Saturday, 6 July 2013
TAN SRI YANG MENEMBAK MATI SEORANG PENYAMUN DI SEBUAH KLINIK DI CHERAS SEMALAM ADALAH KETUA MCA BAHAGIAN RAUB KINI HIDUP DALAM TRAUMA!!!!
Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah malam tadi.
Beliau menjadi bahan berita selepas anak jati Pahang itu menembak mati seorang perompak bersenjata sebuah klinik di Taman Permata, Cheras.
Berusia 68 tahun, Ketua Bahagian MCA Raub itu memberitahu beliau menghala pistol jenis Glock ke arah kumpulan perompak termasuk seorang yang berparang dan cuba menetaknya.
"Saya cuba mengelak dari melepaskan tembakan tetapi perompak itu terus mengancam mahu menetak saya. Saya terpaksa menembak beberapa das," kata Presiden Persatuan Dewan Perdagangan Cina dan Industri itu.
Taikun itu berkata, beliau datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan tetapi berasa tidak sihat dan mengunjungi sebuah klinik.
"Selepas berjumpa doktor, saya menunggu giliran mengambil ubat. Tiba- tiba, dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke klinik.
"Kemudian, seorang lagi perompak masuk dan menutup pintu gril dan kami terperangkap dalam klinik. Ketika itu, beberapa pesakit ada bersama doktor bersama tiga kakitangan dalam bilik rawatan.
Perompak merampas semua barangan mereka sebelum nampak Lim yang duduk di luar. Seorang daripada mereka menghampiri Lim yang kemudian mengeluarkan pistol dan memberi amaran supaya tidak mendekatinya.
"Perompak itu juga cuba merampas pistol saya. Selepas saya melepaskan tembakan, semua tiga lelaki itu lari dari klinik berkenaan," katanya.
Seorang daripada mereka kemudian ditemui mati kira-kira 30 meter dari klinik berikutan terkena empat tembakan.
Hanya beberapa selepas kejadian, Lim mengakui berasa tidak selesa di perutnya.
"Ini pertama kali saya 'dipaksa' menggunakan pistol saya. Saya berasa amat tidak selesa," katanya yang seakan-akan trauma dengan kejadian itu.
Bapa kepada enam anak itu memberi keterangan kepada polis sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Beliau baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Adakah ini salah Ordinan Darurat dihapuskan??? Atau sumber perisikan Polis digunakan untuk tujuan lain?
ReplyDeleteMula2 rumah KJ dirompak.... kemudian kejadian ini pulak.
Malaysia semakin selamat?????
ReplyDeletePadan muka penyamun tu. hidup menyusahkan orang. orang yg menyamun menggunakan parang mempunyai kebarangkalian yg tinggi untuk membunuh demi melepaskan diri.Undang2 membenarkan kita mempertahankan diri.
ReplyDeletesuda silap time menyamun daa. sekali menyamun terkena dgn orang yang ada lesen sah penggunaan pistol. mati katak..
malaysia negara aman n selamat yg penuh dgn penjenayah. penyamun mati kurangkan lagi penjenayah, kalau tak msk penjara keluar penjara penjenayah tak akan kurang malah makin meningkat dinegara ini. skrg penjenayah bukan penjenayah biasa tetapi semakin ganas n berani malah boleh pukul n tetak mangsa sesuka hati silap bulan mangsa boleh mati atau cedera parah maka penjenayah dinegara ini harus dihukum hukuman berat bukan msk penjara keluar penjara baik tak yah msk penjara. malaysia telau baik dgn penjenayah maka rakyat kena bertindak sdr bila jumpa penjenayah maka tiada salah walaupun ditembak mati sebab mrk tu patut terima hukuman berat dari rakyat malaysia.
ReplyDeleteamin.
Keturunan ape yg merompak tu...jika Melayu n Indon mesti terus tulis..jika keturanan Ind...& Cin...xckp konon racis le...jaga itu ini le...kena ingat jnayah xkira kaum...mujur ada Tan Sri WargaEmas yg cekap terus tembak...jika ada polis bkn tembk tpi terus bisu diam lari tunggu pnjayah cabut bru muncul...kslmtn nyawa diri diutmakn...cmtu wat pe jdi polis
ReplyDeletePolis takut didakwa kesian polis. .bila tangkap mati dlm longkap polis di persalahkan lak..malah keluarga pnjenayah smn dpt RM juta polis di hukum..so mcm ne...yg buat Jnyah ni kbnyknya kaum K n I le kat ngara ni..
ReplyDeleteMati dalam lokap memang la kena saman. bodoh ke apa. dalam lokap pun nak dianiaya.
ReplyDeleteSokong Amin.. Bodo sungguh anon 17:04.. Mati dalam tahanan.. Orang lain boleh ke sesuka hati pergi pukul kat lokap..
ReplyDeleteSyabas Tan Sri.. saya menyokong penuh dgn tindakan berani Tan Sri tu..
ReplyDeleteSyabas Tan Sri.. saya menyokong penuh dgn tindakan berani Tan Sri tu..
ReplyDeletenie kes mempertahankan diri tp xkena gantung, penjara @ denda...sbb tan sri?sbb ahli politik?kes melayu tikam perompak yg merompak rumahnya, mungkin kena gabtung, kes india bunuh perogol, kena penjara, kes cina 2 beranak bunuh perompak rumah mrk, kena penjara....nie bkn sbb perkauman tp kasta dan darjat yg dilihat pd mata manusia... yg berkuasa selamat, yg xde kuasa jd mangsa....
ReplyDeleteXle bodo anonymous ni...pesal tan sri tu dianggap hero sedang yg mempertahankn diri dirumah dianggap pembunuh...double standard ek?
ReplyDeleteDouble stanard...ya
ReplyDeletesangat tidak adil undang2 manusia. begitulah order dunia yakjuj & makjuj (gog & magog)/ (koka & vikoka)
ReplyDeleteApahal tk tgpk pulak...bunuh orang tu...
ReplyDeleteTahniah Tan Sri akan tindakan berani... ttp awas, Tan Sri mungkin akan didakwa krn menurut Ketua Polis mempertahankan diri bukan bermakna boleh membunuh...
ReplyDeleteEmpat round dari Glock, Cuba buat Forensik Balistic. Kalau warning shot tembak untuk memberi takut. Ada senjata tajam bersama perompak. Hairan juga seorang Tan Sri pergi klinik Malam hari tanpa body guard. Selalu orang kaya pergi medical centre, Tuan I.O Macam ada udang sebaliknya mee je.
ReplyDeleteKes ni sama tak dengan kisah zulkifli trengganu tu...atas alasan pertahankan diri....
ReplyDeleteKes bunuh ni..sepatutnya penyamun x boleh dibunuh..mereka dilindungi...
ReplyDeleteKenapa bunuh dia...tembaklah kaki ke peha ke...nyawa dia tak setara dengan barang yang dirompak.
ReplyDeleteKenapa bunuh dia...tembaklah kaki ke peha ke...nyawa dia tak setara dengan barang yang dirompak.
ReplyDeleteKpn oi...ingat .....ramai memerhati lngkah kamu.....
ReplyDeleteDari cerita yang diberi, memang ada hak membeli diri sebagaimana termaktub mengikut Seksyen 99 kanun keseksan jenayah.Jika saya berkeadan sedemikian akan melepaskan tembakan juga sebagai mmbela diri dan juga bela kepada semua yang telah teperangkap dalam klinik.
ReplyDelete