Telah menjadi acara tahunan yang wajib bagi PKR Cabang Kapar mengadakan sempena bulan Ramadan Al Mubarak membuat Program Edar Bubur Lambuk kepada orang ramai sebagai salah satu pengisian Ramadan selain program merapatkan parti dengan rakyat.
Tahun ini acara pengedaran bubur lambuk PKR Cabang Kapar yang diketuai sendiri oleh Ketua PKR Cabang Kapar Sdr Azizi Ayob merangkap Ahli Majlis N43A telah diadakan di Pasar Ramadan Pekan Kapar.Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan Ramadan di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong untuk diagih-agihkan kepada orang ramai sebagai hidangan sampingan untuk berbuka puasa.
Bubur lambuk ini disediakan dan dimasak sendiri oleh AJK PKR Cabang Kapar...
Sambutan orang ramai cukup memberangsangkan sekali...Tidak sampai 1 jam kesemua bungkusan telah habis diedarkan... Segala penat lelah terasa terubat.
Ketua PKR Cabang Kapar telah berjanji untuk menyediakan lebih banyak bungkusan bubur lambuk untuk tahun hadapan memandangkan sambutan menggalakan yang diberikan penduduk tempatan.
ermmmm minta maaf kalau menegur...tahun lepas aku menyumpah pihak dacing yg agihkan bubur percuma kat bazar yg sama nih... walau aku bukan peniaga..begitu gak beberapa peniaga bubur yg berniaga disitu...kalau nak bersedekah jangan ler pulak tutup pintu rezeki orang yg berniaga..cari lah lokasi yang sesuai..
ReplyDeletelain kali buatlah bubur lambuk kunyit. Anuwar tukang bagi..kehkeh.
ReplyDeleteOtak tarak la.tektik basi. aku penyokong PAS naik menyampah si bodo ni menyusun bubur free sampai menjejaskan perniagaan org lain. kalau menang setakat boleh buat bubur lambuk..apa ada sangat..