Wednesday 22 October 2014

JEMPUTAN KE MAJLIS SELAWAT PERDANA PIIACUF 2014 DI DATARAN PUTRAJAYA PRESINT 3 PADA 31HB OKTOBER 2104 BERSAMAAN HARI JUMAAT MULAI JAM 9.00 MALAM.




Dari Sayyidina Anas radhiyAllahuanhu bahawa Rasulullah sallallahu'alayhiwassalam pernah bersabda; "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari qiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
..........................
.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke Majlis Selawat Perdana Piiacuf 2014 bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3 Putrajaya hari Jumaat 31oktober2014 mulai jam 9 mlm.

Majlis Selawat bersama Habib Syech Abdul Qodir AsSegaf, tausiyah oleh Habib Ahmad bin Novel bin Jindan serta diiringi oleh Ustaz Kyrel Al-Gayauwi, Nur Ahli Badar, Inteam & Lah Ahmad.

Masuk adalah percuma dan bawa seisi keluarga dan jiran tetangga, sebarkan majlis penuh rahmat ini!

22 comments:

  1. YB ixzah, program jeni's ni kamu kena hadir bukan pi function sentuh anjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROSMAH MANSOR JKK22 October 2014 at 20:53

      Jangan sibuk hal orang... kau tu gi tengok.. kau tu jahil sangat... kah kah kah

      Delete
  2. Jika pada kemungkaran yg dilakukan pemerintah ..kamu tidak segan mencela..melaknatnya ...kalau tak dapat hadir pun ..wajib kamu mendoakan kebaikkan buat pemerintah atas program selawat ini..barulah menepati syariat..terima kasih pada blog ini walaupun ia selalunya menjadi batu api ..tetapi ia juga mampu menjadi batu permata..(bersifat adil) ..baguslah begini...kerana kayu ukur seseorang itu sangat bergantung pada ilmu yg ia miliki ..dan sangat berat untuk berlaku jujur pada ilmu yg dimiliki.... kita semua lebih kurang kan..

    ReplyDelete
  3. Kalau kearah kebaikan tak ada masalah.
    Kita cuma beza politik saja.
    Tapi kearah kebaikan kita patut bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, kalau pm dn isterinye hadir lg elok dpt tengok pm pakai jubah berketayap dn isterinye bertelekong litup, bukan selalu dpt tengok mereka begitu kalau x de function mcm ni....

      Delete
  4. Kalaulah begini fahaman semua umat islam. Alangkah bahagianya saya lahir sebagai islam di malaysia

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Kan baik begitu omak kau...

    ReplyDelete
  6. Ini pandangan DRMAZA , aku hanya sampaikan saja.
    ----------------------------------------------------------------------

    NABI S.A.W SERING HADIR KE MALAYSIA?

    Saya membaca di Malaysia ada dakwaan kumpulan yang menyatakan Nabi s.a.w sering hadir dalam majlis bacaan maulid mereka sehingga ada yang siap melambai-lambai tangan kepada Nabi s.a.w yang kononnya muncul......

    Sesiapa yang nak tau lebih lanjut boleh masuk ke :-
    http://onekuliah.blogspot.com/2014/09/dr-asri-kalangan-habib-tarekat-mendakwa.html

    ReplyDelete
  7. Selawat nabi bukan main lagi. Amalan dan sunnah nabi saw ada ikut???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lbih baik dripda tiada lngsung..mgkin dgn mghdiri prgrm salawat tu ramai yg dpat hidyah utk tgktkn lg amalan baik..sbnarnya org yg hdir progrm tu dh jlas adlh orng2 yg mendpt hidayah wlaupn amalan yg lain masih kurang bbnding yg hnya tahu.mncri silap orng lain dn brangapan diri sndiri dh smpurna.

      Delete
  8. Amik sparuh2 jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di alam Melayu, rata rata semua orang Melayu telah menerima kalam nabi yang ke 26

      Semua orang Melayu beramal dengan kalam tersebut waimma secara pasif

      Kalam nabi yang ke 26 dengan jelas menyebut jika ada mana mana peruntukan undang undang peratoran yang bercanggah dengan kalam ku ini maka ianya terbatal dengan sendirinya setakat mana yang bercanggah itu

      Mau takat nak berimpun nak berselawat tadak apa apa
      Nak posa tiap tiap hari pun tak apa apa
      Nak semayang siang malam tak berentilangsong dia tak marah

      ASAL jangan beramal dengan pekara yang bercanggah dengan kalam ku ini
      seperti merejam orang bezina
      sebat orang matekedarah arak
      kerat tangan penyangak kawag

      ni semua becanggah dengan kalam nabi yang ke 26 di alam Melayu

      Masaalahnya orang Melayu ni kalau tanya tak mengaku ada nabi 26
      tapi peel perangai amalan sehari hari 100% taat kepada kalam nabi 26

      Allahhu 'aklam

      Delete
  9. Amalan baik krna la sokong....

