Wednesday 29 October 2014
HARI KEDUA RAYUAN LIWAT II .. PENYOKONG ANWAR YANG TURUN KELIHATAN LEBIH RAMAI DARI SEMALAM.
Walaupun lebih ramai dari semalam namun dari segi jangkaan masih lagi tersasar dan tidak menepati harapan penganjur... Esok masih ada .. apakah jumlah akan meningkat lagi????
Hari kedua pendengaran rayuan terakhir kes Liwat II Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal menyaksikan lebih ramai penyokong membanjiri jalan utama di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.
Lebih 1000 penyokong Anwar berbaju hitam dan merah mula berarak sejauh 300 meter pada pukul 8.30 pagi tadi sambil melaungkan "Reformasi", "Hidup Anwar" dan "Bangkit Rakyat" menuju ke Istana Kehakiman.
Antara pemimpin yang kelihatan hadir memberi sokongan adalah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Mereka dikatakan mahu berunding dengan polis agar membenarkan penyokong berhimpun lebih dekat sedikit dengan bangunan Istana Kehakiman.
Beberapa aktivis Pakatan Rakyat (PR) turut memberi ucapan sementara menunggu kedatangan Anwar.
Anwar tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 8.50 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga.
Sebaik sahaja mengangkat tangannya, penyokong bersorak melaungkan "Reformasi" sebelum berjalan masuk ke mahkamah.
Penyokong juga merancang mengadakan solat hajat pada 10 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
*sangap*..boringlah. org semua dh kenal sapa Anwar Ibrahim. kaki kelentong.
ReplyDeleteNajib & ketrunn umngok lg boring sial.xabis2 kelentong melayu islam siang mlm lebih 50 thn.sume org tau umgok mngekalkn nepotisme dulu kini & selamny.prangai dh mcm hram,bodo pulak tu,blasah duit royalti minyak org melayu,rizab tnah mlayu ilang..boring bodo umngok sial ni.
Deleteya Allah, hindari lah Anuar jadi pemimpin negara ini, Amin
ReplyDelete