Tuesday 21 October 2014

PANDAMARAN, KLANG DILANDA PUTING BELIUNG.



Kejadian ribut kuat dipercayai puting beliung telah melanda Pandamaran, Klang, Selangor pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan teruk kepada beberapa buah rumah disini.

Kelihatan dari kiriman gambar jelas ada rumah flet yang tercabut atapnya .. sudah pasti para penghuni rumah flet ini yang rata-rata berpendapatan rendah maukan kerajaan negeri hulurkan bantuan kecemasan segera.

Kerugian belum ditafsirkan lagi .. ketika ini tiada pula kehilangan nyawa di laporkan.

Sehingga kini Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin "Jokowi" Ali belum lagi membuat terjahan ... Omak yakin dia akan sampai meninjau punya.

Kalau nak harapkan AMK Klang turun padang meninjau dan hulurkan bantuan jangan haraplah... setakat menjerit terlalak pegang banner bolehlah... Ini realiti bukan ilusi .. kenyataan bukan rekaan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

18 comments:

  1. Betul cakap omak kau, nak harap Wong Cheng, Xavier, Rafizi dan Izzah aku tak sure.

    Tapi InshaAllah YB Azmin akan menjengok.

    Kasih kepada rakyat adalah priority. Jangan jadi kaki Bla Bla Bla.... pi function anjing. bla bla bla pi oktoberfest. Ada orang susah, Wau I tak dengarlah !!!!!

    Orang susah adalah priority untuk dilawati terutama para YB.

    Kepada Gang Kajang Move, janganlah kamu sabotage orang yang perihatin kpd masalah rakyat. Sokonglah Azmin melakukan tugas

    Boy Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah buat saudaraku Boy Ulu Yam:

      Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
      Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
      Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
      (Surah Humazah: 1)

      Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
      Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
      (Surah al-Qalam: 11-13)
      Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
      Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
      (Hadis riwayat Muslim)

      Delete
    2. 18:45 ... la ni ramai org guna agama utk elak drpd dikritik.. ramai yg melenting, marah sebab tak nk dgr nasihat.. baru belajar satu dua hadis, dah rasa pandai mcm ustaz... ustaz yg mengaji byk kitab, hafal quran n tafsir pon sentiasa terbuka terima nasihat n selalu muhasabah diri.. belajar agama biar habis la yer.. baca quran biar byk kali khatam.

      Delete
  2. Omak Kau.....Insyaallah MB Azmin akan datang menerjah.
    Aku pasti MB baru ini berjiwa rakyat.
    Insyaallah Azmin akan datang dan cuba untuk membantu apa yang terdaya.
    Kita beri sokongan kepada pemimpin kita, dan berdoalah supaya Allah membuka hati pemimpin kita untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di Selangor yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya musibbah yang berlaku dalam Pkr telah berjangkit keseluroh selamgor. Lepas satu,satu meninpa.
    Nasib kau la azmin.,apa pun bersabarlah. Ini adalah ujian dari ALLAH SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

      Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
      (Surah al-Qalam: 11-13)

      Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
      Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
      (Hadis riwayat Muslim)

      Delete
  4. ini bala dari Allah SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian dari Allah kepada umat yang tahu bersabar

      Delete
  5. Mudibah brrlski di sgor pasal pedta arsk dan anjing bila soal hukum ugama di perlekeh dan diremeh ksn olrh pemimpin pkr......bahana bersekonkol dengan kaki liwat....bala oo bala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah musibah yg lbih dasyat pelok c lg la anjing2 tu..terus la persenda agama bala yg lbih besar akan menpa kamu.

      Delete
    2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

      Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
      (Surah al-Qalam: 11-13)

      Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
      Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
      (Hadis riwayat Muslim)

      Delete
  6. Kedah, sarawak dn ni dh di selangor, takut bala Allah je sbb negara ni banyak maksiat, kejahatan dn kemungkaran ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil yang positif.
      Mungkin ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita.
      Kalau sabar, insyaallah kita beroleh kebaikan.
      Kalau tak sabar, terimalah hukuman dari Allah.
      Tapi harap2 bersabarlah.....

      Delete
  7. Ni Sumer Poyo...21 October 2014 at 22:39

    Haktuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam satu hadith baginda, "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan sombong atau memperlecehkan orang lain."

      Delete
  8. Sesekali puting beliong datang heboh satu dunia. Ape kata kita cerita pasal puting yang ada areola pulak? Mesti tak de orang yang sedih!!

    ReplyDelete
  9. Adun kawasan ni x turun ke? skit2 menteri besar.... adun kena buat laporan gak ke mb ni... xkan nk harapkan mb turun baru adun nk nampak muka?!

    ReplyDelete
  10. Ini semua salah diri sendiri terutamanya orang Melayu. Orang Melayu telah ditipu oleh ketua-ketua mereka. Sampai jadi bodoh dan tak boleh befikir. Ugama mereka disendakan, anak dara mereka dilenjankan, tanah mereka disapu sakan, bahasa mereka tak laku kan kan? Sebab itu dinegara-negara maju ada pilihanraya kerajaan tempatan. Macam Malaya baru merdeka dulu. Tugas wakil penduduk peringkat tempatan ialah untuk mentadbir kawasan setempat seperti kesihatan, kebersihan, pembangunan, pengangkutan, rekriasi, pendidikan dan sebagainya. Sedang kan ADUN menjaga hal perundangan. Sebab itu ADUN di negara maju disebut 'law maker' dan begitu juga diperingkat parlimen. Jadi bukan kerja Ahli Parlimen dan Adun bila ada tanah runtuh, keretapi terbakar atau stadium runtuh!! Tapi di Malaysia ni disebabkan wakil-wakil rakyat ramai yang bodoh tak reti buat kerja jadi dia pun menyebuklah tengok orang mati, rumah terbakar, lori meletup, pukul gong, tembak pistol kat majlis sukan dan kerja-kerja tak berfaedah yang lain. Dan sebab itu jugalah banyak sangat undang-undang negara yang dah lapuk dan tidak sesuai masih berkuat kuasa. Macam mana nak semak undang-undang, yang jadi MP dan ADUN ramai yang bongok macam bekas dreba, jaga pintu keretapi, cikgu sekolah melayu, posmen dan yang seangkatan dengan nya!! Oleh kerana tahap pemikiran melayu ini tahap pemikiran hamba maka sebab itu Allah s.w.t. tak bagi kita ada pemimpin-pemimpin yang cerdik. Dia bagi pemimpin yang sama standard dengan yang dipimpin!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...