Sememangnya diperakui Pakatan Rakyat memperjuangkan dasar membela nasib rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang, budaya dan agama...yang miskin dan kurang upaya wajib dibela dan yang berada serta kaya harus digalakkan membantu.Komitmen Pakatan Rakyat ini tidak harus dipertikaikan kerana ini menjurus kepada asas pembentukan sebuah kerajaan yang Adil, Telus dan Amanah kepada Rakyat..
Sehubungan itu, siang tadi KeADILan Cabang Kapar telah melancarkan Program Mesra Rakyat dan Perlancaran Jentera Pilihanraya Dun N43 Sementa di perkarangan rumah Ketua Cabang Keadilan Kapar yang tidak asing lagi iaitu Tuan Azizi bin Ayob dan dirasmikan oleh Senator YB Tn Syed Shahir Syed Mohamud selaku penyelaras Pakatan Rakyat PKR Selangor dalam suasana harmoni dan penuh kekeluargaan yang disaksikan oleh rakan-rakan dari DAP dan PAS juga Ketua-ketua Kampung sebagai jemputan rasmi.
Dr V Nedunchelian telah bertindak sebagai Pengarah Program juga calun yang dikenal pasti bagi Parlimen Kapar, sempat memberikan ucapan alu-aluan betapa rakyat perlu mengiktiraf anak tempatan sebagai calun pilihan memandangkan anak tempatan memberi kelebihan dalam mengenali dan memberi perkhidmatan dengan lebih baik berbanding dari calun yang bukan dari kawasan itu.
Didalam program itu diselitkan juga beberapa Program yang sinonim dengan Dr V Nedunchelian itu sendiri iaitu Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang dilihat mampu menarik dan menyentuh hati pengunjung-pengunjung yang hadir.
Dengan Perlancaran ini secara otomatisnya telah memberi signal bahawa jentera-jentera telah bersedia untuk ke medan pertempuran untuk menumbangkan kerajaan korup. Tepat jam 1 tengahari majlis bersurai dengan suasana cuaca yang mendung, semoga petanda ini akan memberi keberkatan dan pertolongan dari Allah swt kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
Tahniah kepada urusetia yang terlibat, KC Tuan Azizi Ayob juga tidak lupa kepada satu-satunya Dr V Nedunchelian disifatkan sebagai Pengarah Program tersebut. Syabas Cabang Kapar dari Omak kau!!!
No comments:
Post a Comment