Friday 24 October 2014

KETUA DEWAN ULAMA MUDA UMNO SEDUNIA BERITAHU, RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN SELITER, RUPA-RUPANYA RAKYAT DALAM DIAM, BERSABAR DAN BERSYUKUR.




SEGALA
puji bagi ALLAH SWT. Alhamdulillah, moga setiap tulisan dalam kolum khas An- Nasihah ini memberi sedikit ilmu yang saya kongsikan bersama pembaca. Sabar dalam menulis dan bersyukur, kerana diberi peluang pihak akhbar untuk berkongsi ilmu dengan pembaca.

Kini masyarakat di negara ini mengalami dilema. Jika kita lihat rata-rata meluahkan perasan ketidakpuasan hati terhadap pemerintah tentang kenaikan harga minyak dan Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Masing-masing ingin menjadi pakar ekonomi dan pakar kewangan. Di sana sini ada sahaja yang saling mencaci, dan mempertikaikan tentang apa yang dilaksanakan kerajaan.


Perkara ini amat dikesali, kerana ia sering kali terjadi pada masa kini. Adakah kerana masyarakat kini lebih hebat dan cerdik daripada masyarakat terdahulu? Sehingga apa sahaja yang dilakukan pemerintah, sepertinya ada sahaja yang tidak baik dan salah.


Di mana silapnya? Lebih menyedihkan apabila wujudnya pihak yang bijak pandai dalam agama, dan ilmu dunia yang menjadi ikon kepada masyarakat menghina dan memperlekehkan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan ini.


Seperti baru-baru ini, seorang agamawan yang hebat, cerdik, lagi dikenali ramai telah menyamakan kerajaan Malaysia seperti seekor haiwan yang tidak sepatutnya. Sungguh mengaibkan. Sewajarnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana sudah tentu seorang tokoh yang dikenali, cerdik dan petah berkata-kata itu sangat memahami adab dengan pemerintah yang diajar dalam Islam.


Islam adalah agama yang mulia, indah dan suci. Maka jangan dicemarinya dengan perkara yang boleh menampakkan Islam itu buruk dan hina.


Sabar tanda orang beriman


Wahai sahabat dan saudara seagama ku. Di sini kita perlu waras dalam berfikir dan bertindak, mengikut syariat Islam. Apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sabarlah wahai saudara ku dalam menghadapi ujian ALLAH SWT ini.


“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.” (Surah Al-Imran: 139)


Saad bin Abi Waqqash berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan dugaannya.” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Golongan nabi kemudian yang menyerupai mereka. Seseorang diuji menurut kadar keimanannya. Kalau imannya lemah dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan kalau imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (berat). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.” (Riwayat Bukhari)


Memang benar isu kenaikan minyak dan GST telah membuat ramai masyarakat merasa tidak selesa dan akan terbeban terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Namun jika dilihat, dalam pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini. Masih kelihatan banyak kebaikan daripada kekurangan yang cuba pemerintah lakukan untuk negara.


Namun bila hati sedang bergolak, dan minda diracuni, maka api dalam diri mula membakar. Namun jangan sesekali kita lupa beristighfar dan kembali mengingati ALLAH. Sebagai Muslim, kita harus kembali jadikan agama sebagai penguat iman. Sabar, berdoa, dan bersangka baik.

Dengan cara memikirkan kebaikan lain, yang pihak pemerintah laksanakan untuk kita.


Adab dengan pemerintahan


Jika lihat pemerintah di negara kita, mereka masih sangat baik dan lembut, jika dibandingkan dengan ujian yang dilalui golongan nabi dan sahabat terdahulu. Firaun antara pemerintah yang zalim pada ketika zaman nabi dan sahabat. Namun lihat bagaimana ALLAH SWT utuskan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS untuk menasihati Firaun.


ALLAH SWT memerintahkan Nabi Musa dan Harun untuk menasihati firaun: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Taha: 43-44)


Pemerintah negara kita yang jelas seorang Muslim dan menunaikan solat, zakat dan haji, yang kononnya dikatakan zalim lebih berhak mendengar kata-kata yang lemah lembut daripada seorang alim yang akan menasihati dan memperingatkannya. Bukan dengan cara berdemonstrasi, mencela, memaki hamun dan mengaibkan pemerintah tersebut.


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau hendaklah dia diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Musa al-Asy’ari berkata: “Golongan sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, Islam apakah yang terbaik?” Beliau bersabda, “Iaitu golongan Muslim yang selamat daripada lisan dan tangannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sebagai Muslim, kita harus takut dengan larangan ALLAH dan mentaati setiap yang diperintahkan ALLAH. Kerana ini yang melambangkan sifat Muslim yang sejati. Namun, mengapa dalam kehidupan seharian kita sering ingkar dengan nasihat ALLAH dan Rasul. Di manakah rasa cinta tersebut?


