Tuesday 16 July 2013

PRK DUN N01 KUALA BESUT....CALON BN SEMASA JADI JURUTERA JPS BESUT DIKATAKAN GAGAL DALAM MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNG JAWABNYA SEHINGGA 1,000 EKAR TANAH SAWAH KERING KONTANG!!!!



Tragisnya, Empangan Pengkalan Nagka t pecah ketika calon BN bagi PRK Kuala Besut berkhidmat sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum beliau berpindah ke Putrajaya kira-kira 5 bulan yang lalu.

Empangan Pengkalan Nangka pecah, 1000 Ekar Tanah Pado Terbiar, Tuan Jurutera JPS buat apa?

Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera;

Saya mengucapkan terima kasih sekalgi lagi kepada saudara dan saudari sekalian kerana tidak pernah jemu untuk membuat liputan kepada PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi N1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut ini.

Sudah lebih 3 musim, kira-kira 1,000 ekar tanah sawah meliputi kawasan penamaan padi di Kampung Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Bharu dan Kampung Gong Manok di dalam kawasan Dun Kuala Besut kering kontang disebabkan Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang merupakan undi pengairan tanah sawah di lokasi-lokasi tersebut kira-kira hampir 2 tahun yang lalu.

Dengan anggaran pendapatan semusim untuk setiap ekar sawah adalah antara RM800-RM1,000 bisa dihitung, berapakah jumlah kerugian yang telah ditanggung keseluruhannya disebabkan oleh sawah yang terbiar ini.

Ambillah angka yang paling rendah, petani cuma memperolehi RM800 untuk setiap ekar padi semusim, 1,000 ekar sawah yang kering kontang bermakna keseluruhan petani-petani di kawasan terbabit telah kehilangan pendapatan kira-kira RM800,000! Bagaimana pula angka kerugian selama 3 musim?

Pendudukan tempatan yang ditemui menyatakan, punca utama pecahnya empangan yang menjadi nadi pengairan tanah sawah di lokasi terbabit adalah kegiatan menyedut pasir secara tak terkawal yang mengundang berlakukan hakisan teruk. Difahamkan kerja-kerja menyedut pasir tersebut dimonopoli oleh orang-orang Umno Besut.

Tragisnya, empangan tersebut pecah ketika calon BN bagi PRK Kuala Besut berkhidmat sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum beliau berpindah ke Putrajaya kira-kira 5 bulan yang lalu. Alangkah baiknya kalau beliau mengucapkan..."Sepatutnya saya bertindak cepat dan berkesan kerana saya adalah anak jati Kuala Besut, masalah empangan pula melibatkan petani-petani di kawasan Kuala Besut, kawasan saya, empangan ini pula di bawah bidang JPS Besut, saya pula adalah jurutera tetapi saya telah gagal".

Ini bukan serangan peribadi, tetapi rekod perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan yang berhak diketahui oleh pengundi kerana BN mencadangkan bahawa calonnya adalah professional anak tempatan yang diyakini mampu memberikan khidmat yang baik untuk memajukan Kuala Besut.

6 comments:

  1. Jenis songkok tinggi macam pasu bunga selalunya puak2 ni above the law!! Buatlah apa pun...lepasssss!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis songkok tinggi ni adalah jenis penyamun lahanat. Tengok muka pun dah tau dah penyamun.

      Delete
  2. Eh fitnah ni!!!Struktur dam tu rosak sebab bencana alam,ko nak salahkan tuhan jugak ker? Astghafirullah...bulan posa ni bro!! Kesian kat jurutera yg jujur buat kerja cam dia ni....

    ReplyDelete
  3. Anon 18:00 eh fitnah ni?!! Sapa yg buat fitnah sebenarnya.. Bulan puasa ni bro

    ReplyDelete
  4. Baguih...baguih....padi aku tok leh hasil lumayan....bertindak lah cepat2.....kang aku pakoh pas kang. ..kang..kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakoh je pas biar padang muka umno tongong bahlol setan tu.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...