Tuesday, 30 July 2013
COURTS MAMMOTH CAWANGAN KUANTAN TELAH HENTIKAN SERTA MERTA PENGEDARAN RISALAH IKLAN KELUARAN SYARIKAT TERSEBUT YANG MENGANDUNGI KALIGRAFI KALIMAH SYAHADAH TERBALIK!!!!
Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.
Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.
“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.
“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.
Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.
“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.
“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.
“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
ITULAH AKIBAT NYA BILA TIDAK ADA ORANG ISLAM YANG BERWIBAWA DALAM PERNIAGAAN. EKONOMI NEGARA TIDAK DIKUASAI HINGGA PERLAKSANAAN NYA PINCANG DAN TIADA ORANG ISLAM YANG BOLEH MENEGUR KERANA TIDAK MEMILIKI SYARIKAT TERSEBUT.
ReplyDeleteTIADA PERTOLONGAN ALLAH KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGAMALKAN BIDA'AH.
Syarikat tu mesti usahasama ngan umno babi punya sebab tu jadi gitu. Bangkai punya umno. Khaak tuuii.
ReplyDeleteape la org yg komen kat atas ni..agaknya mungkin pada name je islam..dahla bagi ayat2 kasar..pastu mencemuh orang..macam mana nak tunjuk pada org bukan islam yang islam tu baik & lemah lembut kalo org islam sendiri kasar dan biadap..ini la contoh tanda2 kecil kiamat..the arise of jahilliyyah..
ReplyDeletehttp://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/0/48256aaf0027302c48256a9d0030a13a/$FILE/Courts-ChairmanStatement-CEO'sReport-CorpInfo-FinancialHighlights%20(590KB).pdf
ReplyDeleteChairman nya adalah adik Dato Najib, Dato' Ahmad Johari
ReplyDelete