Ganjaran sabar dan syukur


Dalam menghadapi ujian ini, kita disarankan untuk bersabar dan bersyukur dengan nikmat yang diperoleh sekarang. Kita seharusnya mensyukuri apa yang pemerintah berikan kepada rakyat, walaupun sekecil mana pun pemberian tersebut.


Ini adalah antara rahsia ALLAH melipat gandakan nikmat kepada kita. Ketika mana kita bersabar dan mensyukuri nikmat yang diperoleh, maka kita akan mendapat keberkatan tersebut oleh ALLAH SWT.


Tanda orang bersyukur ialah tidak memperkecil-kecilkan pemberian ALLAH, tidak bermasam muka dan merungut jika mendapat sesuatu yang kurang daripada yang diharapkan, tidak kufur nikmat, dan sentiasa reda dengan pemberian-Nya.


Dalam beberapa ayat di dalam al-Quran terdapat bukti dan keterangan ALLAH akan memberikan ganjaran, menambah dan memberi kurniaan-Nya dengan syarat kita bersyukur. ALLAH SWT berfirman “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.” (Surah Ali Imran: 145)


ALLAH SWT berfirman: “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.” (Surah Ibrahim: 7)


Tanggungjawab Muslim


Ramai menyangka bahawa yang nikmat itu adalah rezeki dalam bentuk kebendaan, harta dan wang ringgit dalam kuantiti yang besar. Padahal tidak kerana nikmat daripada ALLAH itu merangkumi segala-galanya.


Antaranya nikmat sihat, sempurna, bahagia, keselesaan, nikmat rezeki anak, suami isteri solehah, negara yang aman, kemudahan dalam negara yang sistematik dan terbaik, nikmat sistem pendidikan sekolah, nikmat memiliki pekerjaan yang baik dan banyak lagi.


Tahukah kita nikmat yang sudah kita peroleh itu sudah sangat banyak, jika kita berusaha untuk menyebutkannya, kita tidak akan mampu. Namun ramai yang masih belum menyedarinya. Seperti yang dijelaskan dalam al-Quran.


“Dan ALLAH telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohon kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.

Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat ALLAH)." (Surah Ibrahim: 34)


Marilah kita bersabar dan mensyukuri nikmat daripada ALLAH SWT agar memberi keberkatan melalui pemerintah sekarang. Nasihat ini ikhlas untuk seluruh pembaca artikel ini. Dan jauh sama sekali ingin bersifat mengampu pemerintah. Ini hanyalah tanggungjawab daripada seorang Muslim kepada Muslim lain.


Diriwayatkan daripada Ibnu Asakir dalam Tarikh Damasyq, dan At-Tabrizi dalam An-Nashihah (halaman 97), Ibnu al-Mubarak mengatakan, “Siapa yang meremehkan ulama maka lenyaplah akhiratnya. Siapa yang meremehkan umara maka lenyaplah dunianya. Dan, siapa yang meremehkan saudara-saudaranya, maka lenyaplah sikap keperwiraannya.”


Moga kita semua sentiasa menjadi Muslim yang kuat dalam bersabar dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat ALLAH kepada kita. Moga ALLAH SWT memberi taufik dan hidayah kepada pemerintah serta memberi keamanan dan keberkatan kepada negara kita.


Dr Fathul Bari Mat Jahya
Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU )

25 comments:

  1. Ni Sumer Poyo...24 October 2014 at 18:55

    Haktuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulama umngok hanya pandai nasihat rakyat..tapi telur kecut bila nak nasihat pemimpin..aku cabar ulama pro kerajaan buat huraian yg panjang lebar bab rasuah,salah guna kuasa,zalim,arak ,Judi Dan mkn suit haram kemudian kirim pada setiap pemimpin untuk berdakwah pd mereka..ada berani ka...harap jgn jadi "ulama anjing"...

      Delete
  2. Curry Balls punya pendapat.....