    ReplyDelete
  10. Habib ni maseh berlegar lagi disini....dia ni arab nusantara ka? ...kita bersangka baik bukan mengata....Aina lillah hiwaina lillah hirojiuuun

    ReplyDelete
  11. Baginda Rasulullah s.a.w. suruh mentauhidkan Allah s.w.t., patuh kepada petunjuk dan larangan Al Quran, mengikut sunnah baginda. Itu yang penting bukan duduk berselawat beramai-ramai. Jangan mudah tertipu. Hari tu buat selawat kat Ampang. Kesian budak-budak belia jahil yang terlibat. Diberi jubah dan dipakaikan serban. Bayangkanlah budakbudak samdul yang bukan kaki masjid dibuat begitu. Kelakar betul. Ada yang pakai serban macam pakai bandage kat kepala selepas jatuh motor!! Tak de kerja lain ke? Lagi elok yang tak tahu mengaji tu pergi mengaji. Yang tak yakin dengan solat tu belajar balik dan belajar fardhu ain . Bukan salah selawat tapi selawat beramai-ramai tu macam ajaran baru pulak. Yang alim ulamak tu tolong cerahkan apa-apa hadith dari Baginda s.a.w. mengenai projek selawat ni. Yang dah tentu ada orang buat duit untuk projek. Masyuuuukkkk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni betul2 taasub pada PR .. kerana apa sahaja perkara baik yg datang hasil dari usaha pemerintah ..manusia yg sombong macam kau akan mencari kekurangan dan berpegang padanya... mungkin kau boleh menipu org lain tetapi jgn kau menipu dirimu sendiri... sakit kau ni

      Delete
    2. Mmg nyata rata2 pentaksub PR sakit mental dn otak tenat pkra baik pun klu dtng dri pmeritah semua depa nk.spin..btul tu udah2 ler tipu dri tu.

      Delete
    3. 18:23 same 19:02 sebenarnye kau yg sakit, 14:16 cakap pasal amalan selawat kau org pusing ke politik, dia x sebut pun umno yg anjur, kau org x pasal2 terasa ape hal babit2kn pr pulak, kau org ni x reti membaca ke, sah kate madey yg ade dlm umno semuanye bodoh2 belaka, ni aku tambah lak "bukan hanya bodoh2 belaka ttp ramai yg sakit jiwa" ...he he he

      Delete
    4. Lucunya kamu ini .. aku tidak berniat mahu memanjangkan pada pandanganku ini..jika sesuatu program melibatkan putrajaya ..pastilah ia dijayakan oleh sipemerintah.. sejak dari program selawat yg pertama lagi ...telah dibawakan pada persoalan berbentuk sindiran..berapa kos yg dikeluarkan ..ada kemungkaran yg lebih besar yg masih diperbuat oleh sipemerintah jika nak dibandingkan dengan sekadar program selawat..mengapa dijemput org luar..apa niat dilakukan..cukuplah ye wahai sahabat...semoga kamu berjaya

      Delete
  12. klu selawat tulus ikhlas mmgle terbaik...tapi klu selawat kerana agenda politik...ambik lah dkt akhirat nnti...

    ReplyDelete
  13. Tak pernah dengar pun orang Islam kat Makkah dan Madinah buat selawat ramai-ramai. Inilah Melayu haprak. Semua nak diubah. Budayanye, bahasanye...alih-alih ubah ugamanya. Kalaulah perkara tu betul dah lama ulama suruh buat!!. Bodoh punya melayu. Dahlah bodoh lepas tu sesatkan orang lain yang.....memang ramai yang bodoh!! Tak nak pulak tu pergi solat subuh kat masjid dan surau beramai-ramai. Biar nampak yang awak tu taat kepada nabi. Biar jam kat KL, JB, Ipoh dan sebagainye pagi-pagi buta. Apa nak buat dah ramai sangat yang bodoh. Sabau ajelah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menghadirkan diri di majlis selawat bukanlah satu kesalahan. Malah amalan selawat ini mempunyai kelebihan dan kerahmatan. Tetapi majlis selawat pada hari ini mempunyai banyak kelemahan dan lebih kepada bersifat hiburan. Majlis selawat hari ini juga byk berlaku pembaziran dengan penyediaan pentas, lighting, alat muzik dan wujud unsur bayaran yg dibayar kepada individu dan kumpulan tertentu yg hadir menjayakan majlis selawat. Mereka dibayar untuk berselawat. Ratusan ribu ringgit diperuntukkan untuk majlis selawat ini. Apa salahnya kalau majlis selawat dianjurkan oleh pihak masjid. Setiap masjid di kawasan masing2 boleh menganjurkan majlis selawat di dalam masjid mengikut hukum islam yg dibolehkan. Kenapa kita perlu membazirkan ratusan ribu ringgit menjemput individu atau kumpulan tertentu dengan membayar wang. Bukankah selawat ini satu ibadah yg tak perlu melakukan pembaziran. Kita juga perlu sedar yg kita tidak boleh melebihkan majlis selawat dengan ibadah lain yg lebih penting dan wajib ditunaikan. Ada hadirin yg terlepas solat maghrib kerana lewat hadir dimajlis selawat kerana jalan jem dan sibuk cari parking ditempat selawat kerna parking yg terhad. Ada hadirin yg tidak bole bangun solat subuh kebesokan hari kerna pulang lewat dan penat selepas majlis selawat pada malam sebelumnya. Sepatutnya kita sibuk menjaga solat lima waktu yg wajib terlebih dahulu sebelum kita sibuk dengan majlis selawat. Kita sepatutnya berusaha solat berjemaah 5 waktu yg lebih penting daripada majlis selawat. Nabi Muhammad juga telah mengingatkan kita menjaga solat, apabila baginda menyebut solat sebyk 3 kali sebelum baginda menghembuskan nafas yg terakhir. Gunalah akal kita dalam beramal ibadah. Janganlah kita beramal yg sunat dlm keadaan kita berdosa. Wallahualam.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...