Monday 8 July 2013

INI LAH BUAH YANG DIKATAKAN MAMPU MENYEMBUH SEMUA PENYAKIT KRONIK???????


Heboh diperkatakan kononnya buah diatas mampu untuk mengubati segala macam penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, buasir, gout, barah payu dara dan sakit jantung.

Nama Tempatan : Terung Susu Kambing...Nama Saintifik : Solanum Mammosum.

Kegunaan/Khasiat : Buah yang masak dicelur dan dimakan sebagai ulam.
Air rebusan buah diminum untuk merawat sakit darah tinggi, kencing manis, buasir, gout dan barah payu dara.

Buah dikisar dan jusnya diminum untuk merawat sakit jantung.

Setakat ini belum ada laporan kajian secara sanitifik mengesahkan bahawa buah terung susu kambing ini mampu mengubati segala penyakit kronik sepertimana pengakuan pihak tertentu.

Kalaulah benar ianya mampu melakukan seperti dikatakan, sudah pasti seluruh hospital didunia akan memberikan semua para pesakitnya buah terung susu kambing...murah tapi cukup efektif..sejenis buah boleh menghapuskan segala penyakit.

Paling baiknya... buah ini boleh ditanam dibelakang rumah kerana amat sesuai dengan iklim negara kita.

Tapi peliknya tiada kedengaran pun sampai kehari ini dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan ubat-ubatan penyakit kronik disemua farmasi hospital kerajaan sedang menghadapi kekurangan stok ubat-ubat penyakit kronik tahap kronik juga.

Kalau minum air rebusan boleh mengubati penyakit jantung maka tidak perlu lagi Institut Jantung Negara wujud.

Hentikan buat hebahan yang tidak masuk akal.

3 comments:

  1. Anak2 ahli umno perangai kurang ajar macam babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah anda seorang pemain togel ?
      sudah coba berbagai rumus tapi tidak berhasil.saya punya solusinya dengan angka ghoib dari saya anda bisa meraih kemenangan hari ini cukup anda bayar biaya ritualnya hub 085-312-703-488 ki joko

      Delete
  2. Assalamualaikum Wr Wb

    Berkenaan dengan buah ini, harap maklum bahawa buah ini beracun. Harap jangan ditanam untuk dibuat makan. Di China buah ini hanya dijadikan tanaman perhiasan sahaja.


    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...