Friday 31 October 2014

PENGASUH YANG IKAT KANAK-KANAK BERUSIA TIGA TAHUN DI HERET KE MAHKAMAH MENGIKUT SEKSYEN 31 (1) (a) AKTA KANAK-KANAK 2001.




BUTTERWORTH
: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lepas.

Noor Faezah Rahman, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Blok A-8-19, Flat Seri Pinang di sini pada kira-kira 10 pagi, 28 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diiikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.

Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Dis depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Terdahulu, semasa  merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.

Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.

2 comments:

  1. Sian... Tertekan nak cari duit lebih...nie...

    ReplyDelete
  2. Sepatut nya yang di ikat pemerintah yang kuat rasuah, kerana menyusahkan rakyat kerana hutan berbillion billion dan beban rakyat suami isteri bekerja.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...