Friday 31 October 2014

NASIB BAIK ADIK KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, DATUK AHMAD MASLAN PANDU KERETA BENTLEY YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN.



Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.

“Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan,” katanya.

Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.

“Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.

“Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

“Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

23 comments:

  1. Baru adik Tim menteri kewangan dah mampu pakai bently...timb menteri kewangan pakai keta apa pulak agaknya...menteri kewangan ?? Tk dpt nk bayangkan kekayaan mereka2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang umno. Helicopter pun mereka ada

      Delete
  2. Haa Haa..Bersyukurlah masih selamat dan dipanjangkan umur...

    Fikirlah dari mana datangnya sumber rezeki lepas nie yea!!!

    Ini baru peringatan drp Tuhan Yg Naha Adil???

    ReplyDelete
  3. Patutlah berebut-rebut masuk ameno dan bodek ketua rupanya jadi timbalan menteri dah boleh pakai bently. Kayanye menteri ameno!!!

    ReplyDelete
  4. kaya2 sungguh pnduduk msia ni

    ReplyDelete
  5. Bentley tu...... siapa tuan punya? Adik menteri atau menteri yang punya? Kalau adik menteri, apa kerjanya dan berapa gajinya dan apa kelulusannya? Ataupun menteri punya tapi adik dia jadi driver abangnya?... haramjadah punya politikus...asyik kayakan kronik dan puak kedarak dengan duit rakyat....

    ReplyDelete
  6. Tak pasal2 pemandu treler tu eksiden dan langar barrier-patutnya jgn mengelak dan langar je kete bently tu-kesian kat pemandu treler tu

    ReplyDelete
  7. Ni suma pencacai dengki tak abis pada bangsa sendiri pantang tengok bangsa sendiri ada cahaya sikit mula la berduyun nk iri kesian pencacai pkr ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dengki, cuma nak tahu dari mana datangnya duit beli kete bently. Kalau kaya menyamun duit rakyat itu yang tak betul.

      Delete
    2. pasal apa nak dengki kalau kekayaan datang dari sumber yang sah dan betul.yang orang pertikai adik menteri pakai bently....menteri tentu lebih hebat dari mana sumbernya??? hanya ada dua jalan halal atau haram

      Delete
  8. Ade hikmahnye tu, kalau x org x tau adik maslan yg pakai kete bently tu, mcm terkantoi lh jugak tu....

    ReplyDelete
  9. Allah nk memperlihatkn dgn kekuasaanNya ini lah khazanah kekayaan dgn cara bodek....mengampu

    ReplyDelete
  10. Aku nak pakai kereta iswara cabok pun msh x dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak mendaftar ahli umno akan mendapat kelebihan-mungkin dlm masa setahun akan dapat kete idaman-paling kurang pun vellfire-projek negara umno akan diberi kepada kroni2

      Delete
  11. Tak apa nanti abg bagi peruntukan lain beli kereta yg lagi mahal dan canggeh. jangan risau ini sikit punya hal sekali petik je tiga buah lagi bolrh beli. Bukan duit abg dia pun duit rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  12. Ketika orang2 cina berhijrah ke tanah melayu dahulu mereka sangat miskin,kerja keras banting tulang di lombong2,ikat perut makan bersukat malah lebih kedana dari sesetengah orang2 melayu..tetapi mereka sangat fokus tak peduli pada kesenangan orang lain mereka berusaha sendiri mencari jalan untuk hidup senang. Mereka selepas merdeka dan diiktiraf sebagai warganegara tidakpun mendapat banyak bantuan kerajaan tetapi mereka tetap kuat berusaha mencari kekayaan dan tidak berdengki
    Terhadap kaum sendiri yg telah berjaya manakala kaum melayu hanyalah jadi pemerhati dengan leka dan membenci kaum sendiri yg ada kemajuan dan mula dengki terhadap kaum cina yg hidup mewah sehingga timbul rusuhan kaum 13 mei masa itulah ketajaan perkenal DEB untuk tongkat melayu namun dasar perangai taktahu dek untung bangsa melayu yg berjaya dengan dasar itu juga mula didengki dan iri bangsa sendiri berbagai tohmahan dilontar jadi sikap dengki melayu memang dah jadi darah daging sejak dahulu hingga kini tanpa ingin berusaha tetapi sakit hati melihat kesenangan orang lain terutama kaum sendiri,tuduh yg bukan2 kalau betul ada penipuan pintu SPRM terbuka seluas luasnya 24 jam kenapa tak.buat aduan tapi inilah jiwa melayu ramai yg ada PHD sebab itulah orang2 cina sinis bila melayu mengaku sebagai tuan tapi layakkah kita iktiraf melayu2 PHD yg.kedana ini sebagai tuan...????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong kenyataan tuan...biarlah diorg ada bently ke porshe ke apa ke...yg penting org melayu kena fokus

      Delete
    2. Saudara berapa banyak dah kes dan tindakan SPRM dan POLIS diambil keatas kroni mereka? Jawapnya TIADA

      Delete
  13. Bila totok umno mula bersuara....bau mulutnya busuk macam pekung...heeee

    ReplyDelete
  14. First warning dari yang maha esa...warning yang seterusnya duduk di Batu 2...kah...kah....NAAMANU

    ReplyDelete
  15. relaxxx......esok beli yg baru....

    ReplyDelete
  16. good job........

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...