Thursday 11 July 2013

CALON PAS/PR PRK DUN KUALA BESUT TIDAK AKAN AMBIL ELAUN WAKIL RAKYAT SATU SEN PUN JIKA BELIAU MENANG!!!!!



Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau.

Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya.

Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso".

Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu.

Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi.

13 comments:

  1. Aku ni nak pesan satu jer kst kau tu che long....kalau kau masih makan nasi. ..tarik balik ler statement mung tuu... Tapi kalu mung tuh dah makan emping beras or bertih beras 7 biji sehari....lantak kau ler nak jadi khadam ummah ke or ape2 jer. Cume aku ni tak nak dengar macam yb pas yg dulu drp kau tu udah ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo yang kau mengarutkan nih woii?????

      Delete
    2. lain mcm punye warning nie.mesti geng pemuda tahan lasak nih.takut nyer wei.mung,mung mesti hebatkan.mung mesti dah makan 7 butir beras 1 hari kan.mung nih hebat ler.tapi sayang mung hebat kat kat alam maya jer o abe.silap silap mung mentedarah 7 kali tambah.mung berlakon lebih.mung mesti pencacai upahan umporno kan.durian runtuh la mung.

      Delete
  2. Entah apa² la anon10:57 ni..
    Merepek jauh..Loghat lagi la jauh...
    Takkan la jahil sgt....
    Kan dia buat bisnes..
    Baca la sikit bio dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mung 1057 tu pencacai upahan umporno sempena PRK K.Besut.dia ni tak makan emping beras.dia mentedarah sekali hadap 7 kali tambah.kuat melantak dia nie.makan tak berkat sebab bersumberkan benda haram.betul kan mung.

      Delete
  3. Iye lah tu, tak nak ambil elaun YB kalau menang..cuma tambahvletak tin milo banyak banyak mintak derma drpd rakyat ,orang orang miskin,duit kutipan utk belanja para YB PR berkelana,tour of Ceramah satu Malaysia jual air basi spjg masa.Amal jariah mendenya kerajaan PembanGANG..tak mampu nk dirikan sebijik bangunan atau buat jalanraya walaupun Sekilometer...Asyik Tarbiyah Tazkirah manjang..mana kecemerlangan fizikal tamadun Islamnya..wahai ulamak ulamak akhir zaman caca marba yg bingung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape le makbapak yg malang ader anak yg bodoh lg jahil.tanya soalan tahap budak tadika kemas je.ko jika tak mahu beramal sedekah jgn ko hina orang yg nak beramal sedekah.hukum beramal sedekah tu di tuntut Islam.tu la jika aku kata ni bkn Islam jgn mare.Islam umporno hanya pada mykad jer.sahabat Rasulullah korbankan harta benda demi Islam.ko ni spesis yahudi atau nasrani.harbi betul umporno ni.

      Delete
  4. krool besut TDL11 July 2013 at 14:52

    Biar menang dulu baru ghoyak lagu tu..ni TOK Dan gapo gapo gi umum lagu tu...penerimaan umum belum tahu positif atau negatif Dari pengundi.tahu lah boh ore nego..pihak musuh pulok banyok LA andaian hok bulih guno pakai nok lipat..kot nyo saloh tafsir hilang undi boh.hok mana tali barut UMNO diatas ni jgn duk bolok bodo sangat.

    ReplyDelete
  5. dia ahli pniagaan dh mmg kaya tu sbb berani ckp cmtu.kalau umngok tamak haloba pantang tgk duit

    ReplyDelete
  6. Ini namanya merendah diri,berkhidmat dengan rakyat secara ikhlas tanpa sebarang imbuhan..

    ReplyDelete
  7. Elaun x amik duit kopi n projek amik x ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hok biase duk ambik duit kopi n projek tu sape? :)

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...