Friday, 26 July 2013
PEMANGKU KETUA POLIS SELANGOR MENAFIKAN PIHAK POLIS AKAN AMBIL TINDAKAN KEPADA PENYEBAR GAMBAR KANTIN DALAM BILIK PERSALINAN SEBELAH TANDAS DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!
Mengikut laporan yang dikutip dari Malaysia Kini, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan, telah menyatakan beliau tidak ada menyebut akan mengambi tindakan keatas sesiapa yang menyebarkan gambar murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai, Buloh, Selangor minum dan makan dalam bilik persalinan sebelah tandas waktu rehat yang kini menjadi perbicangan hangat kalangan rakyat terutamanya warga siber.
Beliau berkata apa yang nyatakan telah disalah ertikan.
Tetapi ini tidak beerti pihak-pihak tertentu mau ambil kesempatan untuk dijadikan isu agama dan perkauman..Isu ini lebih dilihat sebagai isu kemanusiaan.
Isu ini menjadi ledakkan secara kebetulan anak-anak murid bukan Islam semasa bulan Ramadan minum dan makan dalam bilik persalinan sebelah tandas sekolah tersebut.
Menjadi lebih kemelut apabila pihak sekolah dilihat cuba nak "cover line" dan tutup cerita dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.
Menjadi lebih teruk bila dibuktikan yang Guru Besar sekolah berkenaan adalah penyokong tegar UMNO dengan mengeluarkan kata-kata keji yang tidak sepatutnya terhambur dari individu yang bergelar pendidik.
Menjadi lebih panas apabila sipegandu dan Guru Besar membuat laporan polis sebab kena ugutan.
Janganlah jadikan isu ini sebagai peluang untuk ledakkan perasaan perkauman dan keagamaan.
Kena lihat dari sudut betapa pihak sekolah tersebut telah silap dalam keputusan diambil.. Perlu ada berjiwa besar mohon maaf dan akui kesilapan.
Kalau terusan dengan sifat ego tidak bertempat disebabkan fahaman politik... kemelut ini tiada kesudahannya.
BERIKUT ADALAH BERITA YANG DIKUTIP DARI MALAYSIA KINI.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan menafikan laporan bahawa beliau memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Thaiveegan mendakwa kenyataannya itu disalah petik oleh “akhbar tertentu”.
Katanya, beliau tidak menyebut apa-apa berhubung penggunaan Akta Hasutan.
Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.
"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Semakan di laman Utusan Online hari ini menunjukkan bahawa kandungan laporan itu telah diganti dengan berita yang tidak berkaitan.
Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.
Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut.
Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjau kawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum.
Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini.
Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan.
Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu.
Kamalanathan juga berkata persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
nak sedapkan hati ka..? ingat akta suruhanjaya komunikasi dan multimedai. tggu la weyy..admin blog ni bakal ke penjara kerana telah meletakkan berita berbaur hasutan. Pemangku KP selangor no hal.nak buat statement apa pun tarak hal. yg penting report oleh orang ramai telah dibuat dan pegawai suruhanjaya juga telah buka sisatan kpd org yg memaparkan berita dgn niat buruk macam ni.tak check..tak tanya pengurusan sesuka ati menyalahkan org lain.tungguuu...kihkih
ReplyDeletebiasala admin pr salah sikit terus tangkap masuk lokap tp kalau admin bn buat fitnah sepuas2 ati pun xda tindakan..kan adil sgt tu...
ReplyDeletetu la pasal. aku ni penyokong pr. tp kdg2 tgk admin pr yg pendidikan taraf spm yg menulis membabi buta tu yg kacau sikit. sekurang2nya nak menulis dan memaparkan sesuatu berita kena pakai otak.
ReplyDeletesusah kita nanti nak counter balik.hmm
aku setuju. sepatutnya kita pr harus mencontohi cara dan teknik memperdaya dan memutarkan satu fakta seperti cina2 cyber dap. diaorg terancang. apakata kita kumpulkan para blogger supaya mrk belajar? kita boleh panggil gerakan cyber DAP utk ajar kita.amacam?
ReplyDeleteJadi utusex menipulah? Memang patutpun berita utusex tak leh percaya beb. Dok nipu rakyat je. Orang yg kena tipu mestilah kebanyakan orang umno laknatullah tongong ek.
ReplyDeleteko ni apa hal? kita pr mesti bersatu memikirkan macam mana nak jadi lebih hebat.kita harus sepakat demi menjaga blogger kita agar tidak dikenakan tindakan. tu pasal aku suruh blogger kita belajar teknik sprt cyber2 rakan dap kita. mrk bijak mencetuskan satu fakta dan isu tetapi kerajaan susah nak ambil tindakan. bukan main bedal papar berita. sbb kita tertakluk dgn akta kommunikasi dan multimedia. nak jadi tukang komen kena bijak la bodo. anon 23:56 ni mesti macai bn ni..
DeleteTunggu apa lagi cikgu besar dan PIBG?!! Saman jer ler cepat2 diorang ni.Dah bawak PIBG mtg bulan mac dulu dan dah stuju nak guna pakai sementara.Gerenti mng punyer ler.Kasi saman kaw kaw,boleh buat kantin besar punyer.Itu india mmg sengaja nak buat crita sensasi dlm FB dia,biar dia rasakan padahnyer.Pasal apa dulu bulan mac dia tak bantah?nak tunggu ramadhan bila tak der budak melayu mkn sebab nak main sentimen ugama ker?!!.
Deleteguru besar dah merajuk,pemimpin bn xnk mbela dia,cian dia.dulu dia beria2 bkempen utk bn tp skrg ia dlupakan...
ReplyDeleteyg korang bising2 tu apahal.dia kan guru besar,biarla dia nk suruh murid mkn dlm tandas ke,longkang ke,simen ke...mungkin tu dia nk mengajar bebudak erti bersyukur
ReplyDeletealamak.syukur mkn dlm tandas.wow.hahaha
ReplyDeleteWa...ramainyer macsi amngok kat sini...sekilas macai penncacai....sudah tahu mane yg lancau...lepas akan tertonjol kemacaian...ngok
ReplyDelete