ada yg tak nak jual dll, maka harga tanah sgt mahal secara tak langsung harga rumah tinggi , tetapi tahu ke saudara harga kedai lagi mahal malah terus naik???? maka peniaga perlu tak tempat perniagaan ??? jadi sewa mahal kan??? kalau perniaga tak untung lebih sikit bagaimana mrk nak tanggung sewa kedai??? berapa harga airbland pernah saudara beli??? tahu ke saudara air itu berharga belasan ringgit!!! malah ramai anak muda membelinya walaupun harganya tinggi maka harga tetap harga namun harga terpulang pada kita utk menerima atau tak harga itu .....kalau saudara rasa mahal jangan beli .....biar org lain yg mahu membelinya . maka ini membuktikan apa???? saudara tak mampu atau kemampuan saudara terhad tetapi tidak pada org lain .
      jadi berfikir bukan bagi pihak saudara tetapi kepada semua org , maka pasti ada yg mampu dan tak mampu ....kalau harga rumah tak naik adakah ke org akan membeli ???? maka semua org berfikir untung bila beli masa harga rumah naik jadi rumah laku macam pisang panas. kalau bila harga rumah tak naik2 atau tak laku harga rumah akan jatuh sdrnya sebab mudah org akan lepaskan utk ambil balik wang mrk.
      maka jangan salahkan peniaga semata2 tanpa mrk mana saudara nak beli barang????maka berfikir ikut fahaman yg betul bukan hanya pandai nak salahkan org lain disebabkan diri tak berpengetahuan dalam perniagaan.

      Delete
  5. Kerajaan tidak menetapkan harga siling rumah...teres 2 tingkat biasa di lembah klang sekarang 500k - 700k pemaju dan kerajaan yang untung rakyat didahulukan

    ReplyDelete
  6. dari segi logik siapa yg giginya jongang lebih mudah berbohong

    ReplyDelete
  7. kalau giginya jongang dan pakai baju batik sutera memang sah pembohong tegar

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...