Wednesday 10 July 2013

PRK DUN N 01 KUALA BESUT....BEKAS ADO BESUT DOAKAN KEMENANGAN KEPADA CALON PAS/PR KERANA MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT!!!!


Bekas Penolong Pegawai Daerah atau Assistant District Officer (ADO) Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Besut yang hanya dikenali sebagai Faizul Abas dalam akaun Facebooknya telah menyatakan hasrat dan berdoa agar calon PAS/PR bagi PRK DUN N 01 Kuala Besut, Sdr Azlan Yusof @ Che Long yang merupakan Bendahari PAS Kawasan Besut, memperolehi kemenangan.

Menyifatkan perwatakan calon PAS/PR ini sebagai berperwartakan sederhana, mudah didekati dan dermawan serta mesra dengan penduduk kampong.

Bagi Omak Kau satu sifat peribadi yang memberi kelebihan kepada calon PAS/PR.

Diperturunkan ayat-ayat dari Mantan ADO Besut, Faizul Abas yang mengambarkan sifat calon dan hasrat beliau.

Faizul Abas

Azlan@Endut bin Yusof, calon yang diumumkan Presiden Pas untuk PrK N01 Kuala Besut semalam, saya kenali beliau pada tahun 2001 sewaktu bertugas sebagai ADO (Penolong Pentadbir Tanah) Pejabat Tanah Besut. Saya diperkenalkan kepada beliau oleh Pengurus Perusahaan Pasir beliau. Beliau merupakan seorang yang berperwatakan sederhana, mudah didekati dan dermawan. Saya difahamkan beliau juga mesra dengan orang kampung. Mungkin ini suatu kelebihan bagi beliau selaku calon PrK N01. Mudah-mudahan dengan keberkatan Ramadhan kali ini beliau dan PAS dianugerahkan KEMENANGAN insyaAllah. TAKBIR!!!

3 comments:

  1. Betapa miskinnye jiwa....belum tentu yg dermawan itu menang dn yg jurutera pn kalah. Yg penting rakyat kuala besut buat pilihan....tolak pas bn menang...rakyat yg dpt senang. Tolak BN pas menang....akab byk datang Wang ehsan..rakyat lg senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang lagi miskin jiwa dan fulus. Apa dlm hidup hang cuma fikir wang saje ke? Kat mana hang letak Allah? pemberi rezeki kita semua. Rasanya hang tak kan faham selagi tak pegi masjid belajar kuliah ugama tadah kitab.

      Delete
  2. Undilah PAS jangan undi bn sebab bn dah terang2 menipu. Bn kalah rakyat senang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...