    ReplyDelete
  3. Anwar pun 2x5. Pi buat dajjal kat TSKI, che GU bard, serang pas habis habisan kanji ahli bersyukur

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada omak kau...semoga Allahswt merahmati anda dan saya ...terima kasih juga kerana sudi dan berani menyiarkan perkara yg haq .. jnglah takut andai kamu turut dicela ...kerana sedangkan anda mempertahankan tan sri khalid pun tidak terlepas dari celaan manusia yg sombong dan jahil itu.. apatahlagi jika kamu mempertahankan sesuatu yg lebih menepati syariat islam..biarkan mereka menjadi pelakon dlm sandiwara ciptaan mereka ...supaya menjadi teladan bagi golongan yg mahu berfikir...nasihatku ..tinggalkanlah golongan yg sombong dan jahil itu..berbanding dengan aku ...kamu wahai sipengendali blog omak kau lebih dekat dan lebih mengetahui buruk baiknya golongan politik itu

    ReplyDelete
  5. Anwar pun 2x5. Pi buat dajjal kat TSKI, che GU bard, serang pas habis habisan janji ahli bersyukur

    ReplyDelete
  6. Agama untuk golongan marhain je... Hahaha sian rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO tetap yg terbaik org melayu perlu mgakuinya. Bersyukurlah UMNO masih ada membentingi melayu wlaupun sebhgian kecil ada yg berperangai tahap sial.

      Delete
    2. Kah kah kah kah kah kah ... ooops! terlebih sudah .....

      Delete
  7. Anwar ckp bab sentuh hanjing pun ulamak terpekik terlolong .....anggap remeh temeh ...klu bab bejubo 4 cm stok kunyyit sepol pun dia rembat bukan sentuh lagi dahhh....orang letak ape jer hukum suma dia remeh kan......haakkktuuuuuuiihh

    ReplyDelete
  8. Betul lh kata dr maza, mamat ni terasa dia mcm dr maza kata tu kut .... mamat ni sape yg iktiraf dia ulama, mt umno ke? ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa sokom! Anjing tengah terjelir lidah tu heh! Banyak jugak air liur dia ngah menitik tu..

      Delete
  9. Salam Maal Hijrah kepada omak kau dan para pengomentar budiman.

    Hijrah minda, hijrah akhlak dan hijrah kehidupan kepada keadaan lebih selesa. Jangan biar musuh Islam merobek kehidupan yang di rahmati Allah SWT ketika ini.

    Bersama bersatu padu.

    ReplyDelete
  10. Makcik bibir merah tu jande ke?

    ReplyDelete
  11. Haram jadah suruh org bersabar...suruh pemimpin umno bersabar bg gaji 1500 je...bru dia org tau bole sabar ke x....ustaz cari mkn bodek umno..makcik bibir merah kaki kolom...ckp berhadis...tp semua hukum kau langgar...dasar mak bapk kau org umno x mandi junub lpas wat projek...bodoh sampai lubang kubor...finari jahanam sama umno..
    Umno barua n tali barut british.....ya allah kau laknat la pemimpin umno n ustaz umno yg menyesatkn manusia...kau cabut la nyawa ahli keluarga mereka...kau hapuskn la umno dt bumi mu ini ya allah ya tuhanku..
    Amin ya rabi alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat bertenang bro jgn emo sngt...

      Delete
  12. 00-28...fuhhhh...cayalah

    ReplyDelete
  13. Hahahahahahahahaha...hebat penulisan ko..tapi ianya akan tidak berguna sekiranya penulisan itu disalahgunakan untuk duniawi semata-mata..faham la tu..xfaham memang bodola..hahahahahahahaha..!!!

    ReplyDelete
  14. Ada ulama yang Allah bandingkan seperti seekor anjing...spesis ulama carma @ cari makan maa keh keh keh

    ReplyDelete
  15. ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah

    ReplyDelete
  16. aku SYUKUR gaji aku 1000 sebulan tapi aku tak SABAR bila kerajaan Be eNd menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
  17. Habis klu pemimpin bg air paip kat rumah dari air longkang kena bersyukur jugak ke..

    ReplyDelete
  18. Negara belum maju tapi billionaire ramai dengan meminjam dana melalui kroni mereka. Tahu kah anda negara kita lah yang paling kaya di dunia jika di nisbahkan pendapatan dengan pendudok.Sebab rasuah, rakyat jadi susah.Supaya rahsia penyewengan mereka tak pecah, mereka sanggup fitnah DSAI, menipu pada pilihanraya dan kontrol semua media supaya melaku kan propoganda untuk menutup apa kesalahan kerajaan terutama rasuah.Di Malaysia masih ramai rakyat yang isi rumah dapat kurang dari Rm1500 sebulan tapi mereka spin kata dapat RM3500.Pasal itu media mereka mahu kontrol.Mana saham 52 billion bumiputra?Ada orang sam[pai mati pun tak dapat satu saham?

    ReplyDelete
  19. Tak payah nasihat...semuanya penipu!!!!!!

    ReplyDelete
  20. Ya Allah ya Tuhanku, hidup ku, keluarga ku, dan saudara mara ku dalam kesulitan, maka Engkau berilah juga kesulitan kepada yang memerintah, kepada keluarga-keluarga mereka yang memerintah dan juga kepada mereka yang menyokong pemerintah yang zalim ini. Amin!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...